PKPB – Pasca COVID 19

PKPB akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya berkuatkuasa 14 Oktober 2020 jam 12:01 tengah malam.

Perkara itu dimaklumkan oleh DS Ismail Sabri dalam sidang media sebentar tadi.

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak
dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas
daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk
membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan
kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan
pusat rekreasi adalah ditutup.

Masjid dan surau serta rumah ibadat bukan Islam adalah
DITUTUP.
• Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis
perkahwinan dan pertunangan adalah TIDAK DIBENARKAN.
• Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga TIDAK DIBENARKAN.
Walaubagaimanapun, semua kegiatan ekonomi, industri dan
perkilangan di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih
dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

  • InformasiHartanah

COVID19 UPDATES 1 OCTOBER 2020 MALAYSIA

PECAHAN KES BAHARU (260)

SABAH-118
74 kluster Laut
10 kluster Benteng LD
10 kluster Bangau-Bangau (1BWN)
11 saringan bergejala
6 saringan komuniti
1 kluster Bakau
1 BWN kluster Joo Hwa
1 kluster Sakong
1 saringan rujukan ke hospital
1 saringan pra pembedahan
1 saringan kontak rapat
1 BWN saringan masuk kerja

KEDAH-98
88 kluster Tembok (53 BWN)
5 saringan kontak rapat
3 kluster Bah Ketil
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan bergejala

KL-13
12 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
1 saringan kontak rapat

SELANGOR-13
9 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi
3 kluster Jalan Meru
1 saringan bergejala

JOHOR-5
4 kluster Bakawali
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Putrajaya-5
4 kluster Selasih

Terengganu-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Perlis-2
2 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Melaka-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Pahang-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

Pulau Pinang-1
1 saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi

STAYHOME

STAYSAFE

COVID19- PATUHI S.O.P

Mulai 1 Ogos 2020 – Kita Sendiri adalah ‘FRONTLINER’ – #KITAJAGAKITA

1 OGOS 2020 – Dengan kadar peningkatan kes positif, semenjak Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan – PKPP di laksanakan, baru2 ini kes POSITIF COVID19 makin meningkat.

Oleh itu, tanpa kembali kepada PKP , demi kelangsungan ekonomi rakyat sendiri, KKM dengan kerjasama erat MKN , terpaksa menguatkuasa kan serta bertegas dengan AKTA 342 .

PKPP bertujuan membiasakan rakyat Malaysia dengan normal baru dalam rutin harian. 3 perkara asas , iaitu ▪︎ Memakai Pelitup Muka ▪︎ Kerap Cuci Tangan ataupun Hand Sanitizer dan ▪︎ Penjarak kan Sosial WAJIB di amalkan oleh semua pihak.

Di antara lain nya adalah memanfaatkan sepenuhnya Applikasi MySejahtera. Menulis kehadiran di premis yang di kunjungi dengan tepat, sukat suhu serta Scan QR Code daripada Applikasi MySejahtera dll.

Semoga usaha kita, untuk mempastikan ZEROCOVID19 berjaya, tanpa perlu kembali kepada PKP.

Di sebabkan ketiadaan VAKSIN COVID19, kita tidak banyak pilihan, selain membiasakan diri dengan NORMAL BARU.

– Admin , Informasi Hartanah & Isu Semasa. #rahimhartanah