PERBAIKI DIRI SETIAP HARI – IN SHA ALLAH

Motivasi Hari Ini

2 MUHARRAM 1442H

Nak jadi orang berjaya, kena tukar 3 perkara.
.
Tukar cara berfikir.
Tukar kawan
Tukar rutin
.

  1. Orang berjaya selalu berfikiran positif. Walau perkara negatif yang datang, terus sangka baik & anggap ia seperti angin sahaja. Tidak kecil hati tapi terus lapang dada, fikir solusi nak menghadapi, bukan salahkan sesiapa.
    .
    “Aku adalah sepertimana sangkaan hambaKu, dan Aku bersama dengannya ketika ia mengingati Aku.
    Hadith Qudsi riwayat Syaikhan, Tirmidzi dan Abu Hurairah ra
    .
  2. Orang berjaya berkawan dengan orang yang paling tidak, ada pemikiran yang nak berjaya, yang sentiasa bercakap tentang kejayaan, benda postifi & kebaikan. Tidak bermaksud tinggal terus kawan yang ada/lama tapi cari kawan baru untuk tambah ilmu agar diri terus berada dalam landasan nak berjaya. Istilah lain, tukaq circle kita.
    .
    Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu mendapatkan bau yang busuk.” [Riwayat al-Bukhari (5534) dan Muslim (2628)]
    .
  3. Orang berjaya pasti rutin hariannya luarbiasa. Jadualnya padat dengan perkara bermanfaat, dalam kepala sentiasa sibuk dengan perancangan & tindakan. Kalau tak pernah sedekah, bersedekahlah kerana orang yang murah rezeki puncanya banyak sedekah. Kalau solat tak terjaga, maka peliharalah solat kerana orang yang berjaya datangnya dari solat yang terpelihara.
    .
    Peliharalah Allah nescaya Allah akan memeliharamu
    Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi
    .
    Wallahua’lam.
    Assalamualaikum & selamat pagi.
    .
    Ustaz Don Daniyal Don Biyajid

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah

MRTT ATAU MLTT

Daripada Artikel Mr. Ahyat Ishak.

Untuk manfaat semua.

“SAYA NAK BELI RUMAH. MANA SATU NAK AMBIL? MRTT ATAU MLTT?“
.
Penerangan ringkas beza antara MRTT dan MLTT. Kedua2nye adalah perlindungan utk aset kita yang patut kita ambil tahu. Ramai yang tak faham bezanye tapi ramai yg berani berhutang utk beli rumah.

Bila kita mohon pembiayaan, biasanye bank akan minta kita ambil MRTT. Ini adalah perlindungan paling asas.

Persoalannya adakah ini yg terbaeks utk diri kita sendiri? So ni ringkasan untuk pemahaman sahabat2 semua.

📌MRTT akan membiayai lebihan hutang je
📌MLTT pula lupus hutang n ganti income

Kenapa macam tu?

Contohnya jika harga Rumah : rm300,000

Situasi: Selepas 10 tahun bayar baki pembiayaan rumah tinggal dalam anggaran rm200,000. Pemilik rumah meninggal dunia.

MRTT:
✅ Bank bayar baki pembiayaan rm200,000 .
✅ Hutang rumah selesai tersebut akan dapat kepada waris.

MLTT:
✅ Waris akan terima pampasan rm300,000
✅ Baki pinjaman rm200,000 dilunaskan
✅ Rumah tersebut akan dapat kepada waris
✅ Lebihan anggaran rm100,000 untuk waris

Itulah dia Hibah!

Dan di sinilah konsep pelupusan hutang dan penggantian pendapatan. Pampasan tu dapat selesaikan hutang bank. Ini bertindak sebagai pelupusan hutang. Dan lebihannye jadi penggantian pendapatan.

Kelebihan MLTT ini dia include sekali dengan hibah kepada waris kita.

Jadi dengan Ambil MLTT:
✅ Dapat lunaskan hutang rumah
✅ Dapat hibah
✅ Dapat saving
.
Semoga perkongsian ringkas tentang MRTT n MLTT ini bermanfaat. Semoga sahabat yg dah berhutang utk beli rumah boleh vuat keputusan yg bijak utk melindungi diri dan keluarga. Boleh PM bagi yg nak bantuan lanjut utk urusan MLTT ya.
.
SELAMAT BERJUANG!
.
Nota:
1. Pengiraan baki pembiayaan itu adalah anggaran berdasarkan pembiayaan rm300,000 selama 30 tahun pada 90% mof dan kadar keuntungan bank 3%.
2. Sila dapatkan maklumat baki pembiayaan yg tepat dengan pihak bank berdasarkan syarat2 pembiayaan anda
3. Lebihan pampasan adalah berdasarkan MLTT sebanyak rm300,000 sahaja

Artikel asal sila rujuk Di link Di Bawah.

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah

Vacancy tax to imposed on developers as early as 2021 – Zuraida

KUALA LUMPUR (Aug 19): The Housing and Local Government Ministry (KPKT) is formulating a tax that could be imposed on developers who fail to sell their properties as early as early next year, in an effort to reduce overhang of residential units in the country.

EDGEPROP.MY

Full story read here from edgeprop.my

https://www.edgeprop.my/content/1725664/vacancy-tax-imposed-developers-early-2021-zuraida

🚴 IKUT TREND SEMASA

Ikut Trend Semasa.

KUALA LUMPUR – Ramai kawan2 yang berselfie dengan 🚴 basikal , sejak akhir2 ini. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan dengan arus Semasa.

Sebelum saya beli 🚴. Jadi saya edit gambar ni dulu buat sementara waktu ni.

In Sha Allah. Kalau ada kesempatan nanti, pasti memiliki juga 🚴. Doa2 kan ya.

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah

🏠 MY WIFI NETWORK, UR WIFE NETFLIX

What Is your Opinions ?

About 6 months ago, my neighbor asked me if I wouldn’t mind sharing my Wi-Fi password. I decided to give it to him because it wouldn’t cost me anything extra, and because I got along with him. Yesterday, as I was getting out of the car, the neighbor was at his door, getting ready to come outside. I stopped to talk a bit as he held the door open. He happily told me he now had Netflix. At that, jokingly I said: ′′I work hard, I barely have time to watch TV, but, if you could lend me your password to watch some shows, I would appreciate it “. A voice was heard in the distance, coming from inside the house. It was his wife, ′′We can’t give the password to her, because I’m the one who pays the bill and I can’t share it.” The man apologized and I said it was no problem. We kept talking about other things, and as I left, he stayed working outside. When I happened to look outside a little while later, I noticed the man’s wife come outside. She seemed very nervous and upset. They both went into the house. After a few minutes, he and his wife came to my door to tell me the Wi-Fi password wasn’t working anymore. I looked at them and said, ′′ I changed my password, because it’s me paying the bill and I can’t share it “. The wife turned red and tried to say something, but I said, ′′Ma’am, I have my network and you have your Netflix, everything is fine and everyone is happy”. They turned around and left. They never spoke to me again.


This story isn’t mine, but here’s the lesson I learned from it:

  • Friendship must be mutual.
  • Love must be mutual.
  • Affection must be mutual.

In 2020/2021 I intend to return
silence with silence,
absences with absences,
affection with affection,
Betrayal with betrayal,
friendship with friendship, and
loyalty with loyalty.
No more one-sided feelings.
Feelings must be mutual.

PS. If you read all the way through, copy and paste this (don’t share) on your page. #YouGetWhatYouGive
😉😉🤣🤣❤️

LEASEHOLD – 99 TAHUN PAJAKAN, SELEPAS TU ?

Apakah sebenar nya ..

STATUS DAN KEDUDUKAN TANAH PAJAKAN 99 TAHUN

  1. Adakah selamat bagi seseorang membeli tanah pajakan 99 tahun?

Tidak ada masalah bagi seseorang jika ingin membeli tanah berstatus pajakan 99 tahun asalkan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan bebas daripada sebarang bebanan.

Namun begitu anda perlu tahu bahawa kebiasaannya tanah berstatus pajakan ini mempunyai sekatan kepentingan di mana ianya perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Menteri Besar atau Pihak Berkuasa Negeri terlebih dahulu sebelum ianya boleh dipindahmilik dan digadai kepada pihak bank.

  1. Apa yang akan berlaku terhadap pajakan tanah selepas tanah itu tamat tempoh?

Apabila sesatu tanah berstatus pajakan itu tamat tempoh pajakan, maka secara umumnya tanah tersebut akan kembali menjadi milik kerajaan.

  1. Adakah selepas tempoh pajakan tamat, tanah itu akan dikembalikan kepada kerajaan negeri atau kerajaan akan tawar atau bayar premium dan sebagainya?

Ya. Setelah tempoh pajakan tamat, tanah tersebut akan menjadi milik kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak perlu membayar sebarang pampasan atau ganti rugi kepada pemilik.

Walaubagaiamanpun sebelum tempoh pajakan tersebut berakhir, pemilik boleh memohon untuk lanjutan tempoh pajakan dan diberi hakmilik semula kepada mereka dengan tempoh pajakan yang baru.

Namun begitu pemilik perlu terlebih dahulu menjelaskan bayaran premium tertentu mengikut nilaian semasa tanah tersebut.

Berdasarkan Peruntukan Seksyen 90A Kanun Tanah Negara (Pindaan 2016), permohonan lanjutan tempoh pajakan boleh terus dibuat kepada Pihak Berkuasa Negeri melalui pejabat tanah yang berkenaan sebelum tempoh pajakan tamat (sebaik baiknya dalam tempoh 2 atau 3 tahun sebelum tempoh pajakan tamat).

Terima kasih.

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
K-LITERASI


** Adakah ilmu ini bermanfat untuk anda? Mahukan lebih banyak lagi ilmu dan panduan dalam urusan hartanah anda?

– rahim hartanah

– InformasiHartanah

1 MUHARRAM 1442

Salam Tulus Ikhlas..

Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wa barokatuh

🌟Hari ini 29 Zulhijjah ialah hari terakhir dalam tahun 1441H.
🌟Maafkanlah saya jika ada terguris dihati dan rasa marah atas salah khilaf sama ada sengaja atau pun tidak.

SEMOGA TAHUN 1442H MENJANJIKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK BUAT KITA DAN KELUARGA KITA SEMUA.

AAMIIN YA RABBAL ‘AALAMIIN.😇

Salam Awal Muharam & Selamat Tahun Baru 1442H 🤲🏻..

MaalHijrah1442h

AwalMuharam1442h

TahunBaharu1442h

– rahim hartanah

– InformasiHartanah

🕌 DOA UNTUK SEMUA SAHABAT.

Bismillahirahmanirrahim…

السلام عليكم ورحمۃ ﷲ وبركاتۃ
صباح خير ونور.
كيف حالك يا اخي.
الحمد لله رب العالمين والصلاۃ والسلام علي سيدنا محمد وعلی اله وصحبه وبيته وبارك وسلم.

يا ﷲ با رحمن يا رحيم.
Kami mohon. Mudahkan urusan kerjabuat hidup Dunia dan Akhirat dgn tenang, Jaya serta bertawakkal.

يا ﷲ يا شافیء.
Sembuhkan segala penyakit Zahir dan Bathin samada penyakit ringan dan Kronik. Sesungguhnya Engkau maha penyembuh segala penyakit.

يا ﷲ يا فتاح يا رزاق.
Limpahkan rezeki halal, baik, dan redhaan Mu mencukupi kehidupan kami, Keluarga anak dan adik beradik kami, sahabat kenalan kami dan ORANG yg Disayangi.
ءامين ءامين ءامين استجب اللهم دعاء انا يا ﷲ , يا رحمن يا رحيم يا فتاح يا رزاق يا رب العالمين.

– rahim hartanah

– InformasiHartanah

🏢 POSITIVE IN – FAIL . END. NO

Read Correctly.

FAIL. END. NO.

If you fail, never give up, because..

F.A.I.L

“First Attempt In Learning”.

End is not the end.

In fact, E.N.D , means …

“Effort Never Dies”

If you get NO as an answer, remember N.O means..

“Next Opportunity”

Positive Thinking !!!!

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah

SENYUM ITU SATU SEDEKAH

Jangan Lupa.

Ada masa, perlu senyum 😊 , walaupun tiada keperluan berbuat demikian.

kaizengrouprenlife #rahimhartanah #informasihartanah #MedinaProperties #realestate #pantaihospital

• mudah.my/rahimhartanah
• rahimhartanah.net
• InformasiHartanah
• 🏢🏠🏢🏠🏢

– rahimhartanah

KENAPA LOAN TAK LULUS ?

🏢 Original Posting by Mr. Laurel Mercado – Facebook.

KENAPA LOAN DECLINE ?

  1. CCRIS history
  • Dalam tempoh setahun ni, kita pernah ada tunggakkan bayaran 2 bulan dan berlarutan selama 3bulan berturut2.. maksudnya kat CCRIS kita tu ada nombor 2 sebanyak 3x.. walaupun dah 0 sekarang, tapi “sejarah” tu masih terlihat jelas.. kadang2 kalau kita tak justify kenapa kita ada sejarah tertunggak pun akan menyumbang ke arah loan “declined”
  1. Special Attention Acc (SAA)
  • Ada a few record SAA yang baru di selesaikan.. ada a few tu means lebih daripada 1 ok.. dan hutang tu baru sangat di selesaikan. Walaupun kita hantar sekali dengan Settlement Letter, tapi tetap effect juga. Case to case basis
  1. Baki Duit dalam Akaun Gaji
  • Ramai yang tanya , berapa RM kena ada dalam akaun gaji? Soalan ni terlalu “General” susah giler nak justify sebab setiap orang berbeza2. Cuma suka bella nak ingatkan, kalau baki dalam akaun gaji kita tinggal RM4.56 15 hari sebelum next gaji.. berat sikit lah.. lagi berat kalau takde justification.. tengok pulak ada “advance” gaji tapi tetap habis jugak.
  1. Property yang di beli
  • Selain daripada rekod kita, property yang kita beli tu pun mainkan peranan. Mungkin kita “terbeli” property di kawasan banjir. Atau market kawasan tu tak pernah naik2 walaupun dah lebih 10tahun. Atau mungkin juga ada issue dengan status geran. Pendek kata, kena study sikit lah property status yang kita nak beli tu. Jangan aci main hentam kromo je
  1. Property yang di beli melalui ahli keluarga terdekat. Mak ayah, adik beradik, mertua dan dsb. Bukan tak boleh, boleh. Tapi ada cases yang tak lepas di sebabkan status pembelian daripada ahli keluarga terdekat. Again case to case basis
  2. Employment status
  • Mungkin jawatan kita sekarang ni berstatus kontrak. Dan company kita pulak jenis “liat” nak bayar EPF. Jenis yang contribution bulan 1 tapi bayar pada bulan 5. Atau mungkin kita baru sangat pindah kerja, payslip baru hanya ada 1 bulan. Atau kita hanya ada Letter Offer kerja sahaja.
  1. DSR + Cost of living
  • Lepas tolak segala komitmen, baki duit hanya ada a few hundred. Memang susah sikit lah nak lepas. Ye lah, kalau dah 80% gaji duk bayar hutang, nak hidup macam mana? Makan minum, utilities, mileage etc etc etc
  1. Dokumentasi
  • Dokumen tak lengkap. Bank statement takde lah, atau ada OT tapi bagi payslip cuma 4 bulan, sedangkan bank required 6 bulan. Atau mungkin juga hanya bagi dokumen “basic” sahaja. Malas lah tu nak hantar banyak2 😜
  1. Tiada Saving
  • Dah lah gaji cun2 jer, DSR exceed minimal percentage, baki akaun gaji pun kurang dari RM10, tapi saving sikit pun takde.. What? Simpan bawah bantal? Errr, ok!
  1. Ada saving tapi baru minggu lepas bank in
  • Baki buku TH or ASB, baki ada 5 angka. Tapi tempoh simpan baru 5 hari. Then, tiada bukti duit tu dari mana. Pun masalah jugak. Laaa, tadi takde saving nak saving, ni dah ada saving kenapa tak terima pulak? Bukan tanak terima, kalau tiada justification dan bukti transaksi, susah sikit lah.. sebab apa? Bank boleh fikir mungkin duit tu nak tumpang “parking” sekejap sebab nak bagi saving “cun”. Kena faham lagi ni apa maksud saving.

Mr Laurel Mercado
Pegawai Mahkamah
Penasihat Hartanah & Loan
Perunding Kewangan & Pelaburan

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1215711452095695&id=100009705544022

– rahimhartanah

LITAR BATU 3 SHAHALAM

RARE : LITAR BATU3 , SHAH ALAM .
Ramai Di antara kita, yang kenal LITAR SEPANG kan.
Sebelum, kemahsyuran LITAR SEPANG Dan Juga KLIA SEPANG.

Ada dua ‘jenama’ Popular, suatu masa dulu.

Yang PERTAMA : SUBANG AIRPORT
Yang KEDUA : LITAR BATU 3, SHAH ALAM.

Untuk generasi 2020 mesti ramai yang tak tahu kan. Walaubagaimanapun you all, pernah lalu Atas tapak LITAR BATU 3 ni. 😁

  • rahimhartanah.net

InformasiHartanah

TAHNIAH KEPADA KP KESIHATAN

Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham Abdullah , Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran ‘Tan Sri’.

– Rahim Hartanah

SEMAK KELAYAKAN LOAN RUMAH.

Adakah LOAN RUMAH LULUS ?

Biasa nya ramai yang terbantut untuk beli Rumah. Walau pun pada awalnya bersemangat selepas tengok iklan jual Rumah Di MUDAH .MY .

Samada tidak BERSEDIA dengan deposit Rumah mahupun yuran GUAMAN serta stem duti.

Pening ? Sebab tiada pengetahuan beli Rumah?

Ramai juga yang loan Rumah Di tolak .

Kenapa ?

Apa2 pun, HUBUNGI lah dulu, Ejen Hartanah yang berdaftar Dan terlatih.

Mereka akan bantu dengan Khidmat nasihat penyediaan kewangan Di peringkat awal.

Teringin nak ada Rumah sendiri kan.

Samada semak KELAYAKAN LOAN ataupun JUMLAH awal untuk penyediaan kewangan yang betul.

SILA KLIK LINK DI BAWAH , UNTUK SAYA BANTU SEMAK KELAYAKAN LOAN MINIMA DI PERINGKAT AWAL, SUPAYA KITA TAHU HARGA RUMAH YANG SESUAI UNTUK KITA BELI.

Ataupun HUBUNGI SAYA UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

– Rahim Hartanah

PEMBIAYAAN BELI RUMAH TAHUN 2020

Selain daripada buat LOAN beli Rumah. Beli TUNAI lah kan.

Membeli rumah biasanya melibatkan permohonan pembiayaan atau gadai janji. Bagi pembeli bijak, pemilihan pembiayaan yang tepat merupakan langkah penting. Di sini kami kongsikan caranya!

Bukan semua pembiayaan perumahan itu sama. Benar, mungkin kebanyakannya berkongsi ciri yang sama, namun ada yang mempunyai kelebihan tersendiri. Apa pun, pembiayaan yang terbaik adalah yang memenuhi keperluan anda. Besar kemungkinan pembelian hartanah merupakan pelaburan terbesar dalam hidup anda, jadi pilihlah pembiayaan yang paling berbaloi. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu anda pertimbangkan dalam pemilihan pembiayaan perumahan.

Artikel penuh baca Di link Di Bawah.

https://www.iproperty.com.my/guides/nak-mohon-pinjaman-perumahan-pada-tahun-2020-ini-perkara-yang-anda-perlu-tahu-ms/

– Rahim Hartanah