Property Agent

Ketahuilah Peranan Dan Cara-Cara Untuk Membezakan Perunding Hartanah (REN) Dengan Ejen Hartanah (REA)!

Perunding hartanah (REN) dan ejen hartanah (REA) ialah pakar-pakar profesional yang berkelayakan untuk bekerja dalam industri hartanah, dengan akreditasi berkenaan yang diperlukan.

Pasaran hartanah Malaysia mempunyai persekitaran yang terkawal, namun ia juga sangat kompetitif. Betul, ciri-ciri terkawal tu berasal daripada campur tangan kerajaan, tapi sifat kompetitif tu?

Ia berpunca daripada pakar-pakar profesional yang membentuk industri ini!

Jika anda lihat betul-betul, anda akan menyedari bahawa perunding hartanah (REN) adalah asas kepada kejayan industri ini.

Bacalah panduan kami di bawah ni tentang peranan dan tanggungjawab para profesional hartanah yang rajin ni.

Apakah Itu Perunding Hartanah (REN)?


Perunding hartanah ialah seorang ahli profesional yang berkelayakan untuk bekerja dalam industri hartanah dengan akreditasi berkenaan yang diperlukan.

Mereka mesti melebihi umur 18 tahun, dan mesti didaftarkan di bawah mana-mana satu firma hartanah yang berdaftar, sebagai pekerja sepenuh masa.

Seorang perunding hartanah (REN) hanya boleh bekerja dengan satu firma hartanah sahaja.

Para REN memperolehi akreditasi mereka dengan menyertai kursus dua hari yang dikenali sebagai ‘Sijil Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certificate).

Setelah firma hartanah dibekalkan dengan bukti penghabisan kursus peserta itu, firma itu boleh menghantarkan permohonan kepada Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta (LPPEH) untuk mendaftarkan mereka sebagai perunding hartanah (REN).

Tetapi Apakah Perbezaan Antara Mereka Dengan Ejen Hartanah (REA)?

Sebenarnya, terdapat beberapa faktor utama yang mampu membezakan perunding hartanah (REN) dengan ejen hartanah (REA), di mana kebanyakan faktor ini berkaitan dengan pengalaman dan pendidikan.

Untuk melayakkan diri sebagai ejen hartanah (REA), seorang individu mesti mengharungi proses kelayakan yang teliti dan panjang.

Ini termasuk kursus-kursus selama dua tahun untuk mendapat Diploma dalam Agensi Hartanah (Estate Agency), yang juga dikendalikan oleh LPPEH.

Proses berkenaan tidak berakhir di sini. Setelah mendapat Diploma, seorang pelatih perunding hartanah mesti menjalankan latihan praktikal selama dua tahun di bawah penyeliaan perunding hartnanah (REA) yang berkelayakan.

Selepas itu, penyerahan log kerja kepada LPPEH yang merangkumi pengalaman kerja pelatih-pelatih untuk penilaian, dan kelulusan akan dijalankan pada akhir tempoh ini.

Jadi apakah perbezaan antara agen hartanah dengan perunding hartanah di Malaysia?

Kira-kira empat tahun hidup anda, kerja kursus yang sememangnya banyak, pengalaman praktikal yang penting, serta peperiksaan akhir lisan!

Ingin tahu cara cepat untuk memeriksa identiti seseorang? Tag nama seorang perunding hartanah (REN) adalah merah, manakala tag nama seorang ejen hartanah (REA) adalah biru

mesti pada setiap masa, dikaitkan dengan mana-mana satu firma hartanah berdaftar untuk menjalankan kerja dalam industri.
Seorang ejen hartanah (REA) sudah tentu boleh menubuhkan firma sendiri. Ejen-ejen hartanah juga dibenarkan memiliki sebanyak 50 perunding hartanah (umpama tentera yang kecil dan rajin) yang boleh dikaitkan dengan firma berkenaan.

Apakah Cara-Cara Untuk Menjadi Seorang Perunding Hartanah Di Malaysia?


Jalan untuk menjadi seorang perunding hartanah (REN) adalah lebih mudah, berbanding dengan jalan epik untuk menjadi seorang ejen hartanah (REA)!

Tidak ada individu yang boleh menjual atau memasarkan sebarang aset hartanah sehingga mereka diakreditasikan.

Proses in melibatkan program dua hari yang dikenali sebagai ‘Sijil Kursus Perunding Hartanah’ (Negotiators’ Certification Course), di mana anda akan diajar:

Dasar-dasar industri hartanah
Undang-undang berkenaan
Amalan terbaik
Piawai kerja yang merupakan permintaan minimum kerja dalam industri
Selepas berjaya menghabiskan kursus itu, peserta-peserta akan menerima satu sijil penghadiran.

Dengan sijil tersebut, mereka perlu mencari firma hartanah untuk menaja permohonan mereka untuk menjadi perunding hartanah (REN).

Firma itu kemudiannya akan memohon tag perunding hartanah daripada LPPEH. Sebaik sahaja peserta-peserta kursus menerima tag perunding hartanah dan dikaitkan dengan firma, malah terlahirlah individu yang berkelayakan untuk beroperasi dalam industri hartanah Malaysia!

Menghadiri kursus. Mendapatkan tag. Menjual rumah. Mudah kan? Sekarang anda cuma perlu mencari masa untuk tidur di antara semua urusan jualan anda!

Cara-Cara Untuk Mengelak Daripada Perunding Hartanah Dan Ejen Hartanah Yang Palsu


Sesungguhnya, anda perlu memastikan bahawa anda mendapatkan perkhidmatan daripada perunding hartanah dan ejen hartanah yang sah.

Jika anda bertemu dengan seorang perunding hartanah (REN) atau ejen hartanah (REA), mereka diwajibkan untuk memakai tag nama di atas badan mereka.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, tag nama bagi perunding hartanah (REN) ialah merah, manakala tag nama bagi ejen hartanah (REA) ialah biru.

Tag nama harus meliputi semua butiran relevan yang berkaitan dengan akreditasi dan nombor pendaftaran para profesional berkenaan.

Berkat kemajuan teknologi, kini ia lebih mudah untuk melakukan semakan yang teliti, tau tak.

Tag perunding hartanah (REN) sepatutnya dilengkapi dengan kod QR yang dapat dikaitkan dengan kelayakan profesional mereka.

Berkaitan panduan pengiklanan – semua iklan yang dipaparkan di surat khabar, papan iklan atau portal hartanah mesti mengandungi informasi-informasi di bawah:

Nombor e-pendaftaran ejen hartanah
Nama perunding hartanah berkenaan
Nombor pendaftaran mereka masing-masing
Maklumat perhubungan
Jika mereka tidak mempunyai informasi-informasi di atas, kemungkinan besar iklan itu tidak sah.

Sekiranya anda melihat poster yang diselitkan di sebelah tiang lampu, itu berkemungkinan tidak sah juga, dan ia sebenarnya melanggar undang-undang.

Institut Ejen Hartanah Malaysia (MIEA) memberi penerangan ringkas tentang apa yang perlu dilakukan jika anda tidak pasti sama ada ejen anda ialah ejen sah.

Ia juga mempunyai FAQ berguna untuk orang awam dan para profesional mengenai peranan perunding hartanah (REN).

Di samping itu, pangkalan pendaftaran data mudah yang dihoskan oleh LPPEH menyediakan titik rujukan yang pantas untuk menyiasat perunding hartanah (REN) jika anda mempunyai butiran yang diperlukan.

Di bawah Seksyen 30 Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981 [Akta 242], sesiapa yang didapati bersalah dalam melakukan kesalahan kerana menjalankan tanggungjawab seorang ejen hartanah secara haram, boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya!

Sekarang anda sudah mampu mengatasi soalan rumit berkenaan perunding hartanah (REN) atau ejen hartanah (REA), sudah tiba masanya untuk menangani masalah yang lebih penting: cara untuk membeli rumah subsale ataupun rumah baru!

https://www.propertyguru.com.my/property-guides/peranan-dan-cara-membezakan-perunding-hartanah-ren-ejen-hartanah-rea-22835

Sumber: PropertyGuru

SEMI-D SEKSYEN U17, SHAH ALAM

MODAL RM5000 SAHAJA UNTUK MEMILIKI SEMI-D 2 TINGKAT MEWAH, SAIZ 40’X80’, 6 BILIK, 5 BILIK AIR @ SEKSYEN U17, SHAH ALAM SEMPADAN SUNGAI BULOH” 🏡🏡

Rumah Semi-D 2 tingkat mewah dengan komuniti berpagar & persekitaran yang kondusif. Design menarik dan menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi. 💪💪

Dibina dengan konsep “bina & jual” di mana semua rumah telah pun siap di bina, pembeli boleh terus berpindah ke rumah moden & mewah ni.

Detail:

Size intermediate: 40×80
6 Rooms, 5 Baths
Ready to move in!
Brand new semi-detached house
24 hrs security guarded & gated
Harga bermula: RM976,000 sahaja!

Pakej Menarik:

⭐Booking RM 5,000 Only!
⭐Price from 976,000 only
⭐Zero Entry Cost, Tanpa Deposit
⭐Full Loan
⭐PERCUMA Yuran Guaman (SPA)
⭐Geran individu tersedia
.

Mengapa Anda Harus Memiliki Rumah Ini?

  1. Pemenang anugerah HIGH QLASSIC ACHIEVEMENT dari CIDB MALAYSIA
  2. Kawasan kepadatan rendah dengan hanya 84 unit rumah sahaja
  3. Nilai kepada harga yang dibayar
    👍 ‘Workmanship’ yang berkualiti tinggi
    👍 Binaan besar dengan harga per kaki persegi yang rendah
  4. Smart Home Security Key
  5. Hanya 1km exit ke Lebuhraya Guthrie
  6. Komuniti berpagar (anti-climb fence) & berpengawal.
  7. 3 Ekar Landskap Taman Terbuka dengan kemudahan awam dan pokok buah2an
  8. Fibre Optic-Wi-Fi tersedia
  9. Pakej pembelian yang tidak memerlukan modal yang tinggi (Zero Entry-Cost).
    .

Akses:

☑5 minit ke Lebuhraya Guthrie susur Sungai Buloh/Paya Jaras Interchange
☑10 minit ke Lebuhraya LATAR (Elmina) & Interchange DASH Highway
☑15 minit ke Lebuhraya NKVE (Sg Buloh)
☑20 minit ke Lebuhraya Persekutuan (Shah Alam)
☑20 minit ke Kota Damansara
☑20 minit ke Terminal Sky Park (Subang)
☑25 minit ke One Utama, IKEA, The Curve

.

.
Unit limited! Kunjungi rumah contoh kami segera!!

RahimHartanah
011-11990073

RahimHartanah
011-11990073

REN32649

https://m.mudah.my/view?ad_id=84399705&share_from=android&share_to=other

– Rahim Hartanah

– InformationHartanah

INVESTMENT STORY TELLING

Hai Investor,

HAI SEMUA ,

INVESTMENT_STORY_TELLING.

BEST COMMERCIAL PROPERTY INVESTMENT IN IPOH.

Lokasi BAIK. Tenant Bagus. Sewa bulanan yang Baik.

Yang penting RETURN YANG BERBALOI.

Just grab this opportunity.

Kalau you lepas peluang Ni. Nanti investor lain #SAMBAR dulu.

Zaman #PKPP Dan #COVID19 Ni, bila Kita Ada TENANT YANG KUAT buatkan biz rasa secured.

MAIN TENANT ADALAH POPULAR RETAILER IN MALAYSIA.

ADA #DUA BUILDING FOR YOU.

KEDUA DUANYA ANCHOR TENANT YANG VERY GOOD AND TRUSTED.

THANK YOU FOR READING THIS INFO TILL THE END.

  • RahimHartanah.net

• InformasiHartanah

🚴 IKUT TREND SEMASA

Ikut Trend Semasa.

KUALA LUMPUR – Ramai kawan2 yang berselfie dengan 🚴 basikal , sejak akhir2 ini. Jadi saya pun tidak mahu ketinggalan dengan arus Semasa.

Sebelum saya beli 🚴. Jadi saya edit gambar ni dulu buat sementara waktu ni.

In Sha Allah. Kalau ada kesempatan nanti, pasti memiliki juga 🚴. Doa2 kan ya.

– Rahim Hartanah

– InformasiHartanah