PANDUAN BELI RUMAH PERTAMA: PART 1.

Ada pelbagai perkara perlu diberi kan perhatian dan ambil tahu, jika ingin beli rumah. Terutamanya buat yang pertama kali.

Ataupun untuk persediaan di masa akan datang.

Untuk Artikel PANDUAN BELI RUMAH PERTAMA: PART 1 ni, kita mulakan dengan tajuk berikut :

PART 1 : PROFIL KEWANGAN

PROFIL KEWANGAN

  1. Senaraikan Pendapatan (Income)
    ● Pendapatan tetap
    ● Pendapatan tidak tetap (elaun, komisen, overtime, bonus dan lain-lain)
    ● Pendapatan sampingan
  2. Senaraikan Potongan (Deduction)
    ● Potongan KWSP
    ● Potongan SOCSO / PERKESO
    ● Potongan Cukai Bulanan (PCB)
    ● Potongan Zakat
    ● lain-lain yang berkenaan
  3. Senaraikan Komitmen (Commitment)
    ● Pembiayaan peribadi
    ● Pembiayaan kenderaan
    ● Kad kredit
    ● Pembiayaan ASB
    ● Pinjaman pengajian contohnya PTPTN
    ● lain-lain yang berkenaan
  4. Senaraikan Pelaburan
    ● ASB
    ● Saham
    ● Unit Amanah
    ● lain-lain yang berkenaan
  5. Senaraikan Simpanan
    ● Bank
    ● Tabung Haji
    ● lain-lain yang berkenaan
  6. Senaraikan Cukai
    ● Cukai Pendapatan
    ● Cukai Perniagaan
    ● lain-lain yang berkenaan
  7. Dokumentasi
    Semua senarai di atas perlu mempunyai dokumen sah sebagai bukti contohnya :
    ● Pendapatan : Slip Gaji
    ● Potongan : Slip Gaji
    ● Komitmen (Pembiayaan) : Letter Offer
    ● Pelaburan : Buku ASB / Penyata yang dikemaskini
    ● Simpanan : Buku Simpanan yang dikemaskini
    ● Cukai : Penyata Cukai.

… BERSAMBUNG . PART 2 : LAPORAN KREDIT.

– rahimhartanah

– InformasiHartanah