
SYARIKAT gergasi teknologi global, Microsoft, sedang membina pusat data di daerah Kulai, dan pembinaannya kini sudah mencapai tahap 40 peratus, kata Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad.
Beliau berkata, pembinaan itu dilihat dapat merancakkan sektor ekonomi sekali gus menyediakan peluang pekerjaan di negeri ini.
“Pembinaan pusat data ini bukan sahaja dilihat dalam bentuk pelaburan yang khusus, tetapi ia dapat menyediakan peluang pekerjaan yang banyak.
“Ia juga dapat menarik syarikat-syarikat rangkaian Microsoft untuk datang ke Johor dan membuat pelaburan di sini,” katanya ketika berucap melancarkan kempen Johor Perangi Denggi 2020 di Johor Bahru, hari ini.
Berita Penuh baca di link berikut..
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/08/613212/microsoft-bina-pusat-data-di-johor
– rahimhartanah
– InformasiHartanah