KEYS SOP’S MCO 2021 MALAYSIA

❗ KEY SOPs for MCO 2.0 ⚠️ With MCO 2.0 starting tomorrow, take a look at the key SOPs implemented by the government for the next 14 days. Stay safe! 😷

StayAtHome #StaySafe #MCO #iqiglobal #juwaiiqi #realestate #property #realestateagent #explorewithIQI #propertyagency

MCO EXTENSION IN MALAYSIA

::: MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) :::

STATES: Penang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor, and Sabah

DURATION: 14 days from Jan 13 (12.01am) to Jan 26

Restrictions:
•No interstate and interdistrict travels.
•No social gatherings, such as weddings, wedding receptions, conferences, religious processions (including Thaipusam), meetings, seminars, courses, and group sport activities.
•Roadblocks will be mounted; movements limited to 10km radius to people in a vehicle.
•Only two people per household allowed to head out to purchase groceries at nearby supermarkets or grocery stores.
•Only two people allowed per vehicle
•Anyone who violates these rulings will be subjected to a maximum fine of RM1,000 under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342)
•Only 5 essential economic sectors allowed to operate: manufacturing; construction; service; trade and distribution; and plantations and commodities.
•Only 30 per cent of workers within a company’s management group are allowed to go in to office; employers to determine number of employees permitted in office at any one time (taking into consideration standard operating procedures compliance)
•Ensure total adherence to SOP, observe physical distancing at all times.
•Non-essential services staff to work from home; employers must comply with this ruling.
•Eateries and hawker stalls may operate but only take-aways allowed.
•Food delivery serviced allowed.
•Supermarkets, healthcare services (including clinics, hospitals and pharmacies), banks allowed to operate with strict SOP compliance: always wear masks ; use hand sanitisers frequently; observe physical distancing at all times.
•Stay at home if there is no immediate or urgent need to head out.
STUDENTS: Candidates due to sit for SPM in 2020 and 2021 are allowed to attend school with strict SOP. Education Ministry will detail this SOP.
RELIGIOUS ACTIVITIES: Only a maximum of 5 mosque/houses of worship committee members allowed at these premises.
RECREATIONAL ACTIVITIES:
•Outdoor recreational activities allowed among people within same household.
•Individuals must keep 2m-distance at all times.
•No more than 2 people allowed to jog at any one time.
•Cycling not allowed in groups; only one person allowed.

::: CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL ORDER (CMCO) :::

STATES: Pahang, Perak, Negri Sembilan, Kedah, Terengganu and Kelantan

DURATION: 14 days from Jan 13 (12.01am) to Jan 26

Restrictions:
•No interstate travels.
•No social gatherings, such as weddings, wedding receptions, conferences, religious processions (including Thaipusam), meetings, seminars, courses, and group sport activities.
RELIGIOUS ACTIVITIES: Allowed with the minimum number of attendees stipulated in the SOP to ensure physical distancing. State religious authorities are advised to provide appropriate guideline in determining the number of attendees allowed.

::: RECOVERY MOVEMENT CONTROL ORDER (RMCO) :::

STATES: Perlis and Sarawak

DURATIONS: 14 days from Jan 13 (12.01am) to Jan 26

Restrictions:
•No interstate travels. Social gatherings allowed, provided in full compliance of the standard operating procedures.
RELIGIOUS ACTIVITIES: Allowed with the minimum number of attendees stipulated in the SOP to ensure physical distancing. State religious authorities are advised to provide appropriate guideline in determining the number of attendees allowed.

ROADBLOCKS
• Effective Jan 13 (12.01am)
•Mounted at all district and state borders

PASCA COVID19 DAN PKP

Andai kata benarlah arahan PKP semula minggu depan, kita semua pasrah sajalah. Jangan fikir periuk nasi lagi. Ni semua salah kita, Allah dah hantar peringatan kepada kita tapi kita langsung tak ambil pengajaran.

Gelombang kedua Mac tahun lepas: Orang politik bagi kerjasama. Orang awam bagi kerjasama. Frontliner bekerja sungguh-sungguh.

Kita berjaya buktikan kepada seluruh dunia kita kawal wabak ini. Orang luar puji kita. UK, China bagi anugerah dengan Ketua Pengarah Kesihatan kita. Doktor gigi dari Kanada buat video pasal kita. Singapura pun tabik dengan kita.

Tapi kejayaan tu tak lama. Kita ego. Kita rasa kita berjaya tumpas sebab kita. Kita lupa semuanya kuasa Allah SWT. Kita lupa Allah SWT buat semua ni untuk kita kembali kepada-Nya.

Lalu kita pun kembali kepada perangai lama kita. Sombong. Tak ikut arahan. Tak ikut kata wahyu. Maksiat bermaharajalela semula. Arak berleluasa semula. Takut kita nak bertegas dengan gagasan kafirun padahal Allah SWT tunjuk dah banyak kes kemalangan dan maut akibat arak.

Kita luluskan program hiburan sebab ikut logik kita, tak ada hiburan maka ekonomi tak jalan. Sampai Miss Plus World pun kita reda.

Pemilik kilang dengan perangai lamanya, buang sisa dalam sungai. Belum lagi perangai rakus mengaut sumber alam seperti mineral dan pokok secara berlebihan. Ternyata penyakit “wahan” lebih parah dari penyakit dari Wuhan.

Kemuncaknya bila masing-masing mahu berebut kuasa, orang dari serata negara berkumpul, segala SOP tak dipedulikan.

Begitu juga sikap endah tak endah bila perkumpulan keluarga waktu perayaan dan hujung tahun.

Gelombang ketiga : Pemimpin sibuk berebut kuasa. Majoriti orang awam pula dah tak peduli. Tinggal staff-staff KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA berjuang bermati-matian.

Tuan-tuan, mereka dah keletihan tuan-tuan. Pusat kuarantin dan hospital untuk risiko rendah terpaksa dibuka merata-rata. Malah tahap kawalan pesakit di hospital terpaksa direndahkan kerana mereka tak mampu menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai.

Janganlah bagi alasan kami rela kena COVID daripada mati kebuluran. Fikir-fikirlah tentang frontliner yang bersusah-payah berjuang sekarang ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri, moga-moga kita kembali kepada-Nya.

Dari FB DR. MOHD SOBRI MOHD SAUPI
QEH, KK

TEMPOH PKP DI LANJUT KAN

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 – PM Muhyiddin

PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021

PKP Pemulihan (PKP-P) akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan (dari 13 Jan hingga 26 Jan)

Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan
rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan
beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan
keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan
sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P,
aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP
yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK
DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP,
pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini,
operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada
jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri
yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam
10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan
keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan,
HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar
dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu
yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum
RM1,000.

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5)
sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai
sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan
dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan
pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan
pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi
pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang
diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan
masing-masing. Ingin saya ingatkan, jumlah pekerja yang
ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang
ditetapkan. Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung
sewaktu berada di tempat kerja. Mana-mana majikan yang
melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan
COVID-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil
berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.

Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja
dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away
manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya
dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah
ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKPpada tahap berjaga-jaga.

Patuhi SOP ketika berada di tempat￾tempat ini seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer. Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar
rumah. Stay at home.