Categories
2021 humor LESSON

JANGAN GARANG SANGAT

Hidup ini time senang jangan garang sangat. Time susah orang tak berani nak tolong.

Categories
Artikel KNOWLEDGE LESSON

TERMS IN PROPERTIES

Real estate Terms & Translation in BM for your reference.


1. WTB- want to Buy/ Hendak beli

2. WTS – want to sell/Hendak menjual
3. SFT – square feet/ Kaki per segi
4. MOT – Memorandum of transfer
5. PSF – per square feet/Kaki persegi
6. B/UP – Built Up Area/ Kawasan bina
7. ONO – on nearest offer/harga tawaran terdekat
8. LOF – letter of offer/Surat tawaran

9. NEG – Negotiable/harga berunding

10. WTR~ Want to Rent (Utk Menyewa)
11. WTL~ Want to Let (Utk diSewa)
12. Landed~ hartanah atas tanah VS Non-Landed (flat/apartment /condo dll)
13- Strata Title~ Hakmilik Strata. Hakmilik yg dikeluarkan utk setiap unit/pecahan di bangunan yg 2 tingkat atau lebih.
14- FH~ Freehold / Pegangan selamanya.
15- LH~ Leasehold / Pajakan
16- MR~ Malay Reserve
17- JV- Joint Venture
18- LA~ Land area / Keluasan Tanah

19- Master title – Geran Besar

     – IndividualTitle ~ Geran Individu

20- ROI~ Return of Investment.
21. BR~ Base Rate. Kadar interest atau caj bank menggantikan BLR. Berdasarkan COF (cost of fund) & SRR (Statutory Reserved Requirement)
22.BLR~ Base Lending Rate. Berdasarkan OPR (Overnight Policy Rate)
23.Lock in period~ tempoh tertentu yg dikenakan oleh pihak bank utk elak peminjam buat settlement awal. Antara 3-5thn biasanya.
24.;Yield~ hasil. Biasa kira jumlah sewa bulanan x 12bln dibahagi dgn kos property x 100%. Paling baik ROI sama atau lebih kadar % bank. 5% ke atas.
25.Capital Appreciation~ peningkatan harga hartanah pd masa hadapan.  Untung itu juga disebut capital gain

26.Sinking fund ~ Wang simpanan ini utk tujuan membayar kerosakan atau pengubaisuaian bangunan Oleh JMB masa ke semasa

27. Maintenance Fee – Yuran kutipan ini di gunakan untuk penyelengaraan bangunan dan common property oleh JMB seharian

28. SOHO, SOFO & SOVO~ Small Office Home Office, Flexible Office, Versatile Office.
29. Caveat~ Sekatan @ halangan. Kaveat pendaftar, persendirian, Lien & Amanah.

30.RPGT~ Real Property Gain Tax (Cukai Keuntungan Harta Tanah – CKHT)

31.DSR~ Debt Service Ratio / kadar menentukan loan pembeli boleh lulus

32.Flipping~ aktiviti menjual kembali hartanah dlm kadar cepat
33. MOF~ Margin of Financing
34. MLTA~ Mortgage Level Term Assurance
35.MRTA~ Mortgage Reducing Term Assurance
36.MV~ Market Value (Nilai pasaran)
36. Fair Value~ Harga yg adil untuk hartanah
37. Asking Price~ harga Penawaran
38. JMB~ Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama)

39. . NLC ~ National Land Code

40. Consent~ Kebenaran dari Pejabat Tadbir Tanah /SUK (Setiausaha Krjn Negeri) dll.
41. Deed of Mutual Covenant (DMC) ~ dokumen Perjanjian antara pembeli hartanah strata dgn Pemaju Yang tertakluk undang undang 

42. S&P/SPA~ Sale & Purchase Agreement/Perjanjian Jualbeli.

Categories
Artikel AWARENESS finance Hutang KNOWLEDGE LESSON

CARA STRUKTUR HUTANG DENGAN BANK

A. Pinjaman Peribadi 25k (baki pinjaman RM8100 dgn tunggakan 7 bulan setelah diberhentikan kerja, company tutup)

B. Akaun simpanan “Bank A” di bekukan(Court Garnishee Order) apabila mahu membuat bayaran melalui interbank giro drpd “Bank A” ke “Bank B” ( Pengajaran – Bayar pakai deposit machine di bank pemiutang untuk elak dikesan dimana duit kita disimpan)

Nota : Usaha dibawah boleh dilakukan sekiranya peminjam berniat atau berkemampuan untuk menyelesaikan baki pinjaman

  1. Buat surat rasmi bersama cadangan penyelesaian pinjaman
  2. Pergi ke cawangan bank peminjam berdekatan dan minta untuk bercakap dengan pegawai bank(bahagian debt collector) yang uruskan kes anda
  3. Berbincang, sekiranya diterima Alhamdulillah dan sekiranya di tolak, bawa surat cadangan anda ke Bank Negara ( Block D, BNM telelink)
  4. DI Bank Negara pula, print CCRIS report dahulu sebelum berjumpa pegawai BNM. Ambil angka giliran.
  5. Cerita semua masalah kewangan anda secara jujur kepada pegawai BNM dan juga usaha2 yang telah anda lakukan untuk berbincang dengan pihak bank.
  6. Anda mungkin akan diminta oleh BNM untuk hantar semula surat rasmi cadangan penyelesaian pinjaman melalui saluran BNM.
  7. ATAU anda mungkin juga diminta oleh BNM untuk ke AKPK untuk nasihat/atur semula bayaran pinjaman2 anda (atas budi bicara anda dan BNM)
  8. Setelah surat cadangan dihantar kepada bank melaui BNM, satu pegawai khas BNM akan uruskan kes anda.Hubungi talian BNMTeLELINK(1-300-88-5465) untuk disambungkan kepada pegawai BNM yg uruskan kes anda. (Cadangan : Guna email bukan surat menyurat biasa kerana cara ini lebih pantas & sentiasa CC BNM(bnmtelelink@bnm.gov.my) dalam komunikasi anda kepada bank)
  9. Sekiranya rayuan anda ditolak, hubungi pegawai BNM minta nasihat seterusnya. Dalam kes saya, setelah kali kedua ditolak pegawai BNM tersebut telah meminta bank buat pertimbangan semula. Kali ke-3 rayuan saya diterima dgn bantuan BNM. ( Nota : Rayu seberapa byk kali yg boleh melalui BNM)
  10. Berkenaan Garnishee Order, ianya hanya kuat untuk di lawan sekiranya akaun gaji. Sekiranya tidak, boleh juga buat rayuan untuk pelepasan separuh atau sebahagian kecil dari jumlah yang dibekukan tapi ianya makan masa 1-2 bulan bukan segera, kerana bukan mudah untuk bank dapatkan Garnishee Order dari Makamah untuk bekukan akaun peminjam. Kos2 guaman perlu dijelaskan oleh peminjam(Masukkan juga dlm proposal anda kepada bank untuk diserapkan ke dalam baki pinjaman).
  11. Sekiranya akaun yang dibekukan bukan akaun Gaji, jangan dedahkan akaun Gaji anda pada pihak bank walaupn diminta oleh pihak bank. Hanya serahkan salinan penyata Gaji/Salary Slip yang baru pada pihak bank sebagai bukti pendapatan.
  12. Hubungi bank2 lain dimana anda ada buat pinjaman(sekira ada), beritahu masalah kewangan anda dan buat surat rasmi untuk cadangan anda bagi menyelesaikan baki tertunggak. Dalam erti kata lain, biar lah kita kejar bank dari bank kejar kita.

Contoh : bayaran bulanan sebelum masalah kewangan adalah sebanyak RM600, dan sekarang hanya mampu RM350 atau kurang. Buat surat rasmi kepada bank,sekiranya ditolak oleh bank, anda hubungi BNMTelelink. Ulang proses2 diatas. InshaAllah ada jalan penyelesaian. BNM akan lihat anda ada usaha nak selelsaikan tapi bank yang menolak.

Sekian, harap maklumat atau pengalaman saya dapat dimanfaatkan bersama.

Dapatkan nasihat dari pihak kami segera

Anda boleh direct wasap
http://Prohutang.wasap.my
http://Prohutang.wasap.my
http://Prohutang.wasap.my

Muhammad Laurel : 0132899899
Pegawai Khidmat Pelanggan Mahkamah

Categories
KNOWLEDGE LESSON Motivation Story

MOTIVATION : SOMETHING TO LEARN

My Favourite Phone Ever

FOUR STORIES TO START:

  1. Nokia rejected Android.
  2. Yahoo rejected Google.
  3. Kodak turned down digital cameras.
  4. Blockbuster reject Netflix.

LESSONS:

  1. Take risks.
  2. Accept the change.
  3. If you refuse to change over time, it will become obsolete.

TWO MORE STORIES:

  1. Facebook takes over WhatsApp and Instagram.
  2. Grab takes over Uber in Southeast Asia.

LESSONS:

  1. Become so powerful that your competitors become your allies.
  2. Reach top position and work smart with competition.
  3. Keep innovating.

TWO MORE STORIES:

  1. Colonel Sanders founded KFC at age 65..
  2. Jack Ma, who couldn’t get a job at KFC,
    He founded Alibaba and retired at age 55

LESSONS:

  1. Age is just a number.
  2. Only those who keep trying will succeed.

FOR THE LAST BUT NO LAST IMPORTANT:
Lamborghini was founded as a result of the revenge of a tractor owner who was insulted by Enzo Ferrari, the founder of Ferrari.

LESSONS:
Never underestimate anyone, ever!
Just keep working hard.
Invest your time wisely.
Don’t be afraid to fail.
Let’s go!

Categories
Artikel AWARENESS KNOWLEDGE lelong LESSON

KISAH BENAR : LELONG HARTANAH

Kisah Benar – SAKIT KANSER PUNCA SHOPLOT TEMPAT BERNIAGA RESTORAN KENA LELONG

Saya, Tuan Mohd Laurel Mercado ingin berkongsi tragedi sedih tentang kisah tuan kedai yg di Lelong bulan lalu dengan penuh muslihat oleh pihak Bank & Lawyer

pada awal bulan August, saya mendapat wasap dari seorang ejen hartanah dan menceritakan isu ini pada saya, selepas dapat info & contact tuan kedai, saya pun Call

Rupanya, tuan kedai seorang ibu berumur 52tahun, Kena Sakit Kritikal, Cancer Tyroid 4tahun lalu, selepas 1tahun beli kedai.

Pernah juga Suaminya call saya, selepas perbincangan, saya memberi beberapa tips utk selesaikan masalah ni dgn Bank

Keputusan mereka utk menjual, isu tunggakan si pembeli setuju selesaikan, pastu pembeli juga sudah Lulus Loan, Alhamdulilah la kan

Malangnya, Lawyer Bank telah mengugut pembeli supaya bayar Cash Rm1.2juta, tak boleh guna Loan, si pembeli pun takut la

Banyak isu bila Rumah di Lelong, lebihan selepas tolak semua caj, saman & lain, tiada baki yg dapat atau hanya Rm5k-10k jer, ini tidak adil untuk si peminjam

Lama juga senyap, fikiran saya mungkin tuan kedai da selesai jual atau ada pembeli lain

Tiba, 5hari lagi nak Lelong, saya dapat Call dari suaminya, “Kedai nak Lelong Tuan”. tapi kata Lawyer 28/9 tak jadi, ditukar ke 8/10….

Saya tak percaya tentang perubahan tarikh Lelongan melainkan ada Notis Lelong yg baru, kata saya

“korang kena cepat datang KL jumpa saya esok”, bincang punya bincang, esok datang la Suami isteri & 2 Anak gadis

Mereka bawa la dokumen setebal 5cm, penat membaca tau, da jadi tanggungjawab kena teruskan juga

setelah berbincang tentang Sop, cara, Muslihat, pengalaman & lain, mereka pun bersetuju utk guna khidmat kami

Buka Fail, kerja jalan selama 2 hari, berbalas surat dengan pihak Lawyer, tapi Lawyer bertegas untuk Lelong

Mula2 kami nak ambil tindakan tegas pada Lawyer Bank diatas Muslihat dorang tu, tiba-tiba…

Saya teringat pesan owner, mereka tak kisah nak jual atau Lelong, yg penting dapat jumlah lebihan dari penjualan, lagi pun kalo kedai tu selamat, sape yang sanggup bayar bulan2, memang nak dilepaskan, cukup utk mereka

Tugas saya berbincang dengan pihak Bank tentang Hak peminjam, anggaran lebihan boleh dapat seperti yang dikehendaki atau tidak, pihak Bank telah memberi jaminan akan dapat & sesuai permintaan mereka, Lelongan diteruskan

Pihak Bank agak terkejut ada Campurtangan dari Pihak Mahkamah, sebelum ni bukan main lagi Call tuan kedai cakap kasar2, siap men Ugut lagi

Lelongan tetap diteruskan, dan masa Lelongan tersebut ada pembeli dgn harga Rm1.2juta

Misi kami Selesai, cuma kena Followup jer


“Masalah ke-2”

Tiba-tiba, Selepas 3hari kemudian

saya mendapat panggilan dari Suami tuan kedai, tentang barang dalam kedai “Hilang & Kunci Mangga tukar !”

Haaa Suda, Masalah besar ni… ni da kira jenayah, kes pecah masuk !

(pengalaman saya) ni mesti si pembeli baru yg Menang Lelong pergi pecah masuk, padahal dia belum ada Hak selagi pindahmilik belum selesai.

saya Nasihat pergi buat Report polis, bila nak buat Report, Polis plak keliru cara nak ambil Report, Nak taknak, sy kena buat surat untuk sokongan

Siasatan pun dijalankan, Semua kena siasat

Esok Hari, dapat info, suda jumpa sape yg pecah masuk tu, si Pembeli baru.

Pembeli baru ada beberapa kali Call kata nak masuk, siap halau lagi tuan kedai yg lama, padahal belum lagi ada Hak.

Setelah berbincang dengan Ketua saya, kami telah bersetuju utk panggil sekeluarga datang ke Mahkamah utk dapatkan Nasihat.

Kami akan pastikan Pihak Polis utk ambil tindakan kepada si Pembeli baru tersebut


Pesanan Saya : sila pastikan anda mempunyai Takaful & Semak Letter Offer Bank

Dapatkan nasihat dari pihak kami segera

Anda boleh direct wasap
http://Prohutang.wasap.my
http://Prohutang.wasap.my
http://Prohutang.wasap.my

Muhammad Laurel : 0132899899
Pegawai Khidmat Pelanggan Mahkamah

Categories
AWARENESS cure KNOWLEDGE

PENAWAR – CURE

Kena simpan ilmu ni baik2…👍🏿👍🏿

Orangnya pun dah takda lagi…

(AlMarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din)

1) – Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) – Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.

  • Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
  • Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) – Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.

  • Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
  • Jangan ambil menggunakan tangan, sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
  • InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al – Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung

  • Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
  • Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
  • Setiap kolah masjid, 1 botol.
  • Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
  • Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya’ , ayat 83.
  • Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa’
  • Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
  • Ulang sebanyak 7 kali
    Surah Al – Anbya’, ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)

  • Gunakan minyak zaitun
  • Baca Al – Fatihah & Ayat kursi
  • Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
    Surah At- Taubah ayat 14
    &
    surah Al – Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita

  • Menggunakan madu asli
  • Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
  • Baca Surah An – Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
  • Makan 1 sudu sehari
    Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang

  • Menggunakan madu
  • Amalkan ayat- ayat di bawah ini
    -Surah Al – Isra’, ayat 82
    Surah Al – Hashr, ayat 21
    Surah Ash – Shua’ra’ ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan – bahan :

  • Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
  • Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
  • Buah kelapa (yang berhingus)
    Cara – cara :
  • Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
  • Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
  • Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
  • Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
  • Minum air kelapa yang telah suam.
    *Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al – kahf, ayat 11

11) Angin dalam badan, sakit – sakit sendi
Surah – fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria

  • Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
  • Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
    *Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
  • As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Categories
LESSON

KISAH DUA SAHABAT

KISAH DAN TELADAN . HUTANG YANG TIDAK DI TUNTUT TAPI WAJIB DI BAYAR.

Kisah dua orang sahabat seorang melayu dan seorang lagi india.

Mereka mula bersahabat, semasa sama2 mula mencari rezeki, sebagai pemandu eHailing.

Sama senasib, di berhenti kan kerja daripada kerjaya Jurutera IT.

Rezeki pemandu eHailing ni, tak menentu, sekali service dan tukar alatganti seperti tayar dll, abis la simpanan / sedikit untung bawa rider.

Suatu hari, dalam keterdesakan, ada berita kecemasan oleh sahabat India ni. Dia memerlukan sedikit pinjaman peribadi dalam RM200 daripada sahabat Melayu nya. Untuk pulang ke kampung di utara Semenanjung.

Dia tidak mahu di beri secara ihsan. Dia ingin meminjam sahaja.

Walaupun dia tahu, dia kata tak tentu lagi bila nak bayar kembali.

Pelbagai situasi berlaku, beliau cuba cari kerja lain, selang seli dengan kerja pemandu eHailing.

Apa yang buat saya respek , sahabat India ini , bertindak membayar balik hutang RM200 tersebut, berperingkat, walaupun sahabat Melayu ini , tidak pernah mendesak.

Dia bayar dahulu RM50. Itupun, selepas 6 bulan berlalu. Walaupun dia ada RM150 pada masa tersebut.

Katanya hati nya tak tenang selagi tak mula bayar balik, walaupun lambat atau pun sedikit demi sedikit.

Selepas 4 bulan, sahabat India ini , hubungi sahabat Melayu itu kembali, dan bayar balik lagi RM50. Baru2 ini.

Katanya , baki lagi RM100 , dia akan bayar di lain masa. Dia harap dia masih hidup, untuk langsaikan hutang, walaupun RM200 cuma.

Dia faham, sahabat Melayu dia pun, senasib dengan nya.

BEGITULAH SERBA SEDIKIT, KISAH DUA SAHABAT. WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA, DIA SANGGUP UNTUK BAYAR KEMBALI HUTANG SAHABAT, WALAUPUN TIDAK DI TUNTUT.
DIA TIDAK PERGI BERCUTI DI TEMPAT PERANGINAN DAHULU, SEBELUM BAYAR HUTANG, WALAUPUN BERMULA DENGAN RM50.

KADANGKALA SAYA SENDIRI SEGAN SEBAGAI SEORANG MELAYU ISLAM, YANG TIDAK FIKIR KE TAHAP SAHABAT INDIA TERSEBUT.

  • Sekadar coretan kisah benar buat renungan bersama.
  • Kita susah, sahabat lain pun sedang susah.
  • Cuma mereka tak sampai hati nak mintak.
  • Salam Sejahtera

  • rahimhartanah.net
  • InformasiHartanah
Categories
Motivation

“Lesson in Life”

Sangkaan kurang baik pada awal nya adalah perkara lumrah…. yang menggerakkan ♥️ hati seseorang itu adalah sangat Maha Berkuasa….

  • Realiti Kehidupan

rahimhartanah.net
InformasiHartanah