Categories
Artikel CikAsmaDani KNOWLEDGE

MORA TORIUM PLAN by Cik Asma Dani

Selamat petang!

Esok dah masuk bulan 9/2020
Bulan 10 ni ada yang dah tamat moratorium korang.

meh lah baca. Mungkin berguna untuk kawan – kawan fb Asma yang masih tercari-cari, macam mana nak uruskan duit Moratarium tu. Ada banyak cara sebenarnya, tapi Asma cerita 5 dulu.

Ini antara cadangan yang Asma sangat galakkan:

1.๐˜ฝ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ง ๐™†๐™–๐™™ ๐™†๐™ง๐™š๐™™๐™ž๐™ฉ

Biasa waktu sebelum ada moratorium bayar paling minimum kan. Apa kata, tinggal 1 bulan je nie lagi, masih belum terlambat bayar hutang paling jahat i.e. Kad Kredit. Lega dah bila hutang dah jelas.

  1. ๐˜ฝ๐™–๐™ฎ๐™–๐™ง ๐™ƒ๐™ช๐™ฉ๐™–๐™ฃ๐™œ ๐™†๐™–๐™ฌ๐™–๐™ฃ

Biasa kalau nak cepat cash, paling senang pinjam dengan kawan, saudara mara atau ahli keluarga sebab 0 interest. Tapi hutang tetap hutang. Apa kata duit moratorium ini clearkan hutang dengan mereka. Hidup lebih tenang.

Yang penting bayar dan jaga silaturrahim. Jangan sebab duit, boleh berbalah antara sesama kita.

3.๐™๐™–๐™—๐™ช๐™ฃ๐™œ ๐™†๐™š๐™˜๐™š๐™ข๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ

Yang mana masih belum ada tabung kecemasan, ini masa simpan duit. Duit Moratorium di simpan untuk waktu-waktu tak terduga. Cadangan amaun tabung kecemasan ini sekurang-kurangnya bersamaan 6 bulan gaji anda.

  1. ๐™‹๐™š๐™ก๐™–๐™—๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ

Duit Moratorium juga boleh dilaburkan dalam instrumen yang mudah dicairkan dan rendah risiko. Sebagai contoh dalam Unit Amanah ada banyak dana yang berisiko rendah/sederhana dan bagi pulangan yang baik. Paling syok ada dana local dana regional/overseas. Tapi kena pastikan ianya Patuh Syariah. Barulah berkat.

  1. ๐™‹๐™š๐™ก๐™š๐™ฅ๐™–๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™˜๐™ช๐™ ๐™–๐™ž

Masa sekarang masa terbaik anda gunakan duit Moratorium anda untuk pelepasan cukai

โœ…Life takaful sehingga RM3,000.00
โœ…Kad perubatan & Pendidikan Takaful anak sehingga RM3,000.00
โœ…skim persaraan swasta (PRS) sebagai tambahan tabung persaraan.

Yang mana anda simpan tapi anda boleh dapat pelepasan cukai untuk tahun akan datang. Bayangkan kalau kadar cukai individu kita 24%, dengan simpanan RM 3,000 setahun kita dah boleh dapat pelepasan cukai RM720. Syok dapat refund banyak.

Apa apa pun pilihan anda, gunakan lebihan tunai yang ada sekarang dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang. Jangan pula anda buat joli.

Kalau nak tahun berkenaan 2 pilihan terakhir i.e. Perlindungan takaful, Pelaburan Unit Amanah, dan PRS . Kita santai santai coaching

Sekian, perkongsian Asma share kan moga ianya lebih bermanfaat untuk kawan-kawan.


www.wasap.my/60179062769/naktakaful

Fast. Easy. Best Advice


๐Ÿง•๐ŸปFull Time wakil Etiqa Takaful
Asma Dani

Follow her Facebook:

https://www.facebook.com/asma.dani.315080

Categories
Artikel KNOWLEDGE

IMPAK PENURUNAN OPR

OPR TURUN . APA FAEDAH UNTUK PEMBELI RUMAH?

BOLEH RUJUK ILUSTRASI UNTUK MUDAHKAN KEFAHAMAN KAWAN2
.
Semalam PM umum PKPP di lanjutkan ke 31 Disember, 2020. Pada Julai 2020 yang lalu,Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan OPR diturunkan sebanyak 25 mata asas yang menjadikan aras OPR baharu menjadi 1.75%. Aras paling terendah semenjak tahun 2008!
.
Kalau ikut rekod, berikut perbezaan OPR untuk tahun 2020.

22 Jan 2020: -0.25
03 Mar 2020: -0.25
05 May 2020: -0.50
07 Jul 2020: -0.25
.
So, tahun ini sahaja, 4 kali OPR telah disemak semula oleh BNM.
.
Sebelum ni, bila last OPR turun hampir berturut2? Jawapannya, semasa recession 2008/2009 dulu. Dan kadar OPR yang telah diturunkan biasanya akan kekal selama setahun.
.
So, pernah tak kita terfikir di benak kepala kita, asal recession je, OPR turun, asal OPR turun je recession. Kenapa jadi macam ni?
.
First kena faham dulu, apa benda OPR ni? OPR ni stand for Overnight Policy Rate.

Ahhh sudah..apa benda pulak overnight2 ni๐Ÿคฆ๐Ÿปโ€โ™‚๏ธ
.
Saya pun bukan lah pandai sangat. Tapi satu benda je saya nak bagitau korang. Korang rasa2 bank2 kita ni semua kaya tak?

Mesti ada yg cakap โ€œmesti lah kaya, ramai orang simpan duit dalam bank kotโ€.
.
Ok..betul juga tu. Tapi sebenarnyaโ€ฆbank pun macam kita juga.
.
Kadang2 kaya..
Kadang2 sesak jugak.
.
Tang bilanya sesak? Saya bagi contoh:

Bila kita simpan duit dalam bank.
Bank guna duit kita buat bagi pinjaman ke orang lain.
.
Tiba2 kita nak keluarkan semua duit kita dalam bank.
Disebabkan duit kita dah bagi orang lain pinjam. Mana cukup cash kat bank!
.
Maka bank pun call bank2 lain nak pinjam duit sekejap. Besok ganti balik.
Bank2 yang ada duit pun bagi lah pinjam.
.
Bila dah bagi pinjam, ingat pinjam free ke?
Nama pun business. So, kena lah ada cas faedah sikit.
.
Faedah pinjaman antara bank ni lah yang dipanggil OPR.
Dan OPR ni di control oleh BNM.
.
Bila OPR ni menurun, kos pinjaman antara bank pun turun.
.
Bila kos pinjaman antara bank turun, biasanya kadar asas faedah loan yg kita pinjam dengan bank pun turun.
.
Bila kadar asas loan turun, bayaran bulanan loan kita ke bank pun menurun.
.
Bila bayaran bulanan loan kita ke bank berkurang. Kita pun ada extra cash dekat tangan kita!
.
So, apa kaitan OPR dengan recession?

Biasanya bila terjadi nye recession, bermakna kita mengahadapi kemelesetan ekonomi.
.
Untuk memulihkan ekonomi. Kita memerlukan more capital in the market untuk mengerakkan semula ekonomi.
.
Antara cara untuk mengerakkan ekonomi adalah meningkatkan buying power di kalangan consumer / rakyat.
.
Macam mana nak meningkatkan buying power dikalangan rakyat?
.
Jawapannya, rakyat perlu ada extra cash in hand.
.
Bila rakyat ada more cash, maka rakyat pun boleh mampu untuk berbelanja seperti biasa walaupun keadaan ekonomi tidak berapa baik.
.
Mana datangnya extra cash ni? Macam saya cakap tadi. Semuanya datang daripada bayaran bulanan loan kita ke bank yang dah berkurang.
.
Kalau sebelum En. Ahmad bayar ansuran rumah RM1,500 sebulan. Disebabkan OPR dah turun. Sekarang En. Ahmad just kena bayar RM 1,300 je sebulan.

(Ini anggaran saya sahaja. By the end ia bergantung kepada amount yang bank masing2 akan umum).
.
So, sekarang dah ada extra cash RM200 sebulan (RM1,500 tolak RM 1,300).

Note: Hanya Floating Interest Rate loan je yang akan dapat benefit ni. Contohnya loan rumah. Untuk Fixed interest loan tidak akan ada kesan apa2. Apa contoh Fixed Interest loan? Paling mudah, loan kereta.
.
Tu baru En. Ahmad sorang yg ada extra cash RM200. Bayangkan, ada 1juta lagi rakyat Malaysia ada extra cash yang sama dengan En. Ahmad? Kan ke dah ada RM200juta extra capital in the market setiap bulan!
.
Dengan RM200juta ni lah akan bantu untuk jana kembali ekonomi negara kita.
.
Dalam masa yang sama. Saya nak bagitau fakta ni jugak. Korang tau tak, semalam berita ada mengumumkan:

๐Ÿ˜ฃEkonomi negara hanya pulih sepenuhnya akhir tahun depan.
๐Ÿ˜ฃAir Asia mengumumkan kerugina bersih RM 953 juta
๐Ÿ˜ฃSektor pelancongan dijangka akan pulih sepenuhnya dalam masa 4 tahun dari sekarang. Sedangkan sebelum ni sektor pelancongan menyumbang lebih kurang RM80billion setahun kepada pertumbuhan ekonomi negara!
.
Atas semua fakta di atas. Nak tak nak. Kita kena akui. Keadaan ekonomi negara kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat mencabar.
.
So, kawan2. Tunggu je lah surat makluman dari bank masing2 ye untuk tahu berapa amount bayaran ansuran loan yang baru ye (ada yang boleh check online je).
.
Moga dengan extra cash yg ada,kita boleh sama2 membangunkan kembali ekonomi negara kita.
Boleh jgk tengok ape manfaat OPR ni untuk kite di ilustrasi yg As tnjuk ni.
.
Kalau bukan kita yang nak bantu. Siapa lagi kan?
.
Moga bermanfaat๐Ÿ˜‰
.
Credit : ir abdul rahman bahasa

C&p

– rahimhartanah

– InformasiHartanah

Categories
Artikel KNOWLEDGE

CCRIS DALAM TALIAN

Bagaimana dapatkan laporan CCRIS tanpa Hadir ke BANK NEGARA ?

IKUTI 3 LANGKAH BERIKUT :

01 : Muat Turun Borang Permohonan Di

02 : Lengkap kan borang permohonan dan sediakan semua dokumen.

โ€ข SATU Salinan MYKAD (depan dan belakang)

โ€ข SATU Salinan PASSPORT (Jika bukan warganegara)

โ€ข DUA dokumen sokongan lain. (Contoh nya Lesen Memandu, Bill Utiliti, Penyata Akaun Bank, Penyata Kad Kredit atau Penyata KWSP)

03: Hantar borang yang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:

ATAUPUN PRINT DI KIOSK CCRIS

Andaikata anda ingin print di kiosk CCRIS Bank Negara, di bawah adalah panduan lokasi CCRIS KIOSK BANK NEGARA di Kuala Lumpur.

Terletak di Tingkat 1,Bangunan Menara CIMB BANK di sebelah Pasaraya SOGO .

Kereta anda boleh juga parking di Sogo atau pun anda boleh datang menaiki LRT SENTUL TIMUR LINK dan turun di STESEN LRT BANDARAYA.

Jika anda menunggang motosikal, ada parking khas untuk motosikal di sekitar Bangunan Menara CIMB tersebut.

Di bawah ini, di sertakan maklumat bergambar, bangunan Menara CIMB sebelah SOGO tersebut.

Sekian sahaja.

semoga bermanfaat.

Rahimhartanah

InformasiHartanah