OPR dikekalkan pada 1.75 peratus | Harian Metro

Kuala Lumpur: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang bermesyuarat hari ini, memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus, terendah sejak dilaksanakan pada 2004.

BNM dalam kenyataannya berkata, keadaan ekonomi global juga terus pulih dengan lebih banyak negara melaksanakan pengurangan langkah-langkah pembendungan pandemik Covid-19 serta sokongan dasar yang kukuh.

“Pembukaan semula kemudahan pengeluaran telah menyebabkan aktiviti perkilangan dan perdagangan disambung semula. Bagaimanapun, pemulihan dalam sektor perkhidmatan adalah lebih perlahan.

Bisnes HM
bisnes@hmetro.com.my

Berita penuh baca di link berikut

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/09/619171/opr-dikekalkan-pada-175-peratus

Cadangan Tindakan Semasa OPR turun

Semoga kepada yang belum memiliki rumah sendiri dan masih menyewa, ambil lah peluang ini, untuk berbuat demikian. Jika masih kurang faham, tatacara pemilikan rumah sendiri , boleh lah hubungi, mana2 Ejen Hartanah Berdaftar dengan LPPEH , yang anda kenali dan percayai.
Buat pra semakan kelayakan jumlah pinjaman yang sesuai dengan pendapatan anda serta yang sesuai dengan simpanan anda.
Mungkin juga anda ingin memiliki lebih daripada satu rumah, contohnya, satu untuk duduk sendiri, ataupun satu lagi untuk investment – samada untuk buat homestay , sewaan dan sebagainya.

Ataupun, mungkin anda ingin membeli rumah kedai, tingkat atas untuk tempat tinggal, dan tingkat bawah untuk ruang sewaan, ataupun , untuk anda berniaga.

Ataupun, mungkin juga anda ingin membeli rumah yang anda sewa sekarang ni, dari tuan rumah ?

Ada pelbagai kaedah, cara dan sebab musabab, samada anda ingin membeli rumah, jual rumah, sewaan, rumah kedai, ruang pejabat, kilang, tanah dan sebagainya.

Terpulang kepada anda. Andai kata anda ingin terus menyewa pun , tak der masalah. Kerana, ramai juga di kalangan kita, yang menjual aset kesayangan dan membuat keputusan untuk berpindah tinggal di kampung, atas alasan tekanan kewangan, terutamanya di situasi pendamik covid, serta kesan morratorium, yang tidak lama lagi akan tamat.

Sementara masih ada simpanan dan sedikit latarbelakang kewangan yang masih kukuh, buatlah apa2 keputusan yang rasional, yang terbaik dan berkesan.

Semoga, dipermudahkan segala urusan sahabat semua, saya doakan yang baik2 sahaja serta dilindungi selalu. Aamiin.

Klik link berikut untuk pandangan daripada Profesional.

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/09/618238/penurunan-opr-rangsang-pelaburan

  • rahimhartanah.net

Penurunan OPR rangsang pelaburan | Harian Metro

PENURUNAN Kadar Dasar Semalaman atau OPR ditentukan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dilihat dapat merangsang pelaburan ke atas ekonomi.

Hal ini kerana penurunan OPR bermakna kadar faedah ke atas pinjaman pelaburan menjadi lebih murah.

Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata, OPR ditentukan BNM ini sebagai satu alat kawalan dasar kewangan oleh kerajaan ke atas turun naik ekonomi.

Untuk berita selanjutnya klik link berikut :

https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/09/618238/penurunan-opr-rangsang-pelaburan

– Rahimhartanah

– InformasiHartanah