APABILA membicarakan mengenai topik membeli rumah idaman, pasti ramai yang mengeluh terutama golongan muda.
Apa tidaknya, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang harga rumah di negara ini masih dianggap terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki golongan muda khususnya generasi Y.
Ramai orang fikir ruginya duit kalau melantik ejen hartanah. Cuba kira kalau rumah nak jual Rm 300 000, kena bayar kepada ejen Rm 9000. Banyak tu, mana tak ruginya.
Baik kawan-kawan, biar saya explain kenapa anda tidak akan rugi, malah perlu melantik ejen untuk menjual rumah anda. Ingat, bila saya sebut ejen, bukan bermaksud broker kampung:
1. Ejen hartanah merupakan satu bidang profesional.
Jadi orang tengah dalam urusan jual beli rumah, bukan seperti jual telur. Beli harga 30 sen, jual dengan harga 50 sen. Itu broker kampung. Ejen hartanah ni ada standard-standard yang perlu dipatuhi, tertakluk kepada code of ethics yang telah ditetapkan. Jadi bila anda lantik mereka, mereka akan lihat rumah anda terlebih dahulu, dan beri nasihat sama ada harga yang diletak itu munasabah atau tidak.
Mereka juga boleh bagi kepada networking mereka serta valuers yang boleh dipercayai, jadi mudah untuk anda tahu anggaran kasar bagi harga pasaran. Dan yang menariknya, mereka tidak akan markup harga, ini penting tau tak? Spekulasi tak akan berlaku, dan harga hartanah akan terkawal.
2. Jimat masa.
Cuba bayangkan kalau anda letak iklan rumah anda dalam mudah.my. Katakan 20 orang yang menelefon anda, mungkin 10 orang sahaja yang akan datang view rumah, 5 orang sahaja yang akan buat tawar-menawar, 2 orang sahaja yang lulu loan, akhihrnya seorang sahaja yang layak membelinya. Bayangkan kalau anda penat bekerja, kena melayan kerenah unserious buyers. Tak ker letih? Lagi-lagi kalau anda tinggal di luar negeri. So nasihat saya, lantik ejen, biar diorang uruskan, yang penting kerja jalan, dapat buyer dengan pantas, rumah terjual. Habis cerita. Kawan saya orang mat saleh cakap, ehem ehem.. “the rich invest in time, the poor invest in money”. Anda nak jadi kaya kan?
3. Kemungkinan rumah terjual dengan cepat lagi tinggi.
Ejen hartanah mestilah berdaftar dengan syarikat hartanah. Dalam syarikat hartanah akan ada beberapa ejen lain. Anda bagi tahu ejen yang anda lantik, anda mahu rumah anda dijual dengan secepat mungkin. Minta dia ‘kerahkan semua ejen-ejen lain. Dalam profesion ini, ejen-ejen boleh berkongsi senarai rumah yang dijual kepada ejen lain. Ia dipanggil co-agency. Bayangkan kalau dalam satu syarikat ada 20 orang ejen. Anda cuma lantik seorang sahaja, tapi 20 orang buat kerja untuk anda. Bijak kan?
4. Pembeli akan lebih yakin jika beli dengan ejen berdaftar.
Jangan terkejut, kadang-kadang pembeli lebih percayakan ejen daripada tuan rumah. Kenapa? Pernah dengar kes tuan tanah tipu duit deposit? Tuan rumah batalkan perjanjian walaupun deposit hangus sudah dibayar? Inilah peranan ejen hartanah, segala urusan ada dokumen hitam putih. Apabila pembeli lebih yakin untuk membeli, peluang untuk rumah anda dibeli akan jadi tinggi.
5. Mencari penyewa yang baik.
Keadaan ini sesuai kalau anda mempunyai banyak rumah atau rumah kedai yang tidak berjaya disewakan. Apabila anda melantik seseorang ejen, dia akan merangka strategi untuk memastikan anda mendapat penyewa dengan kadar segera dan menapis penyewa-penyewa yang baik sahaja. Mungkin anda rasa jarang kedengaran, tapi tahukah anda Lembaga Tabung Haji pernah meminta pertolongan kami ejen-ejen yang berdaftar untuk mempromosikan unit-unit pejabat bangunannya yang kosong di seluruh Malaysia?
6. Anda boleh minta servis tambahan daripada mereka.
Tahukah anda ejen yang bijak pasti akan tawarkan khidmat yang bagus kepada anda. Ada ejen yang sanggup tolong carikan tukang cuci untuk rumah anda, carika tukang repair segala kerosakan rumah, tolong cari tukang mesin rumput. Kalau anda jumpa yang beramanah, boleh serah kunci dan minta dia uruskan semuanya. Ini memang rezeki, sangat berbaloi.
7. Ejen hartanah adalah pihak neutral.
Dia merupakan orang tengah kepada kedua-dua pihak. Jadi dia akan pastikan kedua-dua pihak puas hati dengan transaksi jual beli, barulah keuntungan berpihak kepada dia. Anda pun tahu, ada sahaja kes di mana S&P sudah disain oleh kedua-dua pihak, tapi tiba-tiba sahaja ada satu pihak membatalkanya. Taak jadi nak jual rumah. Salah satu sebab adalah rasa tidak puas hati oleh satu-satu pihak.
Real estate Terms & Translation in BM for your reference.
1. WTB- want to Buy/ Hendak beli
2. WTS – want to sell/Hendak menjual 3. SFT – square feet/ Kaki per segi 4. MOT – Memorandum of transfer 5. PSF – per square feet/Kaki persegi 6. B/UP – Built Up Area/ Kawasan bina 7. ONO – on nearest offer/harga tawaran terdekat 8. LOF – letter of offer/Surat tawaran
9. NEG – Negotiable/harga berunding
10. WTR~ Want to Rent (Utk Menyewa) 11. WTL~ Want to Let (Utk diSewa) 12. Landed~ hartanah atas tanah VS Non-Landed (flat/apartment /condo dll) 13- Strata Title~ Hakmilik Strata. Hakmilik yg dikeluarkan utk setiap unit/pecahan di bangunan yg 2 tingkat atau lebih. 14- FH~ Freehold / Pegangan selamanya. 15- LH~ Leasehold / Pajakan 16- MR~ Malay Reserve 17- JV- Joint Venture 18- LA~ Land area / Keluasan Tanah
19- Master title – Geran Besar
– IndividualTitle ~ Geran Individu
20- ROI~ Return of Investment. 21. BR~ Base Rate. Kadar interest atau caj bank menggantikan BLR. Berdasarkan COF (cost of fund) & SRR (Statutory Reserved Requirement) 22.BLR~ Base Lending Rate. Berdasarkan OPR (Overnight Policy Rate) 23.Lock in period~ tempoh tertentu yg dikenakan oleh pihak bank utk elak peminjam buat settlement awal. Antara 3-5thn biasanya. 24.;Yield~ hasil. Biasa kira jumlah sewa bulanan x 12bln dibahagi dgn kos property x 100%. Paling baik ROI sama atau lebih kadar % bank. 5% ke atas. 25.Capital Appreciation~ peningkatan harga hartanah pd masa hadapan. Untung itu juga disebut capital gain
26.Sinking fund ~ Wang simpanan ini utk tujuan membayar kerosakan atau pengubaisuaian bangunan Oleh JMB masa ke semasa
27. Maintenance Fee – Yuran kutipan ini di gunakan untuk penyelengaraan bangunan dan common property oleh JMB seharian
30.RPGT~ Real Property Gain Tax (Cukai Keuntungan Harta Tanah – CKHT)
31.DSR~ Debt Service Ratio / kadar menentukan loan pembeli boleh lulus
32.Flipping~ aktiviti menjual kembali hartanah dlm kadar cepat 33. MOF~ Margin of Financing 34. MLTA~ Mortgage Level Term Assurance 35.MRTA~ Mortgage Reducing Term Assurance 36.MV~ Market Value (Nilai pasaran) 36. Fair Value~ Harga yg adil untuk hartanah 37. Asking Price~ harga Penawaran 38. JMB~ Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama)
39. . NLC ~ National Land Code
40. Consent~ Kebenaran dari Pejabat Tadbir Tanah /SUK (Setiausaha Krjn Negeri) dll. 41. Deed of Mutual Covenant (DMC) ~ dokumen Perjanjian antara pembeli hartanah strata dgn Pemaju Yang tertakluk undang undang
42. S&P/SPA~ Sale & Purchase Agreement/Perjanjian Jualbeli.
Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang. . Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R. . YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu? . Ini latar belakang keluarga Puan R:
Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa. . Gaji Suami: RM 8,000 Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan) . Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun) . Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu) . Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai) . Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga: . UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA . Kereta: RM850 Rumah: RM600 Barang Dapur Kering: RM450 Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900 SSPN ANAK: RM200 Van Sekolah ANAK: RM100 Yuran Ngaji ANAK: RM60 Yuran Tusyen ANAK: RM200 Belanja sekolah ANAK: RM624
Total: RM3,984 . UTILITI . Coway: RM130 Elektrik: RM80 Air (bayar untuk meter pukal): RM40 Astro: RM90 Petrol: RM200 Unifi: RM150
Total: RM690 . BELANJA UNTUK MASA HADAPAN . Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200 Hibah: RM200
Total: RM400 . BAKTI PADA IBU BAPA . Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400 . HUTANG LUAR JANGKA . Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300 . LEBIHAN: RM226 . Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:
66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga 11.5% digunakan untuk Utiliti 6.7% digunakan untuk Masa Hadapan 6.7% digunakan untuk Ibu Bapa 5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka Lebihan??? Hanya 3.7%. Total: 100% . Maka saya bertanya kepada Puan R. . Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone? . Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepas😢 . Sambung Puan R lagi..
Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakan… DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA
MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle..
Fikir2kanlah… Assalam Ir. Abdul Rahman Bahasa 27 February 2020
Demi Anak
#Zaman Kita Zaman Struggle #Lupakan Kehendak Demi Anak #The Struggle Is Real
KHAIRUL ABDULLAH Presiden. Ukhwah For Ummah We love, We care.
Siang tadi di hospital Ampang.
Siapa pernah jadi penjaga pesakit di ICU?
Ada pernah jaga arwah isteri, emak ada jaga adik . Jadi saya tengok sendiri keadaan penjaga yang tidak boleh masuk ke ICU selepas waktu lawatan.
Kalau kat wad biasa boleh duduk di sebelah katil pesakit. Kalau di ICU memang tak boleh masuk. Jadi di mana semua waris atau penjaga ni tinggal?
Saya dulu ikut dan jer, kat atas kerusi, kat dalam surau, kat mana sahaja asalkan ada berdekatan wad. Senang kalau nurse atau doktor call boleh terus bergegas pergi.
Orang lelaki senang sahaja, boleh berbaring dan lelap di mana-mana sahaja. Namun orang perempuan tak boleh begitu, ada adab dan aurat yang perlu dijaga, jadi kena tidur di tempat yang sesuai.
Saya baru tahu rupanya ada hostel percuma yang pihak hospital sediakan untuk penjaga yang tiada tempat bermalam ni. Tidaklah seperti hotel, tidaklah seselesa di rumah namun ada katil, ada kemudahan asas untuk berbaring dan melelapkan mata.
Kemudahan ini diluar skop kendalian pihak hospital yang mana tumpuan mereka adalah pada kemudahan rawatan. Jadi, pihak zakat biasanya akan membantu menyediakan katil, tilam dan sebagainya.
Nak menguruskan hostel percuma ni pun memerlukan dana juga yang mana tidak dipunyai oleh pihak hospital. Jadi banyak hostel sebegini yang keadaanya cukup sekadar ada sahaja.
Namun, bagi waris atau penjaga pesakit, ini adalah nikmat. Dapat mandi, solat dan berbaring menghilangkan penat dan kerisauan adalah nikmat tak terhingga.
Selepas melihat sendiri kemudahan hostel ini di beberapa buah hospital, kami team U4U mengambil inisiatif untuk menaiktaraf kemudahan ini.
Kami ingin memberi kemudahan yang lebih baik dan selesa kepada waris yang kebanyakan hatinya gundah gulana, tidak tidur nyenyaknya, tidak selesa keadaannya agar dapat mengurangkan sikit beban kesukaran mereka.
Tadi di Hospital Ampang, kami telah menaiktaraf kemudahan-kemudahan uzur di hostel lelaki dan wanita yang dikenali sebagai Balai Pelawat ini.
Sekali lagi, hostel ini percuma okeh.
Kami pasang tinted di cermin tingkap agar tidak telalu panas, kami beli dan tambah kipas, kami beli cadar dan bantal yang baru, kami sediakan toiletries set untuk semua.
Kami juga sediakan hot and cold water dispenser, yang mana inilah kemudahan yang paling penting di asrama ini. Harapan kami adalah agar mereka yang singgah bermalam di asrama ini dapat menikmati keselesaan yang secukupnya.
Insha-Allah mudah-mudahan dapat membantu mereka.
Kami sedang dalam proses untuk melaksanakan projek ini di semua hospital kerajaan seluruh Malaysia sedikit demi sedikit.
Jadi, kami dengan rendah diri ingin memohon kalian agar dapat bersama dengan kami bagi melaksanakan projek ini. Kita sama-sama memberi kemudahan kepada mereka yang memerlukan.
Bagi yang ingin turut serta memberi jariah, sumbangan boleh dibuat kepada:
Semoga Allah memilih kalian untuk sama-sama bersedekah dalam melaksanakan projek ini. Boleh juga menyumbang bagi pihak ahli keluarga atau yang telah tiada dengan niat pahala sedekah.
Semoga dikurniakan ganjaran syurga buat kita semua.
Aamiin.
P/S. Kongsikan posting ini pun insya-Allah akan dikira sebagai sedekah amal jariah kita.
A. Pinjaman Peribadi 25k (baki pinjaman RM8100 dgn tunggakan 7 bulan setelah diberhentikan kerja, company tutup)
B. Akaun simpanan “Bank A” di bekukan(Court Garnishee Order) apabila mahu membuat bayaran melalui interbank giro drpd “Bank A” ke “Bank B” ( Pengajaran – Bayar pakai deposit machine di bank pemiutang untuk elak dikesan dimana duit kita disimpan)
Nota : Usaha dibawah boleh dilakukan sekiranya peminjam berniat atau berkemampuan untuk menyelesaikan baki pinjaman
Buat surat rasmi bersama cadangan penyelesaian pinjaman
Pergi ke cawangan bank peminjam berdekatan dan minta untuk bercakap dengan pegawai bank(bahagian debt collector) yang uruskan kes anda
Berbincang, sekiranya diterima Alhamdulillah dan sekiranya di tolak, bawa surat cadangan anda ke Bank Negara ( Block D, BNM telelink)
DI Bank Negara pula, print CCRIS report dahulu sebelum berjumpa pegawai BNM. Ambil angka giliran.
Cerita semua masalah kewangan anda secara jujur kepada pegawai BNM dan juga usaha2 yang telah anda lakukan untuk berbincang dengan pihak bank.
Anda mungkin akan diminta oleh BNM untuk hantar semula surat rasmi cadangan penyelesaian pinjaman melalui saluran BNM.
ATAU anda mungkin juga diminta oleh BNM untuk ke AKPK untuk nasihat/atur semula bayaran pinjaman2 anda (atas budi bicara anda dan BNM)
Setelah surat cadangan dihantar kepada bank melaui BNM, satu pegawai khas BNM akan uruskan kes anda.Hubungi talian BNMTeLELINK(1-300-88-5465) untuk disambungkan kepada pegawai BNM yg uruskan kes anda. (Cadangan : Guna email bukan surat menyurat biasa kerana cara ini lebih pantas & sentiasa CC BNM(bnmtelelink@bnm.gov.my) dalam komunikasi anda kepada bank)
Sekiranya rayuan anda ditolak, hubungi pegawai BNM minta nasihat seterusnya. Dalam kes saya, setelah kali kedua ditolak pegawai BNM tersebut telah meminta bank buat pertimbangan semula. Kali ke-3 rayuan saya diterima dgn bantuan BNM. ( Nota : Rayu seberapa byk kali yg boleh melalui BNM)
Berkenaan Garnishee Order, ianya hanya kuat untuk di lawan sekiranya akaun gaji. Sekiranya tidak, boleh juga buat rayuan untuk pelepasan separuh atau sebahagian kecil dari jumlah yang dibekukan tapi ianya makan masa 1-2 bulan bukan segera, kerana bukan mudah untuk bank dapatkan Garnishee Order dari Makamah untuk bekukan akaun peminjam. Kos2 guaman perlu dijelaskan oleh peminjam(Masukkan juga dlm proposal anda kepada bank untuk diserapkan ke dalam baki pinjaman).
Sekiranya akaun yang dibekukan bukan akaun Gaji, jangan dedahkan akaun Gaji anda pada pihak bank walaupn diminta oleh pihak bank. Hanya serahkan salinan penyata Gaji/Salary Slip yang baru pada pihak bank sebagai bukti pendapatan.
Hubungi bank2 lain dimana anda ada buat pinjaman(sekira ada), beritahu masalah kewangan anda dan buat surat rasmi untuk cadangan anda bagi menyelesaikan baki tertunggak. Dalam erti kata lain, biar lah kita kejar bank dari bank kejar kita.
Contoh : bayaran bulanan sebelum masalah kewangan adalah sebanyak RM600, dan sekarang hanya mampu RM350 atau kurang. Buat surat rasmi kepada bank,sekiranya ditolak oleh bank, anda hubungi BNMTelelink. Ulang proses2 diatas. InshaAllah ada jalan penyelesaian. BNM akan lihat anda ada usaha nak selelsaikan tapi bank yang menolak.
Sekian, harap maklumat atau pengalaman saya dapat dimanfaatkan bersama.
If you refuse to change over time, it will become obsolete.
TWO MORE STORIES:
Facebook takes over WhatsApp and Instagram.
Grab takes over Uber in Southeast Asia.
LESSONS:
Become so powerful that your competitors become your allies.
Reach top position and work smart with competition.
Keep innovating.
TWO MORE STORIES:
Colonel Sanders founded KFC at age 65..
Jack Ma, who couldn’t get a job at KFC, He founded Alibaba and retired at age 55
LESSONS:
Age is just a number.
Only those who keep trying will succeed.
FOR THE LAST BUT NO LAST IMPORTANT: Lamborghini was founded as a result of the revenge of a tractor owner who was insulted by Enzo Ferrari, the founder of Ferrari.
LESSONS: Never underestimate anyone, ever! Just keep working hard. Invest your time wisely. Don’t be afraid to fail. Let’s go!
Kisah Benar – SAKIT KANSER PUNCA SHOPLOT TEMPAT BERNIAGA RESTORAN KENA LELONG
Saya, Tuan Mohd Laurel Mercado ingin berkongsi tragedi sedih tentang kisah tuan kedai yg di Lelong bulan lalu dengan penuh muslihat oleh pihak Bank & Lawyer
pada awal bulan August, saya mendapat wasap dari seorang ejen hartanah dan menceritakan isu ini pada saya, selepas dapat info & contact tuan kedai, saya pun Call
Rupanya, tuan kedai seorang ibu berumur 52tahun, Kena Sakit Kritikal, Cancer Tyroid 4tahun lalu, selepas 1tahun beli kedai.
Pernah juga Suaminya call saya, selepas perbincangan, saya memberi beberapa tips utk selesaikan masalah ni dgn Bank
Keputusan mereka utk menjual, isu tunggakan si pembeli setuju selesaikan, pastu pembeli juga sudah Lulus Loan, Alhamdulilah la kan
Malangnya, Lawyer Bank telah mengugut pembeli supaya bayar Cash Rm1.2juta, tak boleh guna Loan, si pembeli pun takut la
Banyak isu bila Rumah di Lelong, lebihan selepas tolak semua caj, saman & lain, tiada baki yg dapat atau hanya Rm5k-10k jer, ini tidak adil untuk si peminjam
Lama juga senyap, fikiran saya mungkin tuan kedai da selesai jual atau ada pembeli lain
Tiba, 5hari lagi nak Lelong, saya dapat Call dari suaminya, “Kedai nak Lelong Tuan”. tapi kata Lawyer 28/9 tak jadi, ditukar ke 8/10….
Saya tak percaya tentang perubahan tarikh Lelongan melainkan ada Notis Lelong yg baru, kata saya
“korang kena cepat datang KL jumpa saya esok”, bincang punya bincang, esok datang la Suami isteri & 2 Anak gadis
Mereka bawa la dokumen setebal 5cm, penat membaca tau, da jadi tanggungjawab kena teruskan juga
setelah berbincang tentang Sop, cara, Muslihat, pengalaman & lain, mereka pun bersetuju utk guna khidmat kami
Buka Fail, kerja jalan selama 2 hari, berbalas surat dengan pihak Lawyer, tapi Lawyer bertegas untuk Lelong
Mula2 kami nak ambil tindakan tegas pada Lawyer Bank diatas Muslihat dorang tu, tiba-tiba…
Saya teringat pesan owner, mereka tak kisah nak jual atau Lelong, yg penting dapat jumlah lebihan dari penjualan, lagi pun kalo kedai tu selamat, sape yang sanggup bayar bulan2, memang nak dilepaskan, cukup utk mereka
Tugas saya berbincang dengan pihak Bank tentang Hak peminjam, anggaran lebihan boleh dapat seperti yang dikehendaki atau tidak, pihak Bank telah memberi jaminan akan dapat & sesuai permintaan mereka, Lelongan diteruskan
Pihak Bank agak terkejut ada Campurtangan dari Pihak Mahkamah, sebelum ni bukan main lagi Call tuan kedai cakap kasar2, siap men Ugut lagi
Lelongan tetap diteruskan, dan masa Lelongan tersebut ada pembeli dgn harga Rm1.2juta
Misi kami Selesai, cuma kena Followup jer
“Masalah ke-2”
Tiba-tiba, Selepas 3hari kemudian
saya mendapat panggilan dari Suami tuan kedai, tentang barang dalam kedai “Hilang & Kunci Mangga tukar !”
Haaa Suda, Masalah besar ni… ni da kira jenayah, kes pecah masuk !
(pengalaman saya) ni mesti si pembeli baru yg Menang Lelong pergi pecah masuk, padahal dia belum ada Hak selagi pindahmilik belum selesai.
saya Nasihat pergi buat Report polis, bila nak buat Report, Polis plak keliru cara nak ambil Report, Nak taknak, sy kena buat surat untuk sokongan
Siasatan pun dijalankan, Semua kena siasat
Esok Hari, dapat info, suda jumpa sape yg pecah masuk tu, si Pembeli baru.
Pembeli baru ada beberapa kali Call kata nak masuk, siap halau lagi tuan kedai yg lama, padahal belum lagi ada Hak.
Setelah berbincang dengan Ketua saya, kami telah bersetuju utk panggil sekeluarga datang ke Mahkamah utk dapatkan Nasihat.
Kami akan pastikan Pihak Polis utk ambil tindakan kepada si Pembeli baru tersebut
Pesanan Saya : sila pastikan anda mempunyai Takaful & Semak Letter Offer Bank
” Poor Not A Test To Poor People , But A Test For Rich People To Help Or Not to Help..”
Lesson – ” May One Day, Rich People Become Poor, Other Rich People Will Come And Help..”
“kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu”
Aku kerja polis ,Kerja kat Penang. Tak payah aku mention balai mana, Masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention). Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi. Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia. Dapat info laki ni curi roti tu. Nilai roti tak sampai rm10. 3x aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?”. Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco. So, bawa jugak la laki tu naik kereta. Dlm kereta aku tanya kenapa curi? Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah. Terkedu aku dengar. Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja. Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu.. Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah. Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu. Dh depan EO nk buat report. Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai. Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu. Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata. AOCS aku suruh call atasan dia datang. Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki. Dh insaf kena maki, Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri. AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu. Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai. AOCS aku cakap apa “Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah” Laki tu baru kena buang kerja kilang. Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun. Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak. Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal. Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku “kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu” Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.
Setiap pengajaran di dalam hidup, berjaya di rungkaikan dengan tepat setelah musibah terjadi pada diri sendiri.
Tiada siapa mahu ambil pengalaman pengajaran yang di kongsi kan, kerana terlalu yakin, musibah tidak akan menimpa diri kita.
Musibah hanya akan menimpa manusia lain.
Pesanan Terakhir Mr Steve Jobs, Pengasas Apple (iPhone, iPad, iPod)
Dia meninggal dunia sebagai Billionaire pada usia 56 tahun Kanser Pankreas dan inilah kata-kata terakhirnya di tempat tidur yang sakit:
“Saya mencapai puncak kejayaan dalam dunia perniagaan. Di mata orang lain, hidup saya adalah lambang kejayaan. Pandangan orang lain, hidup saya adalah sempurna, namun, selain dari bekerja setiap hari, sebenarnya saya mempunyai hanya sedikit kegembiraan.
Akhirnya, “kekayaan” hanyalah yang saya kejar dalam kehidupan saya.
Pada masa ini, berbaring di tempat tidur yang sakit dan mengingat kembali seluruh hidup saya, saya menyedari bahawa semua pengiktirafan dan kekayaan yang sangat saya banggakan, menjadi pucat dan menjadi tidak bermakna dalam menghadapi kematian yang akan datang.
Anda boleh mengupah seseorang untuk memandu kereta untuk anda, menjana kekayaan untuk anda tetapi anda tidak boleh meminta seseorang menanggung penyakit untuk anda. Perkara-perkara material yang hilang dapat dijumpai. Tetapi ada satu perkara yang tidak dapat dijumpai ketika hilang – “Hidup”. Apabila seseorang masuk ke bilik operasi, dia akan menyedari bahawa ada satu buku yang belum selesai dia baca – “Buku Hidup Sihat.”
Apa sahaja tahap kehidupan kita sekarang, dengan masa, kita akan menghadapi hari ketika tirai itu turun. Harta sebenar manusia adalah keluarga, cinta untuk pasangan anda, cinta kepada rakan anda …Layan diri anda dengan baik. Hargai yang lain.
Apabila kita semakin tua, dan dengan lebih bijak, kita perlahan-lahan menyedari bahawa
-memakai jam tangan $ 300 atau $ 30 – mereka berdua memberitahu masa yang sama …
Sama ada kita membawa dompet / beg tangan $ 300 atau $ 30 – jumlah wang di dalamnya sama.
Sama ada kita memandu kereta bernilai $ 150,000 atau $ 30,000, jalan dan jaraknya sama, dan kita sampai ke destinasi yang sama.
Sama ada rumah yang kita tinggal seluas 300 atau 3000 kaki persegi – kesunyian adalah sama.
Anda akan sedar, kebahagiaan batin anda sebenarnya bukan berasal dari perkara-perkara material di dunia ini.
Sama ada anda terbang pertama atau kelas ekonomi, jika kapal terbang turun – anda turun dengannya …
Oleh itu .. Saya harap anda sedar, apabila anda mempunyai pasangan, rakan dan rakan lama, saudara dan saudari, dengan siapa anda berbual, ketawa, bercakap,berhibur.. Itulah kebahagiaan sejati.
Lima Fakta Kehidupan yang Tidak Dinafikan:
Jangan mendidik anak-anak anda untuk menjadi kaya. Didik mereka untuk Bahagia. Oleh itu, apabila mereka dewasa mereka akan mengetahui nilai perkara bukan harganya.
“Makan makanan anda sebagai ubat anda. Jika tidak, anda harus makan ubat sebagai makanan anda.”
Orang yang mengasihi anda tidak akan pernah meninggalkan anda kerana yang lain walaupun ada 100 alasan untuk menyerah, dia akan mencari satu alasan untuk bertahan.
Terdapat perbezaan besar antara manusia dengan manusia. Hanya sebilangan kecil yang memahaminya.
Anda disayangi semasa anda dilahirkan. Anda akan disayangi semasa anda mati. Jika diantara kedua waktu itu anda mengurus hidup anda dengan baik.
CATATAN TAMBAHAN : Sekiranya anda hanya mahu Berjalan Cepat, Berjalan Sendiri! Tetapi jika anda mahu Berjalan Jauh, Berjalan Bersama!
Enam Doktor Terbaik di Dunia yang sering dilupakan.
Cahaya matahari
Rehat
Bersenam
Diet
Keyakinan Diri dan
Kawan
Kekalkan mereka dalam semua peringkat Kehidupan dan nikmati kehidupan yang sihat.
KISAH DAN TELADAN . HUTANG YANG TIDAK DI TUNTUT TAPI WAJIB DI BAYAR.
Kisah dua orang sahabat seorang melayu dan seorang lagi india.
Mereka mula bersahabat, semasa sama2 mula mencari rezeki, sebagai pemandu eHailing.
Sama senasib, di berhenti kan kerja daripada kerjaya Jurutera IT.
Rezeki pemandu eHailing ni, tak menentu, sekali service dan tukar alatganti seperti tayar dll, abis la simpanan / sedikit untung bawa rider.
Suatu hari, dalam keterdesakan, ada berita kecemasan oleh sahabat India ni. Dia memerlukan sedikit pinjaman peribadi dalam RM200 daripada sahabat Melayu nya. Untuk pulang ke kampung di utara Semenanjung.
Dia tidak mahu di beri secara ihsan. Dia ingin meminjam sahaja.
Walaupun dia tahu, dia kata tak tentu lagi bila nak bayar kembali.
Pelbagai situasi berlaku, beliau cuba cari kerja lain, selang seli dengan kerja pemandu eHailing.
Apa yang buat saya respek , sahabat India ini , bertindak membayar balik hutang RM200 tersebut, berperingkat, walaupun sahabat Melayu ini , tidak pernah mendesak.
Dia bayar dahulu RM50. Itupun, selepas 6 bulan berlalu. Walaupun dia ada RM150 pada masa tersebut.
Katanya hati nya tak tenang selagi tak mula bayar balik, walaupun lambat atau pun sedikit demi sedikit.
Selepas 4 bulan, sahabat India ini , hubungi sahabat Melayu itu kembali, dan bayar balik lagi RM50. Baru2 ini.
Katanya , baki lagi RM100 , dia akan bayar di lain masa. Dia harap dia masih hidup, untuk langsaikan hutang, walaupun RM200 cuma.
Dia faham, sahabat Melayu dia pun, senasib dengan nya.
BEGITULAH SERBA SEDIKIT, KISAH DUA SAHABAT. WALAUPUN BERLAINAN BANGSA DAN AGAMA, DIA SANGGUP UNTUK BAYAR KEMBALI HUTANG SAHABAT, WALAUPUN TIDAK DI TUNTUT. DIA TIDAK PERGI BERCUTI DI TEMPAT PERANGINAN DAHULU, SEBELUM BAYAR HUTANG, WALAUPUN BERMULA DENGAN RM50.
KADANGKALA SAYA SENDIRI SEGAN SEBAGAI SEORANG MELAYU ISLAM, YANG TIDAK FIKIR KE TAHAP SAHABAT INDIA TERSEBUT.
Sekadar coretan kisah benar buat renungan bersama.
Live telecast, pre Independence Day speech by Prime Minister of Malaysia 🇲🇾 , in conjunction with Malaysia 63rd Independence Day on 31 August 2020. This time around, minimal celebration but with full of heart ♥️ and courage, due to pendamic covid 19 still around.