✓Ramai pemilik ada nilai sentimental dengan rumah yang nak dijual. Mereka dah duduk lama di situ, dah ubah suai rumah dan lihat anak-anak mereka membesar.
✓Ini boleh jadi halangan semasa penjual nak tetapkan harga rumah.
✓Mereka tetapkan harga terlalu tinggi dan gagal menjual.
✓Atau jika rumah tu pernah beri kesan emosi negatif…
✓Mereka letak harga terlalu rendah dan akhirnya tak dapat apa yang patut mereka dapat.
✓Bila nak tentukan harga, anda kena berlapang dada dan buang emosi terlebih dahulu.
✓Ini kerana rumah anda akan bersaing dengan ratusan rumah lain dan emosi boleh menggagalkan jualan.
✓Bila anda dah buat langkah ni, barulah anda boleh tentukan harga rumah berdasarkan harga pasaran dan permintaan.
APABILA membicarakan mengenai topik membeli rumah idaman, pasti ramai yang mengeluh terutama golongan muda.
Apa tidaknya, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang harga rumah di negara ini masih dianggap terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki golongan muda khususnya generasi Y.
Unit ukuran panjang secara umumnya terbagi kepada 2 jenis iaitu:-
Imperial – Inci, kaki
Metrik – meter
Di Malaysia majoriti pengukuran adalah menggunakan unit metrik, dan pelajar di sekolah juga diajar menggunakan unit metrik.
Walau bagaimanapun apabila memperkatakan ukuran rumah, biasanya ramai orang menggunakan unit imperial iaitu kaki.
Contohnya:-
Luas lot rumah : 20 kaki x 75 kaki
Luas tanah : 5,000 kaki persegi
Tinggi lantai ke siling : 12 kaki
Keluasan rumah : 1,000 kaki persegi
Saiz pintu : 3 kaki x 7 kaki
Unit imperial masih diguna pakai kerana ianya dapat memberikan ‘gambaran’ ukuran lebih jelas kepada orang ramai, ini adalah kerana ukuran ini boleh dibandingkan dengan bahan-bahan binaan rumah seperti:-
Tile lantai biasanya datang dalam ukuran kaki
Saiz siling biasanya 2 kaki x 4 kaki atau 4 kaki x 4 kaki
Saiz pintu bilik 3 kaki x 7 kaki
Dan pelbagai ukuran binaan yang lain dibuat berdasarkan ukuran dan gandaan unit imperial.
Ukuran rumah dalam unit matrik dan imperial Selain itu pengukuran dalam unit imperial biasa tiada titik perpuluhan kerana saiz ukuran adalah kecil, 1 kaki = 0.3048 meter, berbanding ukuran meter yang lebih panjang.
Perbandingan dan pertukaran ukuran imperial dan matrik adalah seperti berikut:-
1 inci = 2.54cm 12 inci = 1 kaki = 30.48cm atau 0.3048 meter 1 meter persegi = 10.764 kaki persegi Contoh pengiraan:-
Contoh 1: Rumah dengan luas 1,000 kaki persegi di tukar kepada unit imperial.
1000 ➗ 10.764 = 92.902 meter persegi
Contoh 2: Ukuran lot rumah teres 20 kaki x 75 kaki
20 x 0.3048 = 6.096 meter, 75 x 0.3048 = 22.86 meter
Daripada perbandingan dua contoh di atas, kita dapati penggunaan unit imperial (kaki) lebih mudah memberikan gambaran dan angka yang digunakan adalah intiger (nombor bulat).
Musim pandemik Covid ni banyak bantuan kerajaan telah disalurkan kepada orang ramai, dan akan perlukan lebih banyak lagi duit untuk kegunaan awam secara berterusan. Namun dari mana kerajaan nak dapat sumber kewangan. Antara sumber utamanya adalah dari Cukai Pendapatan dan Perniagaan.
Jadi kerajaan dah seru kepada LHDN untuk tingkatkan keberkesanan kutipan cukai. Dengan kata lain, meminta bertindak lebih agresif kesan segala pelarian cukai.
Mengikut kes-kes yang firma kami terima dari dulu dan agak banyak kebelakangan ini, boleh kami simpulkan modus operandi kerja LHDN untuk tujuan itu adalah:
1. Mengesan pemilik kenderaan berharga RM150k ke atas dan ‘cross check’ dengan data pengisytiharan cukai, samada sesuai atau tidak amaun pendapatan atau keuntungan perniagaan yang dilaporkan. Mereka ada sistem profiling yang link dengan JPJ, sekali letak nombor plate kereta, akan keluarlah nama pemiliknya.
2. Mengesan pembelian rumah, tanah, dan lot kedai atau kilang. Maklumat ini mereka boleh tahu langsung dari sistem LHDN kerana perjanjian jual beli hartanah ini perlu stamp hasil di kaunter LHDN.
3. Mengesan pemilikan saham yang besar di Bursa Saham dan syarikat Sdn Bhd. Pemegang saham yang besar terutama individu akan dikueri untuk nyatakan sumber pendapatan memperolehi wang pembelian saham tersebut.
4. Menyemak penerima tender-tender kerajaan, badan berkanun, dan agensi kerjaan seperti DBKL, MBSA, MPJB. Biasanya ni semakan dibuat ke atas syarikat Sdn Bhd mahupun syarikat PLT dan entrpise yang terima kontrak projek melebihi RM100k. Kalau yang cecah jutaan tu apatah lagi, jadi sasaran utama. Amaun keuntungan dan cukai bisnes yang meragukan akan diaudit dan disiasat. Kalau langsung tak hantar borang cukai lagi lah masak kena cukai anggaran yang besar.
5. Merisik peniaga2 online. Iklan-iklan yang nampak rancak dan dipaparkan juga sambutan hangat dengan pembungkusan produk yang banyak di media sosial akan jadi sumber semakan. Ada pegawai audit yang jadi pembeli produk dan cross check nama bisnes atau individu penjual.
6. Menyemak peniaga-peniaga yang tunjukkan kejayaan di media sosial. Dapat anugerah, dapat hadiah pencapaian jualan, dapat naik pangkat bisnes MLM, dapat buka cawangan, dapat buka kilang, dapat tiket pelancongan. Posting tersebut akan di ‘screenshot’ dan dijadikan bahan bukti untuk diaudit.
7. Menyemak pelepasan-pelepasan cukai individu yang dituntut di dalam borang cukai. Contoh seperti bayaran zakat, penyata insurans, pembelian komputer, yuran Gymnasium, dan lain-lain akan diminta bukti resitnya atau penyata. Kalau tiada bukti, cukai akan ditambah beserta 45% penalti.
Jadi ni sahajalah saya kongsi beberapa cara pengesanan standard yang sedang dan akan dilakukan oleh LHDN untuk pengetahuan dan kesediaan semua. Ada lagi beberapa caranya, cuma panjang sangat nak taip sini 🙃
Yang mana sudah isytihar cukai dengan betul, tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang penting simpan dan rekod semua resit belanja bisnes bagi peniaga dan syarikat, serta bukti pelepasan cukai individu yang dituntut selama 7 tahun lamaaanya. 🤓
Sekain,
Credit to :- M.Husainy MHM ASSOCIATES Penjentik kesedaran cukai
Ramai orang fikir ruginya duit kalau melantik ejen hartanah. Cuba kira kalau rumah nak jual Rm 300 000, kena bayar kepada ejen Rm 9000. Banyak tu, mana tak ruginya.
Baik kawan-kawan, biar saya explain kenapa anda tidak akan rugi, malah perlu melantik ejen untuk menjual rumah anda. Ingat, bila saya sebut ejen, bukan bermaksud broker kampung:
1. Ejen hartanah merupakan satu bidang profesional.
Jadi orang tengah dalam urusan jual beli rumah, bukan seperti jual telur. Beli harga 30 sen, jual dengan harga 50 sen. Itu broker kampung. Ejen hartanah ni ada standard-standard yang perlu dipatuhi, tertakluk kepada code of ethics yang telah ditetapkan. Jadi bila anda lantik mereka, mereka akan lihat rumah anda terlebih dahulu, dan beri nasihat sama ada harga yang diletak itu munasabah atau tidak.
Mereka juga boleh bagi kepada networking mereka serta valuers yang boleh dipercayai, jadi mudah untuk anda tahu anggaran kasar bagi harga pasaran. Dan yang menariknya, mereka tidak akan markup harga, ini penting tau tak? Spekulasi tak akan berlaku, dan harga hartanah akan terkawal.
2. Jimat masa.
Cuba bayangkan kalau anda letak iklan rumah anda dalam mudah.my. Katakan 20 orang yang menelefon anda, mungkin 10 orang sahaja yang akan datang view rumah, 5 orang sahaja yang akan buat tawar-menawar, 2 orang sahaja yang lulu loan, akhihrnya seorang sahaja yang layak membelinya. Bayangkan kalau anda penat bekerja, kena melayan kerenah unserious buyers. Tak ker letih? Lagi-lagi kalau anda tinggal di luar negeri. So nasihat saya, lantik ejen, biar diorang uruskan, yang penting kerja jalan, dapat buyer dengan pantas, rumah terjual. Habis cerita. Kawan saya orang mat saleh cakap, ehem ehem.. “the rich invest in time, the poor invest in money”. Anda nak jadi kaya kan?
3. Kemungkinan rumah terjual dengan cepat lagi tinggi.
Ejen hartanah mestilah berdaftar dengan syarikat hartanah. Dalam syarikat hartanah akan ada beberapa ejen lain. Anda bagi tahu ejen yang anda lantik, anda mahu rumah anda dijual dengan secepat mungkin. Minta dia ‘kerahkan semua ejen-ejen lain. Dalam profesion ini, ejen-ejen boleh berkongsi senarai rumah yang dijual kepada ejen lain. Ia dipanggil co-agency. Bayangkan kalau dalam satu syarikat ada 20 orang ejen. Anda cuma lantik seorang sahaja, tapi 20 orang buat kerja untuk anda. Bijak kan?
4. Pembeli akan lebih yakin jika beli dengan ejen berdaftar.
Jangan terkejut, kadang-kadang pembeli lebih percayakan ejen daripada tuan rumah. Kenapa? Pernah dengar kes tuan tanah tipu duit deposit? Tuan rumah batalkan perjanjian walaupun deposit hangus sudah dibayar? Inilah peranan ejen hartanah, segala urusan ada dokumen hitam putih. Apabila pembeli lebih yakin untuk membeli, peluang untuk rumah anda dibeli akan jadi tinggi.
5. Mencari penyewa yang baik.
Keadaan ini sesuai kalau anda mempunyai banyak rumah atau rumah kedai yang tidak berjaya disewakan. Apabila anda melantik seseorang ejen, dia akan merangka strategi untuk memastikan anda mendapat penyewa dengan kadar segera dan menapis penyewa-penyewa yang baik sahaja. Mungkin anda rasa jarang kedengaran, tapi tahukah anda Lembaga Tabung Haji pernah meminta pertolongan kami ejen-ejen yang berdaftar untuk mempromosikan unit-unit pejabat bangunannya yang kosong di seluruh Malaysia?
6. Anda boleh minta servis tambahan daripada mereka.
Tahukah anda ejen yang bijak pasti akan tawarkan khidmat yang bagus kepada anda. Ada ejen yang sanggup tolong carikan tukang cuci untuk rumah anda, carika tukang repair segala kerosakan rumah, tolong cari tukang mesin rumput. Kalau anda jumpa yang beramanah, boleh serah kunci dan minta dia uruskan semuanya. Ini memang rezeki, sangat berbaloi.
7. Ejen hartanah adalah pihak neutral.
Dia merupakan orang tengah kepada kedua-dua pihak. Jadi dia akan pastikan kedua-dua pihak puas hati dengan transaksi jual beli, barulah keuntungan berpihak kepada dia. Anda pun tahu, ada sahaja kes di mana S&P sudah disain oleh kedua-dua pihak, tapi tiba-tiba sahaja ada satu pihak membatalkanya. Taak jadi nak jual rumah. Salah satu sebab adalah rasa tidak puas hati oleh satu-satu pihak.
LHDN kata kalau gaji setahun selepas tolak KWSP lebih RM34,000 barulah kena daftar nombor cukai / hantar borang cukai.
Contoh:
Gaji setahun sebelum tolak KWSP = RM38,202 Potongan KWSP (11%) = RM4,202 Gaji setahun selepas tolak KWSP = RM34,000 (dibundarkan)
Sekiranya pendapatan korang tak sampai pun RM34,000 setahun (lepas tolak KWSP) tapi majikan tiba-tiba ada buat potongan PCB, maka submit saja borang cukai tu, insha-Allah dapat refund.
Jadi menjelang bulan cukai yang bakal menjelma Mac ini, jika rasa tak nak bayar cukai banyak sangat, ini maklumat/dokumen yang perlu disimpan :
1. Borang EA / EC / CP58
Orang kerja kerajaan, sediakan borang EC. Orang kerja swasta, sediakan borang EA. Orang makan komisen (ejen-ejen penapis air, MLM, Takaful, Unit Trust, Remisier) sila minta borang CP58 (penyata bayaran insentif) dari syarikat.
Jika makan gaji sahaja, isi borang BE sebelum 30 April 2020. Jika makan gaji dan ada terima komisen atau income bisnes, sila isi borang B sebelum 30 Jun 2020.
Sila take note kalau korang makan gaji dan termasuk dalam gaji kasar tu elaun petrol, elaun perjalanan atau elaun tol atau kombinasi darinya, sila tolak sebab elaun/perkuisit ini dikecualikan cukai. Terhad kepada RM6,000 setiap tahun.
2. No kad pengenalan ibu dan / atau ayah kandung/angkat
Err…Hafal tak no kad pengenalan mak ayah? Ada mak dan / atau ayah berumur 60 tahun dan ke atas yang bermastautin di Malaysia? Kalau mereka masih bekerja pastikan pendapatan tahunan mak atau ayah TIDAK melebihi RM24,000 seorang. Kalau cukup syarat ni anda boleh claim RM1,500 seorang. Kalau dua-dua masih hidup maka boleh claim RM3,000.
“Tapi mak ayah duduk kampung? “
Rileks, korang masih boleh claim walaupun tidak tinggal bersama.
Individu yang LAYAK menuntut pelepasan ini merujuk kepada anak kandung atau anak angkat yang sah di bawah undang-undang. Tuntutan pelepasan ini TIDAK dibenarkan ke atas ibu bapa tiri.
Nota : Kalau yang ada adik beradik ramai dan masing-masing nak claim, cara pengiraan seperti di Helaian Kerja HK15.
3. Penyata Takaful / Insuran
Sila minta statement tahun 2019 dekat ejen Takaful kalau penyata tu tak sampai rumah. Statement Takaful ini penting sebab dalam bayaran bulanan boleh jadi ada bahagian yang tak dibenar tolak cukai. Dekat statement tu biasa ada tulis. Jadi jangan declare semua kalau ada bahagian yang tak dibenarkan.
Yang boleh claim hanyalah Takaful/insuran nyawa, pendidikan dan perubatan. Takaful/insuran kereta tak boleh.
Takaful/insuran nyawa boleh claim untuk individu, suami atau isteri / isteri-isteri. Bayaran premium atas polisi nyawa anak tidak dibenarkan.
Manakala premium Takaful/insurans yang dibayar atas polisi pendidikan atau manfaat perubatan boleh untuk individu, pasangan atau anak.
4. Resit Gaya Hidup
Silalah korek semula resit-resit dan bil kalau tahun lepas (2019) ada beli dan bayar;
smartphone/komputer/laptop/tablet buku/ subscription news online bil langganan internet Pembelian alat sukan / yuran gym Boleh claim bawah pelepasan gaya hidup maksimum RM2,500. Belian mestilah untuk kegunaan peribadi saja, bukan untuk bisnes.
Ingat, tipu dosa.
5. Resit Alatan Penyusuan
Korek juga resit-resit berkaitan peralatan penyusuan (kalau ada beli). Pelepasan ini untuk pembayar cukai wanita saja atas pembelian peralatan penyusuan ibu untuk kegunaan menyusukan anak yang berumur 2 tahun dan ke bawah. Encik suami tak boleh claim (rasanya dalam borang dia disable ruang ini untuk lelaki).
Amaun claim adalah terhad kepada amaun yang dibelanja dan maksimum RM1,000 walaupun ada lebih daripada seorang anak.
Peralatan penyusuan ibu yang layak mendapat potongan adalah:
(i) set pam susu dan pek ais (breast pump kit dan ice pack); (ii) bekas pengumpulan dan penyimpanan susu (breast milk collection and storage equipment); serta (iii) set penyejuk atau beg penyejuk (cooler set / bag).
6. Resit Pra-Sekolah
Ada anak berumur 6 tahun dan ke bawah yang dihantar ke pra-skolah atau pusat asuhan? Simpan lagi tak resit bayaran tu?
Potongan ini terhad kepada amaun yang dibayar dan maksimum boleh claim hanya RM1,000. Tapi tahun depan (tahun 2021) masa isi borang untuk taksiran 2020 boleh claim maksimum RM2,000. Yelah, yuran pra-sekolah macam Little Caliphs, Children Islamic Centre (CIC), Brainy Bunch, Genius Aulad, Smart Reader bukan biashe-biashe.
Tapi, pastikan taman asuhan kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau pra-sekolah kerajaan/swasta yang berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Negeri di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.
7. Penyata SSPN-i
Ada menabung untuk anak dalam SSPN-i? Baguslah. Rasanya sekarang dah boleh print penyata SSPNN-i secara online. Kalau takde boleh ke kaunter PTPTN yang berhampiran.
Ingat, boleh claim amaun bersih, bukan berapa banyak korang masukkan dalam akaun.
(Jumlah simpanan dalam tahun 2019 tolak jumlah pengeluaran dalam tahun 2019).
Contoh: Dalam tahun 2019, Baki Bawa Hadapan: RM4,500; Simpanan : RM2,000; dan Pengeluaran : RM1,500. Potongan yang layak dituntut adalah RM500 (RM2,000 – RM1,500).
Untuk taksiran tahun 2019, maksimum boleh claim RM8,000, sebelum ini hanya RM6,000.
LHDN mesti dah ada data pencarum SSPN-i ni, jadi berfikir panjang sebelum bertindak mengisi ruang pelepasan tu.
8. Resit bayaran zakat
Resit atau penyata bayaran zakat boleh dapatkan dari Pusat Zakat Negeri masa buat bayaran. Kalau bayar online memang senang nak print balik. Kalau ikut FAQ LHDN, zakat yang dimaksudkan adalah semua jenis bayaran zakat yang dibuat dalam sesuatu tahun tu. Maknanya termauklah zakat fitrah, zakat pendapatan, zakat emas dan zakat wang simpanan. Biasa yang orang claim adalah zakat fitrah dengan zakat pendapatan.
Dokumen lain yang perlu disediakan (jika ada) adalah yuran sambung pengajian ke peringkat Ijazah di peringkat Sarjana atau Doktor Falsafah, penyata Skim Persaraan Swasta (PRS), resit-resit kalau ada derma dekat institusi atau organisasi yang diluluskan oleh LHDN (cari dan semak di sini).
Paling penting selain no akaun bank untuk LHDN refund duit PCB kita, ingat lagi tak password e-filing? Kalau boleh rekodkan maklumat e-filing ni. Senang esok-esok nak login, id dengan password dah tersedia.
Ingat, TAK PERLU hantar resit-resit atau dokumen atas ni, simpan saja elok-elok mana tahu dapat surat audit dari LHDN supaya tunjuk bukti.
Ingat, tipu dosa.
Bersamalah kita membangunkan negara yang tercinta.
Real estate Terms & Translation in BM for your reference.
1. WTB- want to Buy/ Hendak beli
2. WTS – want to sell/Hendak menjual 3. SFT – square feet/ Kaki per segi 4. MOT – Memorandum of transfer 5. PSF – per square feet/Kaki persegi 6. B/UP – Built Up Area/ Kawasan bina 7. ONO – on nearest offer/harga tawaran terdekat 8. LOF – letter of offer/Surat tawaran
9. NEG – Negotiable/harga berunding
10. WTR~ Want to Rent (Utk Menyewa) 11. WTL~ Want to Let (Utk diSewa) 12. Landed~ hartanah atas tanah VS Non-Landed (flat/apartment /condo dll) 13- Strata Title~ Hakmilik Strata. Hakmilik yg dikeluarkan utk setiap unit/pecahan di bangunan yg 2 tingkat atau lebih. 14- FH~ Freehold / Pegangan selamanya. 15- LH~ Leasehold / Pajakan 16- MR~ Malay Reserve 17- JV- Joint Venture 18- LA~ Land area / Keluasan Tanah
19- Master title – Geran Besar
– IndividualTitle ~ Geran Individu
20- ROI~ Return of Investment. 21. BR~ Base Rate. Kadar interest atau caj bank menggantikan BLR. Berdasarkan COF (cost of fund) & SRR (Statutory Reserved Requirement) 22.BLR~ Base Lending Rate. Berdasarkan OPR (Overnight Policy Rate) 23.Lock in period~ tempoh tertentu yg dikenakan oleh pihak bank utk elak peminjam buat settlement awal. Antara 3-5thn biasanya. 24.;Yield~ hasil. Biasa kira jumlah sewa bulanan x 12bln dibahagi dgn kos property x 100%. Paling baik ROI sama atau lebih kadar % bank. 5% ke atas. 25.Capital Appreciation~ peningkatan harga hartanah pd masa hadapan. Untung itu juga disebut capital gain
26.Sinking fund ~ Wang simpanan ini utk tujuan membayar kerosakan atau pengubaisuaian bangunan Oleh JMB masa ke semasa
27. Maintenance Fee – Yuran kutipan ini di gunakan untuk penyelengaraan bangunan dan common property oleh JMB seharian
30.RPGT~ Real Property Gain Tax (Cukai Keuntungan Harta Tanah – CKHT)
31.DSR~ Debt Service Ratio / kadar menentukan loan pembeli boleh lulus
32.Flipping~ aktiviti menjual kembali hartanah dlm kadar cepat 33. MOF~ Margin of Financing 34. MLTA~ Mortgage Level Term Assurance 35.MRTA~ Mortgage Reducing Term Assurance 36.MV~ Market Value (Nilai pasaran) 36. Fair Value~ Harga yg adil untuk hartanah 37. Asking Price~ harga Penawaran 38. JMB~ Joint Management Body (Badan Pengurusan Bersama)
39. . NLC ~ National Land Code
40. Consent~ Kebenaran dari Pejabat Tadbir Tanah /SUK (Setiausaha Krjn Negeri) dll. 41. Deed of Mutual Covenant (DMC) ~ dokumen Perjanjian antara pembeli hartanah strata dgn Pemaju Yang tertakluk undang undang
42. S&P/SPA~ Sale & Purchase Agreement/Perjanjian Jualbeli.
SEMOGA MENJADI PANDUAN DAN PENGAJARAN – JANGAN SESEKALI DEDAHKAN TAC NUMBER PERBANKAN INTERNET ANDA KEPADA SESIAPA PUN.
Ptg kelmarin (20/03/2020) Ada scammer yg dh berjaya ceroboh masuk dalam acc online banking saya, sy pun xtahu mcm mn dia tahu user name & password maybank2u saya.
Scamer Call minta nombor TAC Katanya nk refund balik duit yg dio tersalah ambik dlm acc saya sbyk RM2250.00. Pada asalnya saya x layan & matikan call terus.
Scamer call lg dan dia suruh saya semak dlm acc klu x cayo.
Saya letak tel & buka online banking maybank2u. Terkejut tgk dlm acc mmg ada transaksi keluar sebanyak Rm2250.00 & baki tinggal ada Rm21.00 shj sdgkan masa kijo ot marin sy buka maybank2u tgk duit baki ada 2ribu lebih lagi. Jadi panik & nalin doh la.
Lepas saya tgk baki duit dlm maybank2u scammer call lagi. Dan desak suruh bagi no tac segera sb nk pindah duit saya smula ke dlm acc Saya. No TAC Mmg dh masuk dlm tel Saya, tinggal Saya nk bagi @ tidak je.
Saya tanya dio mcm mn you blh ambik duit Saya tanpa pengetahuan Saya. Dia kata tersalah & desak suruh bui segera no tac, klu xbui segera duit ni xblh pindah ke acc you lagi.
Saya kata nk comfom dgn maybank dulu.. Tp Dio x bui sb katanya dia ni wakil Dari pihak maybank utk tolong refund smula duit saya tu segera, sb benda ni kena cepat. Klu lambat duit ni dh xblh pindah.
Call maybank slalu marin.. Maybank tanya ada bg no tac kpd sesiapa x? Sy jwb x. Selagi awak x bg no tac kpd sesiapa duit awak xkn hilang wlpun nampak dlm acc saving mcm hilang. Jadi, maybank ajar step by step cara mcm mn nk pindah ke saving acc semula. Agak rumit sikit sb scamer dh block online banking Saya. bila dh settle semua & duit rm2250.00 sudah masuk smula ke acc saving saya, staff maybank pun block semua sb acc ni dh xselamat.
Scammer ni mmg pandai, bila dio dh berjaya ceroboh dlm online banking kita, dia akan transit duit kita tu dr saving ke tempat lain, tp still dlm acc kita cuma bkn di saving. menyebabkan kita napok dlm account saving ada 21.00 & time tu kita dh jadi gelabah & panik sb Mmg Sah2 duit Mmg dh Xdok dlm acc saving.
Saya sendri pun hampir2 nk bui no TAC ko dio bila kita dlm keadaan panik sb skali mikir ” klu aku bui no TAC ko dio pun Mmg duit aku Xdok doh jg. jd bui jelah” jd xdea nk mikir time tu wei.. Sb no TAC ada dh ni.
loni Maybank dh block account saya Bkn shj online banking je kena block, kad atm pun Kena block. Duit xleh nk ambik langsung loni.
Block acc je, duit ada cuma kena g cawangan maybank utk buat kad baru & daftar maybank2u smula.
Nasihat ore maybank Jgn bagi no. tac yg masuk dlm tel kita kpd sesiapa & Jgn bagi nombor kad atm kpd sesiapa shj. Klu tidak duit akan pindah ke account org lain.
Ingat ye, Nombor Tac ialah nombor pengesahan transfer duit Dari akaun kita kpd akaun org lain. Bukannya akaun orang lain kpd akaun kita.
So, Jgn bagi kpd sesiapa shj no TAC yg masuk dlm tel kita. Klu ada nombor TAC yg tiba2 masuk dlm tel kita itu bermakna akaun online banking kita telah diceroboh oleh scammer. So , cpt2 call pihak bank.
Program i-Sinar KWSP akaun 1 dibuka kepada semua yang terjejas. Dari 2 juta yang dibenarkan dinaik kepada lebih 8 juta pencarum yang terjejas.
Tidak kira yang hilang pekerjaan mahupun hilang pendapatan. Syarat sangat minima.
Terima kasih kerajaan !
Tengku Zafrul ;
Setelah saya berbincang lanjut dengan pengurusan KWSP pagi tadi, sukacita diumumkan bahawa program i-Sinar kini dibuka dan diperluaskan kepada SEMUA ahli yang terjejas pendapatan mereka. Tidak kira samada disebabkan hilang pekerjaan, ataupun telah terkurang pendapatan mereka tahun ini — ahli tersebut layak memohon untuk membuat pengeluaran dari Akaun 1.
Tanpa mengira ahli tersebut pekerja sektor formal atau bekerja sendiri, tanpa mengira ahli aktif mencarum atau tidak,— selagi terjejas pendapatan dengan ketara bolehlah mengeluarkan simpanan dari Akaun 1 sehingga maksimum 10 ribu atau 60 ribu mengikut jadual pembayaran i-Sinar yang ditetapkan KWSP.
Dari 2 juta ahli yang layak sebelum ini, i-Sinar kini kita buka kepada lebih 8 juta ahli. Mereka cuma perlu memohon di dalam talian atau hadir di mana-mana pejabat KWSP. Tunjukkan sahaja bukti mengenai kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji, elaun atau OT mahupun pengurangan pendapatan jika bekerja sendiri.
A. Pinjaman Peribadi 25k (baki pinjaman RM8100 dgn tunggakan 7 bulan setelah diberhentikan kerja, company tutup)
B. Akaun simpanan “Bank A” di bekukan(Court Garnishee Order) apabila mahu membuat bayaran melalui interbank giro drpd “Bank A” ke “Bank B” ( Pengajaran – Bayar pakai deposit machine di bank pemiutang untuk elak dikesan dimana duit kita disimpan)
Nota : Usaha dibawah boleh dilakukan sekiranya peminjam berniat atau berkemampuan untuk menyelesaikan baki pinjaman
Buat surat rasmi bersama cadangan penyelesaian pinjaman
Pergi ke cawangan bank peminjam berdekatan dan minta untuk bercakap dengan pegawai bank(bahagian debt collector) yang uruskan kes anda
Berbincang, sekiranya diterima Alhamdulillah dan sekiranya di tolak, bawa surat cadangan anda ke Bank Negara ( Block D, BNM telelink)
DI Bank Negara pula, print CCRIS report dahulu sebelum berjumpa pegawai BNM. Ambil angka giliran.
Cerita semua masalah kewangan anda secara jujur kepada pegawai BNM dan juga usaha2 yang telah anda lakukan untuk berbincang dengan pihak bank.
Anda mungkin akan diminta oleh BNM untuk hantar semula surat rasmi cadangan penyelesaian pinjaman melalui saluran BNM.
ATAU anda mungkin juga diminta oleh BNM untuk ke AKPK untuk nasihat/atur semula bayaran pinjaman2 anda (atas budi bicara anda dan BNM)
Setelah surat cadangan dihantar kepada bank melaui BNM, satu pegawai khas BNM akan uruskan kes anda.Hubungi talian BNMTeLELINK(1-300-88-5465) untuk disambungkan kepada pegawai BNM yg uruskan kes anda. (Cadangan : Guna email bukan surat menyurat biasa kerana cara ini lebih pantas & sentiasa CC BNM(bnmtelelink@bnm.gov.my) dalam komunikasi anda kepada bank)
Sekiranya rayuan anda ditolak, hubungi pegawai BNM minta nasihat seterusnya. Dalam kes saya, setelah kali kedua ditolak pegawai BNM tersebut telah meminta bank buat pertimbangan semula. Kali ke-3 rayuan saya diterima dgn bantuan BNM. ( Nota : Rayu seberapa byk kali yg boleh melalui BNM)
Berkenaan Garnishee Order, ianya hanya kuat untuk di lawan sekiranya akaun gaji. Sekiranya tidak, boleh juga buat rayuan untuk pelepasan separuh atau sebahagian kecil dari jumlah yang dibekukan tapi ianya makan masa 1-2 bulan bukan segera, kerana bukan mudah untuk bank dapatkan Garnishee Order dari Makamah untuk bekukan akaun peminjam. Kos2 guaman perlu dijelaskan oleh peminjam(Masukkan juga dlm proposal anda kepada bank untuk diserapkan ke dalam baki pinjaman).
Sekiranya akaun yang dibekukan bukan akaun Gaji, jangan dedahkan akaun Gaji anda pada pihak bank walaupn diminta oleh pihak bank. Hanya serahkan salinan penyata Gaji/Salary Slip yang baru pada pihak bank sebagai bukti pendapatan.
Hubungi bank2 lain dimana anda ada buat pinjaman(sekira ada), beritahu masalah kewangan anda dan buat surat rasmi untuk cadangan anda bagi menyelesaikan baki tertunggak. Dalam erti kata lain, biar lah kita kejar bank dari bank kejar kita.
Contoh : bayaran bulanan sebelum masalah kewangan adalah sebanyak RM600, dan sekarang hanya mampu RM350 atau kurang. Buat surat rasmi kepada bank,sekiranya ditolak oleh bank, anda hubungi BNMTelelink. Ulang proses2 diatas. InshaAllah ada jalan penyelesaian. BNM akan lihat anda ada usaha nak selelsaikan tapi bank yang menolak.
Sekian, harap maklumat atau pengalaman saya dapat dimanfaatkan bersama.