Makcik Saadiah dan Balai Polis Gerik

Sambungan cerita Mak Cik Saadiah….

MORAL OF THE STORY : DON’T SIMPLY JUDGE BAD ABOUT OTHER PEOPLE, UNTIL YOU FIND OUT THE TRUTH”

TRUE STORY

Untuk memastikan ada kesinambungan cerita, atok papar balik episode pertama…diikuti oleh cerita seterusnya….

Kisah Mak Cik Saadiah yang meruntun jiwa…

Atok pernah bertugas di Gerik sebagai Ketua Polis Daerah dari tahun 1995 hingga 2000…di situlah tugas terakhir atok dalam PDRM sebelum bersara.

Masa mula2 sampai di Gerik atok selalu melihat seorang perempuan tua mengayuh basikal datang ke balai, tiap hari dia datang, tak miss. Antara jam 10-11pagi sampailah dia. Dia kurang bercakap tapì banyak ketawa…dia menegur semua anggota polis yang dia jumpa sambil melempar senyuman atau ketawa kecil. Anggota pun semua dah kenal dia dan saling bergurau dengan dia.

Mak cik ni kalau datang mesti bawak satù bungkus nasi…dia masuk ke dalam balai, letak nasi tu kt Enquiry dan terus balik. Kadang dia bawa gula2 dalam poket bajunya, dia bagi kt anggota perempuan yang sedang bertugas di situ…

Anggota pun suka menyakat2 dia dan dia ketawa terbahak2…mesra sekali nampaknya.

Mula2 atok tak kisah sangat dengan perempuan tu…atok fikir dia ada anak atau sedara di balai…tapi bila melihatnya datanģ setiap hari tanpa miss, terpanggil jugak atok nak bertanya siapa dia, buat apa dia datang…

Jawapan anggota atok…”Dia tu tak berapa betul tuan. Tiap hari dia datang bawak nasi…dia letak kt balai dia balik. Kami tak makan pun nasi tu, selalu beri kucing je. Dalamnya ada nasi, ada lauk sikit, kadang ada ikan masin atau pucuk kayu…dah berpuluh tahun dia buat begitu…Rumahnya kt Kuala Kenderong kira2 4km dari balai.”…

Berpuluh tahun??….atok fikir mesti ada sebab dia buat begitu. Mengapa harus seorang perempuan tua umur 60an, sanggup datang ke balai setiap hari, mengayuh basikal basikal hampir 10km semata2 untuk menghantar sebungkus nasi…dan dah berpuluh tahun lamanya.

Atok pun selidik lagi dengan anggota atok orang2 lama kt balai tu…jawapan mereka amat mengejutkan atok…

Namanya Saadiah, umur 60an, tinggal di Kuala Kenderong bersama seorang anak lelaki yang belum kawin dan tak berkerja.

Makcik Saadiah sebenarnya ialah balu kepada MMT 5244 Mat Alias bin Nik Daud, pernah bertugas sebagai boatman di IPD Gerik tahun 70an….dia mati dibunuh oleh pengganas komunis semasa menjalankan tugas pada 28 Aug 1975…..

Kisah bermula pada pagi 28 Aug 75… 4 orang anggota Polis bertugas sebagai boatman bernama Wan Marzuki, Abdul Manaf bin Akob, dan dua orang lagi kedua2nya bernama Yeop telah ditugaskan untuk menghantar ration menggunakan bot ke kawasan operasi di sekitar Banding……selepas semua persiapan diaturkan, mereka berempat bersedia untuk bertolak.

Namun pada pagi itu sebelum mereka bertolak, isteri MMT Abdul Manaf bin Akob yg sedang sarat mengandung telah datang ke balai. Dia merayu kepada ketua supaya suaminya tidak dihantaŕ untuk tugas tersebut…katanya dia sarat mengandunģ, bila2 masa akan bersalin. Tapi MMT Abdul Manaf tetap hendak pergi juga…itu adalah tugas yang perlu dilaku…Isterinya terus merayu dan menangis, meraung sambil memeluk erat kedua2 kaki suaminya tak membenarkan dia pergi….Maka OCS tiada pilihan… dia mencari seorang pengganti……dan malang bagi MMT Mat Alias, suami kepada Mak Cik Saadiah, dia dikerah untuk mengambil tempat MMT Abdul Manaf. Lalu pergilah mereka berempat untuk melaksanakan tugas yang memakan masa 3-4 hari.

Perjalanan dengan bot dari Gerik ke Banding perlu melalui keadaan sungai yang berliku2, airnya kadang dalam, kadang cetek, kadang deras, kadang perlahan…. Disepanjang perjalanan pula melalui hutan belantara, bermakna amat berisiko tinggi untuk diserang-hendap oleh pengganas Komunis yang sentiasa berkeliaran dalam hutan di situ…

Selepas beberapa jam perjalanan dengan, mereka tiba di suatu tempat di kawasan Banding, di mana keadaan airnya sangat cetek dan bot tidak boleh lepas. Maka mereka berempat terpaksa turun dari bot dan menolaknya sekuat hati bagi melepasi kawasan cetek itu……tiba2mereka diserang hendap……

Sesungguhnya tak siapa yang tahu apa sebenarnya telah berlaku, kerana tak seorang dari mereka telah selamat untuk menceritakannya. Namun anggota2 polis dalam sebuah lagi bot yang berada berhampiran tempat itu menceritakan mereka mendengar bunyi tembakan senjata api yang bertalu dari satu gerombolan yang sgt ramai.

Yang nyata mereka berempat telah diserang hendap oleh pengganas Komunis
Keempat2 mereka gugur ditempat itu juga, tetapi mereka tetap melawan dan membalas tembakan hingga ketitisan terakhir. Kedua2 anggota yang bernama Yeop ditemui penuh dengan kesan tembakan, mayat mereka turut dikerat2 dan dimutilasikan. Mayat Wan Marzuki pula ditemui agak jauh dari situ dengan kecederaan tembakan di kaki.

Mayat MMT Mat Alias, suami Mak Cik Saadiah ditemui tanpa kesan tembakan, tetapi dia telah disembelih oleh pengganas Komunis dan badannya digantung kepada bot, dipotong2, kemaluannya disumbat kedalam mulut…amat kejam sekali puak Pengganas Kominis durjana….

Berbalik kepada cerita Mak Cik Saadiah, pada pagi kejadian dia tidak tahu bahawa suaminya telah dihantar ke kawasan operasi. Maka saperti biasa, di rumah dia masak nasi dan kemudian bungkuskan…kayuh basikal pergi ke Balai, untuk hantar makanan tengahari kepada suami tersayang. Itu adalah routine beliau setiap hari. Apakan daya, pada pagi berkenaan suaminya tak sempat menjamah nasi yang dimasaknya…

Hati mana yang tak hancur bilamana dia dapat tahu kemudian bahawa suami tersayang telah mati dibunuh komunis, lehernya disembelih, kemaluannya dikerat dan disumbat ķe dalam mulut…

Kisah bersambung….

Sambungan cerita Mak Cik Saadiah…

Selepas mendapat maklumat terperinci mengenai Mak Cik Saadiah, atok buat kesimpulan…Mak Cik Saadiah bukan orang tak betul, bukan orang gila…dia òrang baik, seorang yang sangat cintakan suami, seorang yang merasa dirinya sebahagian dari PDRM….sebenarnya dia seorang yang mengalami trauma yang berpanjangan…hingga sanggup mengayuh basikal 10km setiap hari selama berpuluh tahun, seolah2 suaminya masih hidup. Anak cucunya menegah dia dari berbuat demikian tapi dia tetap bertekad menganggap Balai Gerik macam keluarganya….betapa suci dan murni hati Mak Cik Saadiah…

Justeru atok memanggil mesyuarat di kalangan pegawai dan anggota atok…atok taklimatkan betapa perlu kita beri perhatian dan penghargaan kepada orang2 lama yang telah berjuang untuk negara dan memperhitungkan nyawa mereka untuk kepentingan keselamatan dan keamanan…dan betapa banyak wira2 telah terkorban, yang cacat seumur hidup…dan lebih banyak lagi ahli2 keluarga Pasukan yang menjadì susah dan trauma selepas kehilangan tempat bergantung….seorang darinya ialah Mak Cik Saadiah.

Atok arahkan pegawai dan anggota supaya tidak lagi menganggap Mak Cik Saadiah sebagai orang tak betul…berikan layanan yang baik kepadanya, hulurkan bantuan jika perlu…Dari segi kewangan Mak Cik Saadiah agak selesa sebab dia punya pencen peninggalan bekas suaminya.

Selepas mesyuarat, atok panggil Mak Cik Saadiah ke Balai …atok hadiah kepadanya sebuah basikal baru yang dibeli dengan duit sendiri…

Tak banyak yang atok dapat atok lakukan untuk beliau semasa berkhidmat di Gerik…Namun selepas bersara, atok dan uwan berkesempatan pergi semula ke Gerik untuk melihat keadaan Mak Cik Saadiah….dia masih sihat.

Masa kami tiba di rumahnya, Mak Cik Saadiah telah keluar ke halaman …mula2 dia agak enggan menerima kami…dia memang kurang mesra dengan orang yang dia tak kenal…dan dia tak mengenali atok…mungkin dah lupa. Atok bagi tau…

“Saya dari balai…datang nak jumpa Mak Cik…kita dulu kawan…”

Mendengar perkataan Balai Mak Cik Saadiah terus berubah menjadi mesra…dia menghulurkan tangan menyambut kedatangan atok dan uwan. Cara dia bersalaman pun unik…ada tepuk tampar…mula2 tepuk belakang tangan, kemudian tepuk tapak tangan, tepuk balik belakang tangan beberapa kali…mesra betul dia…

Atok perhatikan Mak Cik Saadiah walau masih sihat, tapi dia dah mùĺa dimamah usia dan kurang cergas. Namun dia tetap masih mampu berulang alik ke balai naik basikal…dia melakukannya tanpa jemu walau dah lebih 40 tahun…

Rumahnya pula terlalu usang hampir menyembah bumi…anak cucunya memujuk beliau supaya buat rumah baru…tapi dia enggan. Katanya itu rumah dia bersama arwah…dia tak hendak berpisah dengan rumah itu…itu adalah kenangan abadi buatnya bersama arwah suaminya…

Selepas mengunjungi Mak Cik Saadiah atok terus mengunjungi rumah Tok Ketua Kuala Kenderong, nama Hj Rashid…kebetulan beliau adalah bekas anggota atok yang sudah bersara, dia juga adalah bekas pemandu atok. Kami memang rapat dari dulu…atok meminta Tok Ketua Hj Rashid membawa kes Mak Cik Saadiah ke peringkat JKK Daerah Gerik, jika perlu ke peringkat JKKN Perak…cuba dapatkan bantuan rumah baru untuk Mak Cik Saadiah…

Balik ke rumah atok terus buat posting dalam fb mengenai kisah sedih Mak Cik Saadiah….serta merta cerita atok menjadi tular. Cerita atok juga kemudian sampai ke pengetahuan pemberita…mereka memuat naik cerita atok dalam akhbar tempatan…maka lebih tularlah ia…

Mengenai rumah baru untuk Mak Cik Saadiah, usaha Tok Ketua Hj Rashid memang tak sia2…akhirnya pihak Kerajaan Negeri Perak mengeluarkan belanja untuk mendirikan sebuah rumah batu untuk Mak Cik Saadiah… Alhamdulillah…terima kasih Pak Chu Rashid…hang sungguh baguih, tak sia2 depa lantik hang jadi Tok Ketua…

Kelmarin atok berhubung dengan anggota2 polis di Gerik…mereka kata Mak Cik Saadiah masih ada, tapi dia dah uzur, dah beberapa tahun berhenti dari mengayuh basikal ke Balai…

Moga Mak Cik terus sihat dan menikmati ketenteraman, kedamaian dalam meniti hari2 tua…Aamiin.

Atok bengang bila mengingatkan kezaliman dan kedurjanaan Komunis…

Atok bengang orang sekarang dah mula lupa kejahatan Komunis…

Atok bengang ada orang, ter masuk orang Melayu cuba menganggap Kominis sebagai wira negara…Lebih bengang bila orang yg sama dilantik menjadi Menteri Pertahanan…tambah bengang bila suku sakat PKM dilantik timbaĺan menteri…mulalah mereka mengenakan uniform seakan2 uniform PKM di majlis rasmi…

Apa nak jadi dengan rakyat kita kini, bangsa kita ķini dan negara kita kini….Apa nak jadi….???

Anak cucu Mak Cik Saadiah turut menjadi rapat dengan atok sampai sekarang…mereka pernah datang mengunjungi rumah atok di Kuala Selangor …

Coretan oleh
Zahriman Alias
16 Jan 2021.

KRITERIA RINGKAS JUAL RUMAH

BUANG EMOSI


✓Ramai pemilik ada nilai sentimental dengan rumah yang nak dijual. Mereka dah duduk lama di situ, dah ubah suai rumah dan lihat anak-anak mereka membesar.

✓Ini boleh jadi halangan semasa penjual nak tetapkan harga rumah.

✓Mereka tetapkan harga terlalu tinggi dan gagal menjual.

✓Atau jika rumah tu pernah beri kesan emosi negatif…

✓Mereka letak harga terlalu rendah dan akhirnya tak dapat apa yang patut mereka dapat.

✓Bila nak tentukan harga, anda kena berlapang dada dan buang emosi terlebih dahulu.

✓Ini kerana rumah anda akan bersaing dengan ratusan rumah lain dan emosi boleh menggagalkan jualan.

✓Bila anda dah buat langkah ni, barulah anda boleh tentukan harga rumah berdasarkan harga pasaran dan permintaan.

Semoga Bermanfaat.

Terima Kasih

PR1MA penuhi impian

PR1MA penuhi impian

APABILA membicarakan mengenai topik membeli rumah idaman, pasti ramai yang mengeluh terutama golongan muda.

Apa tidaknya, dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang harga rumah di negara ini masih dianggap terlalu mahal dan sukar untuk dimiliki golongan muda khususnya generasi Y.

https://www.hmetro.com.my/PnP/2021/01/664266/pr1ma-penuhi-impian

SALESFORCE OR SALESPERSON

Seorang jurujual dihantar ke sebuah pulau oleh syarikat pembuat kasut utk mencari pasaran baru. Dia balik dan melaporkan, “Jgn buang masa tuan. Tak ada org yg pakai kasut di sana. Mereka lebih selesa tak berkasut. Sekarang bukan masa yg sesuai”.

Sebuah syarikat lain juga berbuat demikian. Jurujualnya kembali dan melaporkan, “Tuan, sangat sesuai kita jual di sana skrg. Mereka semua tak kenal apa itu kasut. Ini peluang besar utk kita pasarkan produk kita”.

As a sales person you all tau la yg mana satu your position kan.

Toxic or Good Circle

Bila dah mula masuk umur 20-40 tahun, perkara yang paling merisaukan kita adalah Circle dan orang di sekeliling kita.

Adakah selama ini kita berada di dalam Toxic Circle ataupun Good Circle?

Kerana Circle ataupun orang terdekat kita akan menjangkiti diri kita. Ianya akan :

– menjangkiti dan mempengaruhi CARA FIKIR kita

– menjangkiti dan mempengaruhi AGAMA kita

– menjangkiti dan mempengaruhi TAHAP KEWANGAN & INCOME kita

– menjangkiti dan mempengaruhi SELURUH diri kita

Dari Abu Hurairah RA bahawa Nabi SAW bersabda: “Seorang laki-laki itu bergantung dengan agama teman pergaulannya (sahabat rapat), maka hendaklah salah seorang melihat siapa yang menjadi teman pergaulan (HR Abu Daud No: 4193) Status: Hadis Hasan Sahih

Sometimes your Circle decreases in numbers but increases in values

Yaminika.com

VAKSIN COVID19 – MALAYSIA

Vaksin #PfizerBioNTech merupakan vaksin #COVID19 pertama mendapat pengesahan kecemasan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Sehingga kini, lebih 49 negara telah memberi kelulusan kepada vaksin ini termasuk Malaysia yang memberi kelulusan bersyarat pada 8 Jan lalu.

Malaysia akan menerima bekalan pertama vaksin ini sebanyak 12.8 juta dos bermula akhir Februari untuk keperluan 20% populasi.

Setiap orang akan menerima 2 dos dengan jarak 21 hari setiap dos untuk mendapat kesan optimum.

Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan dilaksanakan dalam 3 fasa dengan sasaran vaksinasi 70% populasi atau 23 juta orang dan diberi secara PERCUMA kepada rakyat Malaysia.

Selain Pfizer, Malaysia juga telah menempah vaksin AstraZeneca dari UK, Sinovac, China dan dari hasil perjanjian COVAX.

Sumber : Facebook KKM

SUMBANGAN IKHLAS HATI

Moga berjaya dunia ahkirat..

” Tak ada duit nk mkn burger time pkp ni, jangan malu jangan segan mari kedai saya Burger Boy. Makan la sampai kenyang. Anda adalah saham akhirat saya.. Sy ikhlas sy xsembang kosong.. Mai kedai gtau sy or staf2 sy kalau xde duit makan je.. Allah dah bayar..”

Mintak kawan2 share bia sampai pada yg memerlukan sy mohon🙏🙏🙏

Lokasi : Sunway giza kota damansara

http://www.wasap.my/60179310592/Burgerboy

Kredit : Mohd Kosim via Warga Kota Damansara

KEYS SOP’S MCO 2021 MALAYSIA

❗ KEY SOPs for MCO 2.0 ⚠️ With MCO 2.0 starting tomorrow, take a look at the key SOPs implemented by the government for the next 14 days. Stay safe! 😷

StayAtHome #StaySafe #MCO #iqiglobal #juwaiiqi #realestate #property #realestateagent #explorewithIQI #propertyagency

MCO EXTENSION IN MALAYSIA

::: MOVEMENT CONTROL ORDER (MCO) :::

STATES: Penang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Melaka, Johor, and Sabah

DURATION: 14 days from Jan 13 (12.01am) to Jan 26

Restrictions:
•No interstate and interdistrict travels.
•No social gatherings, such as weddings, wedding receptions, conferences, religious processions (including Thaipusam), meetings, seminars, courses, and group sport activities.
•Roadblocks will be mounted; movements limited to 10km radius to people in a vehicle.
•Only two people per household allowed to head out to purchase groceries at nearby supermarkets or grocery stores.
•Only two people allowed per vehicle
•Anyone who violates these rulings will be subjected to a maximum fine of RM1,000 under the Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 (Act 342)
•Only 5 essential economic sectors allowed to operate: manufacturing; construction; service; trade and distribution; and plantations and commodities.
•Only 30 per cent of workers within a company’s management group are allowed to go in to office; employers to determine number of employees permitted in office at any one time (taking into consideration standard operating procedures compliance)
•Ensure total adherence to SOP, observe physical distancing at all times.
•Non-essential services staff to work from home; employers must comply with this ruling.
•Eateries and hawker stalls may operate but only take-aways allowed.
•Food delivery serviced allowed.
•Supermarkets, healthcare services (including clinics, hospitals and pharmacies), banks allowed to operate with strict SOP compliance: always wear masks ; use hand sanitisers frequently; observe physical distancing at all times.
•Stay at home if there is no immediate or urgent need to head out.
STUDENTS: Candidates due to sit for SPM in 2020 and 2021 are allowed to attend school with strict SOP. Education Ministry will detail this SOP.
RELIGIOUS ACTIVITIES: Only a maximum of 5 mosque/houses of worship committee members allowed at these premises.
RECREATIONAL ACTIVITIES:
•Outdoor recreational activities allowed among people within same household.
•Individuals must keep 2m-distance at all times.
•No more than 2 people allowed to jog at any one time.
•Cycling not allowed in groups; only one person allowed.

::: CONDITIONAL MOVEMENT CONTROL ORDER (CMCO) :::

STATES: Pahang, Perak, Negri Sembilan, Kedah, Terengganu and Kelantan

DURATION: 14 days from Jan 13 (12.01am) to Jan 26

Restrictions:
•No interstate travels.
•No social gatherings, such as weddings, wedding receptions, conferences, religious processions (including Thaipusam), meetings, seminars, courses, and group sport activities.
RELIGIOUS ACTIVITIES: Allowed with the minimum number of attendees stipulated in the SOP to ensure physical distancing. State religious authorities are advised to provide appropriate guideline in determining the number of attendees allowed.

::: RECOVERY MOVEMENT CONTROL ORDER (RMCO) :::

STATES: Perlis and Sarawak

DURATIONS: 14 days from Jan 13 (12.01am) to Jan 26

Restrictions:
•No interstate travels. Social gatherings allowed, provided in full compliance of the standard operating procedures.
RELIGIOUS ACTIVITIES: Allowed with the minimum number of attendees stipulated in the SOP to ensure physical distancing. State religious authorities are advised to provide appropriate guideline in determining the number of attendees allowed.

ROADBLOCKS
• Effective Jan 13 (12.01am)
•Mounted at all district and state borders

PASCA COVID19 DAN PKP

Andai kata benarlah arahan PKP semula minggu depan, kita semua pasrah sajalah. Jangan fikir periuk nasi lagi. Ni semua salah kita, Allah dah hantar peringatan kepada kita tapi kita langsung tak ambil pengajaran.

Gelombang kedua Mac tahun lepas: Orang politik bagi kerjasama. Orang awam bagi kerjasama. Frontliner bekerja sungguh-sungguh.

Kita berjaya buktikan kepada seluruh dunia kita kawal wabak ini. Orang luar puji kita. UK, China bagi anugerah dengan Ketua Pengarah Kesihatan kita. Doktor gigi dari Kanada buat video pasal kita. Singapura pun tabik dengan kita.

Tapi kejayaan tu tak lama. Kita ego. Kita rasa kita berjaya tumpas sebab kita. Kita lupa semuanya kuasa Allah SWT. Kita lupa Allah SWT buat semua ni untuk kita kembali kepada-Nya.

Lalu kita pun kembali kepada perangai lama kita. Sombong. Tak ikut arahan. Tak ikut kata wahyu. Maksiat bermaharajalela semula. Arak berleluasa semula. Takut kita nak bertegas dengan gagasan kafirun padahal Allah SWT tunjuk dah banyak kes kemalangan dan maut akibat arak.

Kita luluskan program hiburan sebab ikut logik kita, tak ada hiburan maka ekonomi tak jalan. Sampai Miss Plus World pun kita reda.

Pemilik kilang dengan perangai lamanya, buang sisa dalam sungai. Belum lagi perangai rakus mengaut sumber alam seperti mineral dan pokok secara berlebihan. Ternyata penyakit “wahan” lebih parah dari penyakit dari Wuhan.

Kemuncaknya bila masing-masing mahu berebut kuasa, orang dari serata negara berkumpul, segala SOP tak dipedulikan.

Begitu juga sikap endah tak endah bila perkumpulan keluarga waktu perayaan dan hujung tahun.

Gelombang ketiga : Pemimpin sibuk berebut kuasa. Majoriti orang awam pula dah tak peduli. Tinggal staff-staff KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA berjuang bermati-matian.

Tuan-tuan, mereka dah keletihan tuan-tuan. Pusat kuarantin dan hospital untuk risiko rendah terpaksa dibuka merata-rata. Malah tahap kawalan pesakit di hospital terpaksa direndahkan kerana mereka tak mampu menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai.

Janganlah bagi alasan kami rela kena COVID daripada mati kebuluran. Fikir-fikirlah tentang frontliner yang bersusah-payah berjuang sekarang ini. Mari kita sama-sama muhasabah diri, moga-moga kita kembali kepada-Nya.

Dari FB DR. MOHD SOBRI MOHD SAUPI
QEH, KK

TEMPOH PKP DI LANJUT KAN

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 – PM Muhyiddin

PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021

PKP Pemulihan (PKP-P) akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan (dari 13 Jan hingga 26 Jan)

Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan
rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan
beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan
keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan
sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P,
aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP
yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK
DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP,
pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini,
operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada
jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri
yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam
10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan
keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan,
HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar
dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu
yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum
RM1,000.

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5)
sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai
sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan
dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan
pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan
pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi
pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang
diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan
masing-masing. Ingin saya ingatkan, jumlah pekerja yang
ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang
ditetapkan. Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung
sewaktu berada di tempat kerja. Mana-mana majikan yang
melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan
COVID-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil
berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.

Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja
dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away
manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya
dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah
ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKPpada tahap berjaga-jaga.

Patuhi SOP ketika berada di tempat￾tempat ini seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer. Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar
rumah. Stay at home.

5 THINGS NEED TO DO TO DOWNSIZE YOUR HOME

Statistics have shown that the % of downsizing a home has increased, and you might be needing one in the future! 💭

If you are looking to downsize your home, designing your home for different stages of life is a must. Click and find out the other 4 more things you need! 🏘️
➡️ https://www.iqiglobal.com/blog/downsizing-your-home-here-are-5-things-you-need-to-do/

From IQI GLOBAL

PR1MA FALIM IPOH PERAK

RM 500 JE DAH BOLEH PINDAH KE RUMAH BARU DI RESIDENSI FALIM
.
Pr1ma Residensi Falim ini adalah projek perumahan mampu milik dari Perbadanan Pr1ma Malaysia.
.
Projek ini sudahpun siap dibina dan sedia untuk didiami. Tapi yang Paling Awsome & Paling best ialah bakal pemilik rumah disini akan nikmati potongan harga sebanyak RM 34,200! Banyak tu..
.
Tapi ada tempoh ye guys…
.
Penjimatan AWSOME ini adalah dari Home Ownership Campaign (HOC) yang akan berlangsung sehingga 31st Mei 2021. Masa makin suntuk, yang cepat dia UNTUNG!
.
PR1MA @ Residensi FALIM, IPOH
HARGA DARI RM145,800.00❗
.
BOOKING RM 500 SAHAJA
.
================
PROMOSI MENARIK
================
🌟 DISKAUN HOC 10% + REBET (Bernilai RM 34,200)
🌟 FREE SPA LEGAL
🌟 PERCUMA MOT – Duti Setem 1st Home.
🌟 100% PROPERTY LOAN
.
==================================
PROMOSI H.O.C DEADLINE : 31 May 2021
==================================
.
=================
SYARAT KELAYAKAN
=================
➕ Rumah 1st & Rumah 2nd Sahaja
➕ Berumur 21 tahun keatas
➕ Bujang / Berkahwin
➕ Pendapatan isi rumah
➕ RM2.5K – RM15K sebulan
.
===============
JENIS KEDIAMAN
===============
.
Jenis A1, A2, A6, A7, A9 & A10 (Tengah) :
Size : 803 kps
(2+1 Bilik & 2 Bilik Air)
.
Jenis A3, A4, A5, A8 & A11 (Tepi) :
Size : 803 kps
(2+1 Bilik & 2 Bilik Air)
.
Jenis B1, B2, B4, B5, B7 & B8 (Tengah) :
Size : 985 kps
(3 Bilik & 2 Bilik Air)
.
Jenis B1, B3, B6 & B9 (Tepi):
Size : 985 kps
(3 Bilik & 2 Bilik Air)
.
Jenis C1, C2 & C3 (Tepi):
Size : 1,096 kps
(3 Bilik & 2 Bilik Air)
.
.
==============
LOKASI & AKSES
==============
✅ Melalui Jalan Lahat dan Jalan Kledang Utama
✅ Jalan Pusat Perniagaan Falim
Laluan ke Pekan Menglembu dan Bandaraya Ipoh
.
.
===========
KEMUDAHAN
===========
🌟 CCTV
🌟 Taman Permainan
🌟 Kemudahan Pendidikan
🌟 Tadika
🌟 Dewan Serbaguna
🌟 Taska
🌟 Kemudahan Rekreasi
🌟 Surau
.
========================
Harga Mula Dari : RM 145,800
========================
.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami sekarang:-
.
Rahim Hartanah
REN32649
https://wasap.my/601111990073/falim

Visit RahimHartanah•Net for details.

GOOGLE PIZZA KNOW ALL ABOUT YOU L.O.L

Ordering a Pizza in 2021…

CALLER:
Is this Pizza Delight?

GOOGLE:
No Sir, it’s Google Pizza.

CALLER:
I must have dialed a wrong number. Sorry…

GOOGLE:
No Sir, Google bought Pizza Delight last month.

CALLER:
OK… I would like to order a pizza.

GOOGLE:
Do you want your usual, Sir?

CALLER:
My usual? You know me?

GOOGLE:
According to our caller ID data sheet, the last 12 times you called, you ordered an extra-large pizza with three cheeses, sausage, pepperoni, mushrooms and meatballs on a thick crust.

CALLER:
OK! That’s what I want…

GOOGLE:
May I suggest that this time you order a pizza with ricotta, arugula, sun-dried tomatoes and olives on a whole wheat gluten-free thin crust?

CALLER:
What? I detest vegetable!

GOOGLE:
Your cholesterol is not good, Sir.

CALLER:
How the hell do you know!

GOOGLE:
Well, we cross-referenced your home phone number with your medical records. We have the result of your blood tests for the last 7 years.

CALLER:
Okay, but I do not want your rotten vegetable pizza! I already take medication for my cholesterol.

GOOGLE:
Excuse me Sir, but you have not taken your medication regularly. According to our database, you purchased only a box of 30 cholesterol tablets once, at Drug RX Network, 4 months ago.

CALLER:
I bought more from another drugstore.

GOOGLE:
That doesn’t show on your credit card statement.

CALLER:
I paid in cash.

GOOGLE:
But you did not withdraw enough cash according to your bank statement.

CALLER:
I have other sources of cash.

GOOGLE:
That doesn’t show on your last tax return unless you bought them using an undeclared income source, which is against the law.

CALLER:
WHAT THE HELL!

GOOGLE:
I’m sorry Sir, we use such information only with the sole intention of helping you.

CALLER:
Enough already! I’m sick to death of Google, Facebook, Twitter, WhatsApp and all the others. I’m going to an island without internet, cable TV, where there is no cell phone service and no one to watch me or spy on me.

GOOGLE:
I understand Sir, but you need to renew your passport first. It expired 6 weeks ago…

😂😂😂😂