5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIKI RUMAH PR1MA SEKARANG

Kerajaan Malaysia kini sedang menpergiatkan usaha menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada anda!
Usaha ini bermula dengan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia – PR1MA, atau dikenali juga sebagai PRIMA.

Kerajaan Malaysia kini sedang menpergiatkan usaha menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kepada anda!
Usaha ini bermula dengan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia – PR1MA, atau dikenali juga sebagai PRIMA.

Apakah maknanya program ini untuk anda? 

Penting ke untuk korang ambil tahu pasal ni? 

Mestilah penting, lagi-lagi kalau korang memang tengah mencari rumah pada harga yang berpatutan.

Apa maksud Perumahan PR1MA?

PR1MA

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan pertengahan.    Bakal pembeli dapat memilih dari pelbagai jenis unit pada saiz yang berbeza. Perumahan PR1MA terdapat di seluruh Malaysia. Kebanyakan rumah PR1MA mempunyai permintaan yang tinggi, sehingga ada aplikasi sebanyak 27 kali ganda lebih besar berbanding unit yang ditawarkan. Malah, terdapat lebih daripada 1.5 juta yang berdaftar untuk rumah PR1MA.

Walaupun Terdapat pelbagai isu yang sering diperkatakan oleh masyarakat tentang masalah Perumahan PR1MA. Tetapi dari sudut holistiknya, banyak kebaikan berbanding keburukan yang dimiliki oleh anda jika memiliki rumah PR1MA ini. Kerana mereka yang telahpun berjaya memiliki rumah PR1MA ini semuanya berpuas hati dan beruntung.

1. HARGA YANG MURAH DAN BERPATUTAN

PR1MA khas untuk pemegang Mykad Sah. *Tertakluk Syarat2 khas PR1MA.

PR1MA telah menetapkan harga jualan di antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit dengan harga purata 20% lebih rendah daripada harga pasaran dengan saiz dan reka bentuk yang berbeza. Rumah PR1MA ini mengikut rekaan semasa, moden dan sesuai untuk mereka yang baru berumah tangga. Bayangkan, jika ingin memiliki rumah di Kuala Lumpur, tidak kira apa jenis rumah, harga permulaan sudah mencecah RM400,000 hingga RM600,000.

Jadi, mereka yang kategori Pembeli Rumah Pertama sangatlah beruntung untuk merebut peluang keemasan ini sementara unit masih ada.

2. MEMBANTU GOLONGAN PENDAPATAN RENDAH

Suatu inisiatif MALAYSIA PRIHATIN.

Salah satu syarat memiliki rumah PR1MA ialah mensasarkan golongan pertengahan yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM2,500 hingga RM15,000. Perancangan PR1MA bermatlamat untuk memenuhi harapan golongan pertengahan memiliki kediaman sendiri adalah ke arah pembentukan keluarga sejahtera. Harga hartanah yang di luar kemampuan merupakan halangan besar bagi mereka yang tinggal di bandarbandar utama kerana berdepan dengan kos sara hidup yang tinggi. Golongan ini tersepit dalam keadaan yang di luar kawalan mereka. Keadaan ini akan mengakibatkan pelbagai masalah sosioekonomi yang secara langsung membebankan rakyat. Dengan adanya PR1MA HOMES, golongan pertengahan kini berupaya memiliki kediaman sendiri tanpa perlu menyewa lagi. Memiliki kediaman sendiri merupakan idaman dan matlamat utama setiap individu yang mampu dan ingin membina keluarga sejahtera.

3. MENGALAKAN GOLONGAN MUDA UNTUK MEMBELI RUMAH

Untuk belia muda bekerjaya, belilah rumah seawal mungkin.

PR1MA HOMES memenuhi mandat untuk menyediakan kediaman mampu milik dengan harga yang berpatutan khas untuk golongan muda, untuk memilki rumah pertama mereka. Bersesuaian dengan cita rasa golongan ini yang mengidamkan kediaman sendiri yang serba moden dan bermutu tinggi dalam kepelbagaian bentuk dan keselesaan. Ramai golongan muda yang memohon  dan memiliki rumah idaman mereka ini. Rata-rata daripada mereka berpuas hati berpeluang memiliki rumah sendiri setelah sekian lama menyimpan hasrat berkenaan.

Kelebihan juga kepada para pemohon rumah PR1MA, mereka tidak perlu menyediakan 10% deposit kerana bahagian bank pembiayaan perumahan telah menyediakan pakej Skim Rumah Pertamaku dimana pembiayaan pada 100% boleh dimohon dengan kadar faedah yang dikenakan sangat rendah iaitu hanya 3.4% ke 3.7%.

Nak tahu lebih lanjut berkenaan skim rumah pertamaku, sila klik link artikel di bawah:

4. PELBAGAI PROMOSI, DISKAUN, REBATE DAN LAIN-LAIN PAKEJ DILAKSANAKAN

H.O.C 2020 – 2021 Adalah salah satu Kempen Pemilikan Rumah yang Tak Boleh di Lepaskan.

Perbadanan PR1MA Malaysia sedar akan harga rumah yang kini makin menaik. Seperti projek perumahan yang lain, sangatlah jarang ada potongan harga rumah sebanyak 50% kecuali projek perumahan di PR1MA. Potongan harga ini adalah daripada Kempen Pemilikan Rumah atau Home Ownership Campaign (HOC). Dengan kempen ini sahaja, anda sudah mendapat potongan harga sebanyak 10%. WOW!

Bukan itu sahaja, rebate yang ditawarkan lagi dari  pemaju mengurangkan lagi harga rumah tersebut. Kini, secara kasar, harga bersih rumah PR1MA adalag RM 300K dan kebawah. Harga rumah yang dibawah RM 300K juga tidak perlu membayar cukai perumahan sebanyak RM 5K. JIMAT LAGI!

Nak tahu harga rumah Pr1ma di kawasan anda? boleh hubungi kami sekarang :

5. TIADA CAJ PENDAFTARAN

rumahprima.com

Berminat tapi takut mendaftar kerana bimbang akan dikenakan caj pendaftaran? Usah risau, kerana anda tidak perlu membayar sebarang caj untuk mendaftar nama anda. Tiada bayaran apa2 lagi hanya perlu submit loan dan bayar bulanan sahaja tiada kos-kos tersembunyiTIADA YURAN PENDAHULUAN 10%, PERCUMA SPA DAN MOT.

Tetapi, penempahan unit perlu mengeluarkan sedikit kos iaitu hanya RM 500 Booking Fee sahaja untuk LOCK unit kegemaran anda dan akan dikembalikan jika permohonan loan anda tidak lepas. Proses pembelian rumah pr1ma akan diuruskan oleh pihak pr1ma dan agent yang dilantik. Anda hanya perlu mendaftar di pr1ma, memberikan maklumat serta dokumen loan, dan menandatangani dokumen yang diperlukan .

Pembiayaan tidak lulus? SPEF sedia untuk anda” Bagi mereka yang risau pembiayaan ditolak oleh bank, kini tidak perlu risau lagi dengan adanya Skim Pembiayaan Fleksibel atau SPEF. Skim ini hanya terhad untuk pembeli rumah PR1MA sahaja. Kelebihan SPEF ini adalah anda boleh membayar ansuran bulanan yang lebih rendah daripada kadar pinjaman biasa.

Nak tahu cara untuk mendaftar dan memohon rumah PR1MA? 

Original Posted by : Ahmad Faiz – Kaizen – Project Manager PR1MA at Kaizen . Authorised PR1MA Sales Team.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s