
Petikan dari BERITA HARIAN ONLINE.
KUALA LUMPUR: “Keadaan amat sukar ketika ini. Terus terang, saya tidak nampak sebarang kemungkinan ini menjadi sebaliknya dalam masa terdekat ini walaupun akan pulih pada akhirnya.
“Demikian luahan bekas Naib Presiden sebuah hotel tempatan dan hanya mahu dikenali sebagai Christopher Lee yang kini menjadi pemandu sepenuh masa perkhidmatan e-panggilan Grab selepas diberhentikan kerja pada Julai lalu.
Realitinya, Lee tidak bersendirian kerana nasib sama turut dialami berjuta-juta pekerja sektor perhotelan di serata dunia susulan penularan pandemik COVID-19 yang menyebabkan pintu sempadan ditutup manakala kerajaan melaksanakan sekatan pergerakan bagi membendung penyebaran virus berkenaan.
Untuk berita selanjutnya sila ke laman web Berita Harian.