ANALISA KRISIS DALAM PENDAMIK

Suasana cukup sayu sekarang ni..

Ekonomi sedang teruk digasak oleh tekanan ancaman kesihatan kerana covid 19.

Gandingan yang cukup mengerikan. Tak pernah lagi dalam memori sejarah negara kita diserang 2 army dalam satu masa.

The invincible army dan recession army.

Tadi dapat info desas desus bakal diadakan PKP Total Lockdown bakal diadakan minggu depan jika keadaan tidak berjaya distabilkan.

Bagi mereka yang dah dapat signal ini semenjak awal tahun lepas. Dah mula menyusun langkah untuk kemaskan kewangan kerana boleh nampak, ianya bukanlah satu pandemik yang bersifat jangka pendek kesannya.

Teringat sewaktu video suara saya viral satu masa dulu tentang “Moratorium is just a word, jangan buat panic buying, start buat panic saving”

Dikala masih awal pandemik dan rakyat masih belum tahu potensi sebenar makhluk tak nampak bernama covid 19 ni.

Bila kita banyak membaca, buat kajian, rujuk artikel dan penuisan ekonomi, maka banyak lah input yang kita dapat dan boleh rumuskan.

Namun rata2 yang saya terima ketika itu ialah kecaman, tomahan dan ejekan pasal cuba timbulkan panik suruh orang menyimpan.

“macam mana ekonomi nak bergerak bro kalau semua simpan?”
Duit aku, aku punya hal lah.
Ini gila, orang nak pakai duit skang, dia suh simpan pulak!

Hmmmphhhh…. Saya baca je dengan penuh tenang dan takde selera nak balas pun. Maybe mereka tak nampak apa yang kita nampak.

Adalah yang saya balas sikit je,

Saving = Jimat Cermat (bukan sahaja bermaksud simpan)

Nanti bila dah nampak iaitu sekarang, barulah tahu kenapa kempen tersebut di mulakan.

Pertahanan ekonomi paling kuat seorang individu ialah simpanannya ketika ini..

Kenapa kita tengok ada setengah orang nampak tenang dan steady je lalu masa sekarang yang cukup mengerikan kewangan, kerana mereka punyai simpanan yang solid.

Dikala perlu, tabung simpanan yang di”lupa”kan selama ini diseru kembali untuk topup dan bantu mana yang tiris.

Strategi saya, tahun lepas saya jual @ liquidate beberapa property saya masa ekonomi belum turun lagi.

Kerana hasil kajian saya, jika pandemik ini tak selesai, maka akan ada impak kepada:

  1. Market sewaan.
    Sewaan shoplot, hometay, sublet akan terasa sangat kerana norma dan limitasi baru ini.
  2. Purchasing power
    Kuasa membeli akan lemah kerana nak cover keperluan lain, jadi hasil untung jual rumah boleh jadi “panic button reserve” saya bila diperlukan.
  3. Holding power
    Ramai individu household akan mula terkesan dan akan rasa tak dapat bertahan dengan suasana semasa. Jadi memilih untuk survive dulu dari bayar loan rumah.
  4. Keperluan mendesak menjual
    Dalam keadaan sekarang, nak jumpa deal below market value 20% tu normal. Malah 30% pun senang jumpa. Apetah lagi kalu pandai nego, dapat sampai 40% below harga pasaran.

Malah bukan sahaja dipasaran subsale, pemaju pun turut sama dalam gerakan jual below market value ini demi menghabiskan stok inventori yang masih ada.

Tambahan pakej 0 deposit, free stamp duty dan sebagainya dari pemaju, menjadikan pasaran lelong skang tak berapa menarik.

Mana taknya jika kita boleh dapat rumah baru, pada harga lelong semasa, dengan bayaran awal rendah, kan lagi menarik tu.

Bagi para investor, memang tengah best sekarang cari deal2 yang handsome untuk investment.

Kalau rasa xnak terima offer investor, kut mana pun rumah masih akan kena lelong kalau tak boleh bertahan untuk bayar.

Jadi, apa pilihan yang ada dalam suasana macam ni.

Kepada yang dah bersedia, maka tak terasa. Kepada investor yang dah ready modal, memang tengah indah buat pilihan.

Tapi, dari satu sudut lain, sayu perasaan memikirkan mereka yang skang ni satu peringkat buntu terus mencari jalan keluar.

Rakan2 di sektor pelancongan, sme, business besar mahupun kecil, sektor pendidikan, sama2 kita usahakan dan doakan Allah bagi ilham yang terbaik untuk keadaan sekarang ini.

Allah yang mengizinkan dugaan, Maha Suci Allah juga kita mohon berikan idea dan ilham jalan keluarnya.

Tambah lagi, rakan2 saudara mara kita yang kena kesan banjir teruk sebelum ni..

Satu kombinasi dugaan yang cukup hebat yang sesuai dengan kadar keimanannya.

Ekonomi + Pkp + SOP + Banjir + Hilang kerja / bisnes

Satu kombinasi yang tak pernah berlaku dalam sejarah kita.

Sudah tentu ada rahsia dan hikmah BESAR yang Allah sediakan disebalik setiap keizinanNYA untuk berlaku.

Kita, terus tabah dan sabar melalui dan mencarinya.

Sir Erman Taib

IQI iRealty Team

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s