Makcik Saadiah dan Balai Polis Gerik

Sambungan cerita Mak Cik Saadiah….

MORAL OF THE STORY : DON’T SIMPLY JUDGE BAD ABOUT OTHER PEOPLE, UNTIL YOU FIND OUT THE TRUTH”

TRUE STORY

Untuk memastikan ada kesinambungan cerita, atok papar balik episode pertama…diikuti oleh cerita seterusnya….

Kisah Mak Cik Saadiah yang meruntun jiwa…

Atok pernah bertugas di Gerik sebagai Ketua Polis Daerah dari tahun 1995 hingga 2000…di situlah tugas terakhir atok dalam PDRM sebelum bersara.

Masa mula2 sampai di Gerik atok selalu melihat seorang perempuan tua mengayuh basikal datang ke balai, tiap hari dia datang, tak miss. Antara jam 10-11pagi sampailah dia. Dia kurang bercakap tapì banyak ketawa…dia menegur semua anggota polis yang dia jumpa sambil melempar senyuman atau ketawa kecil. Anggota pun semua dah kenal dia dan saling bergurau dengan dia.

Mak cik ni kalau datang mesti bawak satù bungkus nasi…dia masuk ke dalam balai, letak nasi tu kt Enquiry dan terus balik. Kadang dia bawa gula2 dalam poket bajunya, dia bagi kt anggota perempuan yang sedang bertugas di situ…

Anggota pun suka menyakat2 dia dan dia ketawa terbahak2…mesra sekali nampaknya.

Mula2 atok tak kisah sangat dengan perempuan tu…atok fikir dia ada anak atau sedara di balai…tapi bila melihatnya datanģ setiap hari tanpa miss, terpanggil jugak atok nak bertanya siapa dia, buat apa dia datang…

Jawapan anggota atok…”Dia tu tak berapa betul tuan. Tiap hari dia datang bawak nasi…dia letak kt balai dia balik. Kami tak makan pun nasi tu, selalu beri kucing je. Dalamnya ada nasi, ada lauk sikit, kadang ada ikan masin atau pucuk kayu…dah berpuluh tahun dia buat begitu…Rumahnya kt Kuala Kenderong kira2 4km dari balai.”…

Berpuluh tahun??….atok fikir mesti ada sebab dia buat begitu. Mengapa harus seorang perempuan tua umur 60an, sanggup datang ke balai setiap hari, mengayuh basikal basikal hampir 10km semata2 untuk menghantar sebungkus nasi…dan dah berpuluh tahun lamanya.

Atok pun selidik lagi dengan anggota atok orang2 lama kt balai tu…jawapan mereka amat mengejutkan atok…

Namanya Saadiah, umur 60an, tinggal di Kuala Kenderong bersama seorang anak lelaki yang belum kawin dan tak berkerja.

Makcik Saadiah sebenarnya ialah balu kepada MMT 5244 Mat Alias bin Nik Daud, pernah bertugas sebagai boatman di IPD Gerik tahun 70an….dia mati dibunuh oleh pengganas komunis semasa menjalankan tugas pada 28 Aug 1975…..

Kisah bermula pada pagi 28 Aug 75… 4 orang anggota Polis bertugas sebagai boatman bernama Wan Marzuki, Abdul Manaf bin Akob, dan dua orang lagi kedua2nya bernama Yeop telah ditugaskan untuk menghantar ration menggunakan bot ke kawasan operasi di sekitar Banding……selepas semua persiapan diaturkan, mereka berempat bersedia untuk bertolak.

Namun pada pagi itu sebelum mereka bertolak, isteri MMT Abdul Manaf bin Akob yg sedang sarat mengandung telah datang ke balai. Dia merayu kepada ketua supaya suaminya tidak dihantaŕ untuk tugas tersebut…katanya dia sarat mengandunģ, bila2 masa akan bersalin. Tapi MMT Abdul Manaf tetap hendak pergi juga…itu adalah tugas yang perlu dilaku…Isterinya terus merayu dan menangis, meraung sambil memeluk erat kedua2 kaki suaminya tak membenarkan dia pergi….Maka OCS tiada pilihan… dia mencari seorang pengganti……dan malang bagi MMT Mat Alias, suami kepada Mak Cik Saadiah, dia dikerah untuk mengambil tempat MMT Abdul Manaf. Lalu pergilah mereka berempat untuk melaksanakan tugas yang memakan masa 3-4 hari.

Perjalanan dengan bot dari Gerik ke Banding perlu melalui keadaan sungai yang berliku2, airnya kadang dalam, kadang cetek, kadang deras, kadang perlahan…. Disepanjang perjalanan pula melalui hutan belantara, bermakna amat berisiko tinggi untuk diserang-hendap oleh pengganas Komunis yang sentiasa berkeliaran dalam hutan di situ…

Selepas beberapa jam perjalanan dengan, mereka tiba di suatu tempat di kawasan Banding, di mana keadaan airnya sangat cetek dan bot tidak boleh lepas. Maka mereka berempat terpaksa turun dari bot dan menolaknya sekuat hati bagi melepasi kawasan cetek itu……tiba2mereka diserang hendap……

Sesungguhnya tak siapa yang tahu apa sebenarnya telah berlaku, kerana tak seorang dari mereka telah selamat untuk menceritakannya. Namun anggota2 polis dalam sebuah lagi bot yang berada berhampiran tempat itu menceritakan mereka mendengar bunyi tembakan senjata api yang bertalu dari satu gerombolan yang sgt ramai.

Yang nyata mereka berempat telah diserang hendap oleh pengganas Komunis
Keempat2 mereka gugur ditempat itu juga, tetapi mereka tetap melawan dan membalas tembakan hingga ketitisan terakhir. Kedua2 anggota yang bernama Yeop ditemui penuh dengan kesan tembakan, mayat mereka turut dikerat2 dan dimutilasikan. Mayat Wan Marzuki pula ditemui agak jauh dari situ dengan kecederaan tembakan di kaki.

Mayat MMT Mat Alias, suami Mak Cik Saadiah ditemui tanpa kesan tembakan, tetapi dia telah disembelih oleh pengganas Komunis dan badannya digantung kepada bot, dipotong2, kemaluannya disumbat kedalam mulut…amat kejam sekali puak Pengganas Kominis durjana….

Berbalik kepada cerita Mak Cik Saadiah, pada pagi kejadian dia tidak tahu bahawa suaminya telah dihantar ke kawasan operasi. Maka saperti biasa, di rumah dia masak nasi dan kemudian bungkuskan…kayuh basikal pergi ke Balai, untuk hantar makanan tengahari kepada suami tersayang. Itu adalah routine beliau setiap hari. Apakan daya, pada pagi berkenaan suaminya tak sempat menjamah nasi yang dimasaknya…

Hati mana yang tak hancur bilamana dia dapat tahu kemudian bahawa suami tersayang telah mati dibunuh komunis, lehernya disembelih, kemaluannya dikerat dan disumbat ķe dalam mulut…

Kisah bersambung….

Sambungan cerita Mak Cik Saadiah…

Selepas mendapat maklumat terperinci mengenai Mak Cik Saadiah, atok buat kesimpulan…Mak Cik Saadiah bukan orang tak betul, bukan orang gila…dia òrang baik, seorang yang sangat cintakan suami, seorang yang merasa dirinya sebahagian dari PDRM….sebenarnya dia seorang yang mengalami trauma yang berpanjangan…hingga sanggup mengayuh basikal 10km setiap hari selama berpuluh tahun, seolah2 suaminya masih hidup. Anak cucunya menegah dia dari berbuat demikian tapi dia tetap bertekad menganggap Balai Gerik macam keluarganya….betapa suci dan murni hati Mak Cik Saadiah…

Justeru atok memanggil mesyuarat di kalangan pegawai dan anggota atok…atok taklimatkan betapa perlu kita beri perhatian dan penghargaan kepada orang2 lama yang telah berjuang untuk negara dan memperhitungkan nyawa mereka untuk kepentingan keselamatan dan keamanan…dan betapa banyak wira2 telah terkorban, yang cacat seumur hidup…dan lebih banyak lagi ahli2 keluarga Pasukan yang menjadì susah dan trauma selepas kehilangan tempat bergantung….seorang darinya ialah Mak Cik Saadiah.

Atok arahkan pegawai dan anggota supaya tidak lagi menganggap Mak Cik Saadiah sebagai orang tak betul…berikan layanan yang baik kepadanya, hulurkan bantuan jika perlu…Dari segi kewangan Mak Cik Saadiah agak selesa sebab dia punya pencen peninggalan bekas suaminya.

Selepas mesyuarat, atok panggil Mak Cik Saadiah ke Balai …atok hadiah kepadanya sebuah basikal baru yang dibeli dengan duit sendiri…

Tak banyak yang atok dapat atok lakukan untuk beliau semasa berkhidmat di Gerik…Namun selepas bersara, atok dan uwan berkesempatan pergi semula ke Gerik untuk melihat keadaan Mak Cik Saadiah….dia masih sihat.

Masa kami tiba di rumahnya, Mak Cik Saadiah telah keluar ke halaman …mula2 dia agak enggan menerima kami…dia memang kurang mesra dengan orang yang dia tak kenal…dan dia tak mengenali atok…mungkin dah lupa. Atok bagi tau…

“Saya dari balai…datang nak jumpa Mak Cik…kita dulu kawan…”

Mendengar perkataan Balai Mak Cik Saadiah terus berubah menjadi mesra…dia menghulurkan tangan menyambut kedatangan atok dan uwan. Cara dia bersalaman pun unik…ada tepuk tampar…mula2 tepuk belakang tangan, kemudian tepuk tapak tangan, tepuk balik belakang tangan beberapa kali…mesra betul dia…

Atok perhatikan Mak Cik Saadiah walau masih sihat, tapi dia dah mùĺa dimamah usia dan kurang cergas. Namun dia tetap masih mampu berulang alik ke balai naik basikal…dia melakukannya tanpa jemu walau dah lebih 40 tahun…

Rumahnya pula terlalu usang hampir menyembah bumi…anak cucunya memujuk beliau supaya buat rumah baru…tapi dia enggan. Katanya itu rumah dia bersama arwah…dia tak hendak berpisah dengan rumah itu…itu adalah kenangan abadi buatnya bersama arwah suaminya…

Selepas mengunjungi Mak Cik Saadiah atok terus mengunjungi rumah Tok Ketua Kuala Kenderong, nama Hj Rashid…kebetulan beliau adalah bekas anggota atok yang sudah bersara, dia juga adalah bekas pemandu atok. Kami memang rapat dari dulu…atok meminta Tok Ketua Hj Rashid membawa kes Mak Cik Saadiah ke peringkat JKK Daerah Gerik, jika perlu ke peringkat JKKN Perak…cuba dapatkan bantuan rumah baru untuk Mak Cik Saadiah…

Balik ke rumah atok terus buat posting dalam fb mengenai kisah sedih Mak Cik Saadiah….serta merta cerita atok menjadi tular. Cerita atok juga kemudian sampai ke pengetahuan pemberita…mereka memuat naik cerita atok dalam akhbar tempatan…maka lebih tularlah ia…

Mengenai rumah baru untuk Mak Cik Saadiah, usaha Tok Ketua Hj Rashid memang tak sia2…akhirnya pihak Kerajaan Negeri Perak mengeluarkan belanja untuk mendirikan sebuah rumah batu untuk Mak Cik Saadiah… Alhamdulillah…terima kasih Pak Chu Rashid…hang sungguh baguih, tak sia2 depa lantik hang jadi Tok Ketua…

Kelmarin atok berhubung dengan anggota2 polis di Gerik…mereka kata Mak Cik Saadiah masih ada, tapi dia dah uzur, dah beberapa tahun berhenti dari mengayuh basikal ke Balai…

Moga Mak Cik terus sihat dan menikmati ketenteraman, kedamaian dalam meniti hari2 tua…Aamiin.

Atok bengang bila mengingatkan kezaliman dan kedurjanaan Komunis…

Atok bengang orang sekarang dah mula lupa kejahatan Komunis…

Atok bengang ada orang, ter masuk orang Melayu cuba menganggap Kominis sebagai wira negara…Lebih bengang bila orang yg sama dilantik menjadi Menteri Pertahanan…tambah bengang bila suku sakat PKM dilantik timbaĺan menteri…mulalah mereka mengenakan uniform seakan2 uniform PKM di majlis rasmi…

Apa nak jadi dengan rakyat kita kini, bangsa kita ķini dan negara kita kini….Apa nak jadi….???

Anak cucu Mak Cik Saadiah turut menjadi rapat dengan atok sampai sekarang…mereka pernah datang mengunjungi rumah atok di Kuala Selangor …

Coretan oleh
Zahriman Alias
16 Jan 2021.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close