TEMPOH PKP DI LANJUT KAN

Majlis Keselamatan Negara (Rasmi):
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021 – PM Muhyiddin

PKP Bersyarat (PKPB) pula dilaksanakan di enam negeri iaitu Pahang, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan juga bermula 13 Jan hingga 26 Jan 2021

PKP Pemulihan (PKP-P) akan dilaksanakan bagi negeri Perlis dan Sarawak dan akan diteruskan sepanjang tempoh berkenaan (dari 13 Jan hingga 26 Jan)

Bagi mengurangkan risiko jangkitan dan memutuskan
rantaian COVID-19 ini, aktiviti sosial yang melibatkan perkumpulan
beramai-ramai seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan
keagamaan termasuk Thaipusam, mesyuarat, seminar, kursus dan
sukan berkumpulan adalah TIDAK DIBENARKAN sama sekali.

Bagaimanapun bagi negeri-negeri di bawah pelaksanaan PKP-P,
aktiviti sosial adalah dibenarkan, tertakluk kepada pematuhan SOP
yang ketat. Pergerakan rentas negeri adalah TIDAK
DIBENARKAN di seluruh negara manakala bagi kawasan PKP,
pergerakan rentas daerah juga TIDAK DIBENARKAN.

Susulan larangan pergerakan merentas negeri dan daerah ini,
operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada
jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri
yang dilaksanakan PKP, pergerakan anda adalah terhad di dalam
10 kilometer radius sahaja. Bagi tujuan membeli barangan
keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan,
HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar
dan berada di dalam kenderaan yang sama. Mana-mana individu
yang melanggar larangan ini boleh dikenakan kompaun maksimum
RM1,000.

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan telah mengenal pasti lima (5)
sektor yang dibenarkan beroperasi dan dikategorikan sebagai
sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilangan
dan pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan
pengedaran, serta perladangan dan komoditi.

Bagaimanapun, hanya 30 peratus pekerja dalam kumpulan
pengurusan yang dibenarkan berada di pejabat manakala bagi
pekerja di dalam kumpulan sokongan, jumlah pekerja yang
diperlukan pada satu-satu masa akan ditentukan oleh majikan
masing-masing. Ingin saya ingatkan, jumlah pekerja yang
ditentukan mestilah mengambil kira pematuhan ketat SOP yang
ditetapkan. Jangan sampai tiada penjarakan fizikal langsung
sewaktu berada di tempat kerja. Mana-mana majikan yang
melanggar SOP dan menyebabkan berlakunya penularan jangkitan
COVID-19 di tempat kerja, tindakan tegas akan diambil
berdasarkan undang-undang termasuk menutup premis berkenaan.

Sepanjang pelaksanaan PKP kedai makan dan gerai penjaja
dibenarkan beroperasi HANYA untuk perkhidmatan take away
manakala bagi kawasan PKP-B dan PKP-P, kedua-duanya
dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah
ditetapkan. Perkhidmatan penghantaran makanan dibenarkan beroperasi.

Pasar raya, perkhidmatan kesihatan termasuk klinik, hospital dan farmasi; serta bank dibenarkan beroperasi di kawasan PKPpada tahap berjaga-jaga.

Patuhi SOP ketika berada di tempat￾tempat ini seperti memakai pelitup muka dengan betul, jaga penjarakan fizikal dan kerap gunakan hand sanitizer. Sekiranya tidak ada keperluan segera atau mendesak, tidak perlulah keluar
rumah. Stay at home.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this:
search previous next tag category expand menu location phone mail time cart zoom edit close