Unit ukuran panjang secara umumnya terbagi kepada 2 jenis iaitu:-

  • Imperial – Inci, kaki
  • Metrik – meter

Di Malaysia majoriti pengukuran adalah menggunakan unit metrik, dan pelajar di sekolah juga diajar menggunakan unit metrik.

Walau bagaimanapun apabila memperkatakan ukuran rumah, biasanya ramai orang menggunakan unit imperial iaitu kaki.

Contohnya:-

  • Luas lot rumah : 20 kaki x 75 kaki
  • Luas tanah : 5,000 kaki persegi
  • Tinggi lantai ke siling : 12 kaki
  • Keluasan rumah : 1,000 kaki persegi
  • Saiz pintu : 3 kaki x 7 kaki

Unit imperial masih diguna pakai kerana ianya dapat memberikan ‘gambaran’ ukuran lebih jelas kepada orang ramai, ini adalah kerana ukuran ini boleh dibandingkan dengan bahan-bahan binaan rumah seperti:-

  • Tile lantai biasanya datang dalam ukuran kaki
  • Saiz siling biasanya 2 kaki x 4 kaki atau 4 kaki x 4 kaki
  • Saiz pintu bilik 3 kaki x 7 kaki
  • Dan pelbagai ukuran binaan yang lain dibuat berdasarkan ukuran dan gandaan unit imperial.

Ukuran rumah dalam unit matrik dan imperial
Selain itu pengukuran dalam unit imperial biasa tiada titik perpuluhan kerana saiz ukuran adalah kecil, 1 kaki = 0.3048 meter, berbanding ukuran meter yang lebih panjang.

Perbandingan dan pertukaran ukuran imperial dan matrik adalah seperti berikut:-

1 inci = 2.54cm
12 inci = 1 kaki = 30.48cm atau 0.3048 meter
1 meter persegi = 10.764 kaki persegi
Contoh pengiraan:-

Contoh 1: Rumah dengan luas 1,000 kaki persegi di tukar kepada unit imperial.

1000 ➗ 10.764 = 92.902 meter persegi

Contoh 2: Ukuran lot rumah teres 20 kaki x 75 kaki

20 x 0.3048 = 6.096 meter, 75 x 0.3048 = 22.86 meter

Daripada perbandingan dua contoh di atas, kita dapati penggunaan unit imperial (kaki) lebih mudah memberikan gambaran dan angka yang digunakan adalah intiger (nombor bulat).