LHDN MAKIN AGRESIF

Musim pandemik Covid ni banyak bantuan kerajaan telah disalurkan kepada orang ramai, dan akan perlukan lebih banyak lagi duit untuk kegunaan awam secara berterusan. Namun dari mana kerajaan nak dapat sumber kewangan. Antara sumber utamanya adalah dari Cukai Pendapatan dan Perniagaan.

Jadi kerajaan dah seru kepada LHDN untuk tingkatkan keberkesanan kutipan cukai. Dengan kata lain, meminta bertindak lebih agresif kesan segala pelarian cukai.

Mengikut kes-kes yang firma kami terima dari dulu dan agak banyak kebelakangan ini, boleh kami simpulkan modus operandi kerja LHDN untuk tujuan itu adalah:

1. Mengesan pemilik kenderaan berharga RM150k ke atas dan ‘cross check’ dengan data pengisytiharan cukai, samada sesuai atau tidak amaun pendapatan atau keuntungan perniagaan yang dilaporkan. Mereka ada sistem profiling yang link dengan JPJ, sekali letak nombor plate kereta, akan keluarlah nama pemiliknya.

2. Mengesan pembelian rumah, tanah, dan lot kedai atau kilang. Maklumat ini mereka boleh tahu langsung dari sistem LHDN kerana perjanjian jual beli hartanah ini perlu stamp hasil di kaunter LHDN.

3. Mengesan pemilikan saham yang besar di Bursa Saham dan syarikat Sdn Bhd. Pemegang saham yang besar terutama individu akan dikueri untuk nyatakan sumber pendapatan memperolehi wang pembelian saham tersebut.

4. Menyemak penerima tender-tender kerajaan, badan berkanun, dan agensi kerjaan seperti DBKL, MBSA, MPJB. Biasanya ni semakan dibuat ke atas syarikat Sdn Bhd mahupun syarikat PLT dan entrpise yang terima kontrak projek melebihi RM100k. Kalau yang cecah jutaan tu apatah lagi, jadi sasaran utama. Amaun keuntungan dan cukai bisnes yang meragukan akan diaudit dan disiasat. Kalau langsung tak hantar borang cukai lagi lah masak kena cukai anggaran yang besar.

5. Merisik peniaga2 online. Iklan-iklan yang nampak rancak dan dipaparkan juga sambutan hangat dengan pembungkusan produk yang banyak di media sosial akan jadi sumber semakan. Ada pegawai audit yang jadi pembeli produk dan cross check nama bisnes atau individu penjual.

6. Menyemak peniaga-peniaga yang tunjukkan kejayaan di media sosial. Dapat anugerah, dapat hadiah pencapaian jualan, dapat naik pangkat bisnes MLM, dapat buka cawangan, dapat buka kilang, dapat tiket pelancongan. Posting tersebut akan di ‘screenshot’ dan dijadikan bahan bukti untuk diaudit.

7. Menyemak pelepasan-pelepasan cukai individu yang dituntut di dalam borang cukai. Contoh seperti bayaran zakat, penyata insurans, pembelian komputer, yuran Gymnasium, dan lain-lain akan diminta bukti resitnya atau penyata. Kalau tiada bukti, cukai akan ditambah beserta 45% penalti.

Jadi ni sahajalah saya kongsi beberapa cara pengesanan standard yang sedang dan akan dilakukan oleh LHDN untuk pengetahuan dan kesediaan semua. Ada lagi beberapa caranya, cuma panjang sangat nak taip sini 🙃

Yang mana sudah isytihar cukai dengan betul, tiada apa yang perlu dirisaukan. Yang penting simpan dan rekod semua resit belanja bisnes bagi peniaga dan syarikat, serta bukti pelepasan cukai individu yang dituntut selama 7 tahun lamaaanya. 🤓

Sekain,

Credit to :-
M.Husainy
MHM ASSOCIATES
Penjentik kesedaran cukai