TAHUN 2021 LEBIH MENCABAR

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Sabtu kembali lagi. Rasa macam baru je Sabtu, dah Sabtu semula.

28 November 2020.

Cepat nya masa berlalu. Tahun 2020 dah nak tiba ke penghujungnya.

Apa yang di Wawasan kan 20 tahun yang lalu, tidak seperti yang di ramal kan berlaku.

Di awal tahun 2019 ramai tak sabar nak tunggu angka 2020.

Tak siapa duga Tahun 2020 ni Covid yang ‘menguasai’ dunia.

Stadium kosong, Airport lengang. Kedai tutup. Kerja hilang. Sempadan tutup. Pelancong tak datang.

Tapi, di sebalik nya , masih ada yang berniaga dan bekerja.

Pejabat dan sekolah di rumah. Membeli-belah dari rumah. Berniaga pun dari rumah. Meeting dan Appointment pun dari rumah.

Peniaga dan pembeli mengadap henpon dan juga laptop. Tablet dan juga desktop.

Sukan dulunya di padang , kini di dalam alam maya.

Dulu2 berlumba lumba buka pasaraya terbesar.

Sekarang ni pasaraya terbesar Shopee dan Lazada.

Restoran terbesar FoodPanda dan Grabfood.

Semua semua ni muat dalam henpon.

2021 macam mana pulak pukulan dia ?

Biasanya awal Januari Bermula dengan cuti tahun baru.

Hari berikutnya ibubapa ramai2 ambik cuti, untuk hantar anak masuk sekolah.

Tadika, darjah satu dan tingkatan satu. Paling excited.

Dalam Facebook, penuh cerita hari pertama persekolahan.

Kesibukan Awal Januari 2021 , akan di ganti kan dengan kemeriahan orang ramai serbu pejabat2 KWSP dan website KWSP. Itu yang pasti nya.

Tahun 2021 kita akan mula sibuk bayar hutang kembali.

Moratorium tidak akan selama lamanya di laksanakan. Jika berterusan, maka lumpuh lah sistem perbankan dunia.

Seluruh institusi ekonomi global akan runtuh.
Macam mana peniaga Online nak buat transaksi ?

Jika terus tidak bekerja. Makin ramai muflis di tahun 2021.

Jika terus bekerja dengan normal biasa, kes Positif COVID19 mungkin meningkat kembali.

RINGKAS NYA 2021 BAKAL LEBIH MENCABAR.

– RahimHartanah•Net

Posted In

,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s