DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

Assalamualaikum Tuan. Saya tergerak nak share belanjawan keluarga saya bulan ni. Sekadar nak berkongsi ekonomi keluarga saya dan betapa strugglenya kehidupan sekarang.
.
Itu DM Puan R kepada saya. Saya go through belanjawan keluarga Puan R.
.
YA! Memang struggle! Kenapa saya katakan begitu?
.
Ini latar belakang keluarga Puan R:

Punca pendapatan: Suami sahaja bekerja. Puan R suri rumah sepenuh masa.
.
Gaji Suami: RM 8,000
Gaji Bersih Suami: RM 6,000 (approx. sahaja. Jumlah tak tentu, bergantung kepada OT untuk pendapatan tambahan)
.
Jumlah Anggota Keluarga: 6 orang
Jumlah Anak: 4 orang (3 bersekolah, 1 anak masih berumur 4 tahun)
.
Lokasi tempat tinggal: Lembah Klang
Jenis Rumah: Apartment (Dibeli 18 tahun yang lalu)
.
Kereta: Proton Exora (Disebabkan keluarga ramai)
.
Ini Pecahan Belanjawan Bulanan Puan R sekeluarga:
.
UNTUK ANAK & BELANJA ASAS KELUARGA
.
Kereta: RM850
Rumah: RM600
Barang Dapur Kering: RM450
Barang Dapur Basah (termasuk pampers anak dan susu): RM900
SSPN ANAK: RM200
Van Sekolah ANAK: RM100
Yuran Ngaji ANAK: RM60
Yuran Tusyen ANAK: RM200
Belanja sekolah ANAK: RM624

Total: RM3,984
.
UTILITI
.
Coway: RM130
Elektrik: RM80
Air (bayar untuk meter pukal): RM40
Astro: RM90
Petrol: RM200
Unifi: RM150

Total: RM690
.
BELANJA UNTUK MASA HADAPAN
.
Duit kutu (simpanan paksa untuk bayar road tax and insuran Exora): RM200
Hibah: RM200

Total: RM400
.
BAKTI PADA IBU BAPA
.
Ibu Bapa (Both keluarga sendiri dan mertua): RM400
.
HUTANG LUAR JANGKA
.
Pinjam sebab bulan lepas defisit: RM300
.
LEBIHAN: RM226
.
Kesimpulannya, dari pendapatan bersih RM6,000 keluarga Puan R:

66.4% digunakan untuk Anak dan Keluarga
11.5% digunakan untuk Utiliti
6.7% digunakan untuk Masa Hadapan
6.7% digunakan untuk Ibu Bapa
5% digunakan untuk Hutang Luar Jangka
Lebihan??? Hanya 3.7%.
Total: 100%
.
Maka saya bertanya kepada Puan R.
.
Saya: Herm. Nampak nya belanjawan Puan lebih kepada ANAK dan BARANG ASAS keluarga ni Puan. Memang struggle. Lebihan pun tak nampak macam lebihan. Macam mana dengan Tol, Parking, Bill Handphone?
.
Puan R: Tu lah Tuan..Nak tak nak. Suami kena buat OT. Kalau ada OT ada lah lebihan sedikit. Kalau tak ada? Jawabnya kena meminjam lah macam bulan lepasšŸ˜¢
.
Sambung Puan R lagi..

Ni cerita nak survive je Tuan. Macam mana dengan kehendak saya dan suami? Memang kami kena lupakanā€¦ DEMI ANAK, SAYA SANGGUP KETEPIKAN KEHENDAK SAYA

MasyaAllah..Begitulah hakikat kehidupan sekarang..Zaman kita Zaman Struggle..

Fikir2kanlahā€¦
Assalam
Ir. Abdul Rahman Bahasa
27 February 2020

Demi Anak

#Zaman Kita Zaman Struggle #Lupakan Kehendak Demi Anak #The Struggle Is Real