Ramai yang masih keliru tentang beza antara PECAH BAHAGIAN dan PECAH SEMPADAN. Peguam Hartanah pun ada sesetengahnya masih keliru.

Mari saya explain balik. Supaya lebih faham.

Pecah Bahagian:

  • Satu tanah ada 3 pemilik bersama. Masing-masing memiliki 1/3 bahagian.
  • Apabila buat pecah bahagian, setiap pemilik bersama masing-masing akan dapat geran baru 1/1 bahagian atas nama masing-masing.
  • Biasanya dipraktiskan dalam kes di mana pemilik bersama nak pecah bahagian masing-masing untuk dapatkan geran individu bahagian masing-masing.
  • Tanah masih kekal status pertanian.

Pecah Sempadan:

  • Satu tanah ada 3 pemilik bersama. Masing-masing memiliki 1/3 bahagian.
  • Apabila buat pecah sempadan kepada 22 lot tanah geran individu, setiap lot tanah geran individu masih kekal atas nama 3 pemilik bersama yang memiliki 1/3 bahagian masing-masing.
  • Jika pemilik bersama nak jual atau buat pindah milik, ketiga tiga pemilik bersama perlu tandatangan dokumen jual beli dan pindah milik (melainkan kesemua pemilik bersama setuju bagi PA kepada salah seorang daripada mereka)
  • Biasanya dipraktiskan dalam kes di mana pemaju nak buat projek perumahan atau pengusaha tanah lot nak dapatkan tanah lot geran individu.
  • Biasanya dibuat bersekali dengan permohonan tukar syarat daripada status pertanian kepada bangunan.

Sekarang nampak tak BEZA ANTARA KEDUA-DUANYA?

Jom tengok gambarajah ini untuk pemahaman lebih mudah. Jangan PECAH KEPALA SUDAH 🙂

**Tiada istilah Pecah Lot atau Pecah Geran dalam Kanun Tanah Negara.

Disediakan oleh:

SALKUKHAIRI ABD SUKOR
Timbalan Presiden
Pertubuhan Kebajikan dan Literasi Undang-undang Malaysia
(K-LITERASI)