
Kenapa urusan jual beli rumah sangat kompleks ?
.
Ada banyak pihak yang terlibat, contohnya:
- Lawyer side buyer
- Lawyer side owner
- Lawyer loan
- Developer office
- Pejabat tanah
- Valuer
.
Nak tunggu sampai dapat kunci adalah satu perjalanan yang panjang.
.
Kecuali kes yang dah siap ready strata, freehold, owner tiada hutang bank, tiada tunggakan…
.
Jika kes seperti: - Leasehold,
- rizab melayu,
- low cost,
- strata belum siap,
- master title,
- developer bankrupt,
- tunggakan maintenance owner banyak,
- owner adalah syarikat
- Double transfer
- Owner meninggal
.
Memang akan makan masa,…. Jangan tanya bila tarikh selesai semua… Memang takde jawapan, boleh estimate saje.
.
Jangan la compare dengan rumah jiran beli, kenapa jiran beli dah settle awal. Bila di check rupanya rumah jiran owner dah siap buat strata, hutang bank dah habis bayar semua.
.
Jika beli dengan owner yang syarikat, proses mesti lagi lama, tak sama dengan owner individu.
.
Owner individu boleh budi bicara lagi, owner syarikat perlu ikut semuanya bulat-bulat.
.
Setiap perjalanan kes tu terpaksa lalui banyak department sebelum sampai ke tangan ahli lembaga.
.
Ahli lembaga pula biasanya ada lebih dari seorang. Jika ada yang tak hadir masih tak cukup sign.
.
Sebagai pembeli, jika anda beli rumah subsales di Malaysia, tak kisah la lokasinya hot sekali pun, anda kena standby dari segi mental juga.
.
Di tambah pula tahun ni 2 bulan covid, 2 bulan tu dah cukup untuk menggangu keseluruhan proses.
.
3 bulan tempoh yang dalam agreement tu tak semestinya hanya dari tarikh sign snp ye.
.
Kes to kes, boleh jadi 3 bulan start selepas developer sign borang direct transfer.
.
Jadi pembeli akan mula cakap semua orang salah, sebab urusan melibatkan banyak pihak.
.
Lagi sekali saya tekan kan, beli rumah subsales dalam Malaysia kena kuat mental, banyak bersabar.
.
Kerja ren sebenarnya hanya takat sign snp je, lepas pada tu memang ren tiada apa-apa kuasa nak cepatkan proses, kecuali update status kes saje. Jadi hargai la ren anda, jangan di letak 100% kesalahan tuh pada dia.
.
Benda bernilai, memang susah dapat. Nothing is perfect
Luqman Abd Rahim
The Heavy Metal Pie