
Putrajaya, 29 Julai 2020 – YBhg Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan hadir ke Sesi Libat Urus Media di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini.
Dalam sesi ini, Dr Noor Hisham memberi penerangan kepada media mengenai Kesiapsiagaan KKM dalam menangani Pandemik Covid-19. Selain itu, sesi soal jawab turut dijalankan bagi menjawab pertanyaan daripada media.
Seramai 80 orang wakil dari 30 agensi media hadir ke sesi ini.
Turut hadir, YBrs. Dr Hishamshah Bin Mohd Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal ), YBhg. Dato’ Dr. Norhizan bin Ismail, Pengarah Bahagian Perkembangan Perubatan dan YBrs. Dr. Norhayati Binti Rusli, Pengarah Kawalan Penyakit.